..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, December 27, 2010

Piala Suzuk AFFi.. Malaysia senyum dengan 3-0

Tersenyum lega juru latih tempatan K.Raja Gopal apabila anak2 buahnya membawa Malaysia kepodium yang selesa menentang Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama malam tadi.. Ledakan gol yang pertama menerusi penyerang yang menyarung jersi 10 juga bermain dalam kesebelasan pasukan Selangor, Saffee Sali pada minit ke 59 sekaligus menyenaraikan sebagai calon penjaring terbanyak setakat ini.

Permainan anak buah K.Raja Gopal semakin menunjukkan taring apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-67 menerusi Mohammad Ashari Shamsudin. Saffee Sali sekali lagi menjadi hero pasukan tempatan apabila menyimbat gol ke-3 pada minit ke 71.

Stadium yang dipenuhi dengan lautan kuning menjadi pembakar semangat untuk Malaysia menebus kekalahan teruk tempoh hari. Insiden cahaya lazer oleh penyokong mencemarkan perlawanan dan perlawanan terpaksa tenggendala selama 5minit. Kejuaraan pertama final tetap milik Malaysia.Selepas ini Malaysia akan bertandang ke Stadium Bung Karno, Jakarta.

Teratakindah bangga dengan kemampuan Malaysia..Malaysia boleh!!