..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, December 14, 2010

Misteri huruf pada mata Mona Lisa


Melihat perkembangan dunia luar didada akhbar sambil menghirup Milo panas diruang kerja, terbaca satu tajuk yang menarik tentang Mona Lisa. Sepertimana yang kita tahu lukisan misteri ini dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 yang kini ditempatkan di Musium Paris. Lebih misteri apabila pengkaji dari Itali menemui sesuatu huruf misteri di balik mata Mona Lisa pada lukisan tersebut.Ianya mungkin tidak dapat dilihat dari mata kasar, sebaliknya penggunaan Microskop bagi mendapatkan gambaran tersebut.

Menurutnya lagi, Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas. "Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti.

Portret yang menjangkau usia 500 tahun ini pernah menjadi perebutan beberapa negara untuk dipamirkan. Apakah seistimewaan potret tersebut? ada pendapat mengatakan senyuman Mona Lisa dan ada juga mengatakan tenungan matanya.. Lebih teruk apabila pendapat mengatakan Mona Lisa sebenarnya botak..

Tiket masuk ke Muzium

Entahlah..mungkin ianya menyimpan sesuatu misteri lain disebalik potret tersebut.. yang penting teratakindah dah pun sampai ke Paris untuk melihat sendiri keunikan Potret Mona Lisa ini..walaupun jauh tapi ianya suatu kenangan yang tak mungkin teratakindah lupakan.. berbaloi dengan berbelanja 9.50€ bersamaan RM49 untuk 1 tiket... layan...

bergambar ngn potret

2 comments:

cik lola said...

wahhh best nye dpt tngk scra live ... :)

Hanis Azla said...

ada misteri disebaiknya yer... bestnya dpt tgk the real one..