..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, December 15, 2010

Bumi bakal berlanggar Planet X?

google:gambaran menunjukkan Planet X mengorbit songsang berhampiran orbit bumi..


Kecanggihan teknologi angkasa yang kini dimonopoli bangsa barat sentiasa memberi andaian walaupun ianya diperingkat awal ujikaji. Yang terbaru digembargemburkan sesetengah pihak yang juga astronomi membuat andaian Planet Bumi bakal dilanggar sesuatu objek yang juga Planet yang bari ditemui NASA iaitu planet x atau Planet Nibiru.. Berikut adalah spekulasi yang dipaparkan dalam akhbar tempatan tentang betul atau tidak sangkaan tersebut..

Gambar google: Gambaran Planet x menghampiri atmosfera bumi

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.

"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.

2 comments:

sarah-najwan said...

salam
seme ini bikin takut..rumors ttg ini hangat thun lepas..

cik lola said...

err..smga bnda 2 hnya sekadar khabar angin..smga tuhan merahmati kita sllu