..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, August 21, 2010

Secebis pengalaman di kota Paris


Assalamualaikum semua..entry kali nie teratakindah ingin berkongsi pengalaman semasa bercuti di negara Francis iaitu sebuah negara yang mengumpulkan nama-nama besar kesenian dunia. Pengalaman di Paris tidak lah seindah yang dijangka seperti kita lihat di kaca televisyen. Bandarnya yang padat dan rakyatnya yang agak extreme dari segi pergaulan tidak menyenangkan kita sebagai pembawa adat ketimuran. Tetapi ianya suatu pengalaman yang indah dengan keunikan reka bentuk banggunan yang sangat memukau mata yang memandang.


Bandarnya yang agak tercemar dengan contengan-contengan grafiti dimerata dinding tempat awam memberi tanggapan negatif buat pelancong. Rakyatnya yang sombong dan angkuh dengan pelancung yang bertutur dalam Bahasa Inggeris.

kumpulan Black Metal yang sedang berpesta arak menakutkan kami

Sejenak berehat disekitar mercu Paris, menara Eiffel Tower terkejut dengan peminta sedekah yang berpuluh-puluh merayu, meratap sedeh dan lagi menyedihkan ada yang sanggup sujud dikaki pelancong untuk mengemis.Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat simpati masyarakat.

Salah seorang peminta sedekah mengenakan pakaian perempuan untuk memberi keunikan dan tarikan kepada Pelancong.(jgn tgk nnt die paksa suh bagi duit tau!!)

Pujian diberi kepada rakyat mereka kerana mengagungkan bahasa ibunda mereka. Seperti Malaysia, Francis juga sebuah negara berbilang bangsa. Dan uniknya disini setiap bangsa mempunyai dialek yang sama dan berinteraksi dalam satu bahasa iaitu bahasa Perancis.

Termenung seketika didalam keretapi laju dasar daut Eurostar yang mengubungkan eropah dengan kepulauan england, membayangkan negara Malaysia jauh lebih baik dan beretika berbanding rakyat di Paris. beringat kepada mereka yang ingin melancong ke Paris, bawak map besar2 dan tunjukkan adat ketimuran kita walaupun kita dimaki ditempat mereka..


tak sah kalau mai Paris xmelawat Mona Lisa..hehe

9 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam..wah paris salah satu tempat impian awe selain disneyland dan makkah...

Teratakindah said...

InsyaAllah....melawat tempat org dengan tujuan meluaskan pandangan, ajaran kitapun menggalakkan untuk teroka sesuatu yang baru...ikut yang mana baik yg bertentangan tinggallah..

eqbalzack said...

saya belum sampai ke sana lagi...
insyaAllah ada rezeki nak juga ke sana...

Teratakindah said...

insyaAllah...bagus2...

suzie rahman said...

bestnya jnjln di kota paris...uwaaa nk ikot jg~!

Teratakindah said...

hehee...xpe ade rezki lebih gi melawat tempat orang k...

Kimie Hashim said...

bestnya dapat melawat paris..aku ni nak naik plane pun belum merasa..huhuk..

MTM said...

waa..bestnye..kebetulan saye pun bercadang nak pergi ke paris dalam mase terdekat ni..ade tips yang boleh dikongsi? penginapan ke..tmpt mkanan halal...

Anonymous said...

Btlke makanan kat Paris mahal?lunch utk per person agak2 dlm brpa ringgit Malaysia?