Teratakindah bukan nak pertahankan kopitiam atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab di Malaysia ni, tetapi secara jujurnya teratakindah kesal dengan beberapa pihak yang sewenag-wenangnya mempermainkan label "Halal". Tidak kurang kesalnya terhadap penguatkuasa di Malaysia yang kurang pemantauan tentang Label Halal ni. Diorang ni xbuat keje ke?? Kerajaan Malaysia tak ambil tindakan ke? Nak kata tak cukup pekerja, xde pulak peluang pekerjaan diiklankan.
Kalau betul primis-primis tersebut tidak mencapai piawaian yang sewajarnya, kenapa primis-primis demikian masih beroperasi malah sudah mencecah puluhan tahun dalam pasaran dan sudah mendapat nama di tanah air. Demikian sepotong petikan yang diambil dari Utusan Malaysia tertarikh 12 Ogos 2010.
12/08/2010 2:11pm (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Sejajar Dengan Pengembangan Pesatnya, Old Town White Coffee, Rangkaian ‘kopitiam’ terbesar Malaysia, memperkukuhkan amalan halal terbaik di semua premisnya di seluruh negara.
Mereka juga turut mengambil inisiatif untuk mengundang Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pemeriksaan premis di seluruh rangkaiannya.
“Dapur pusat kami di Taman Perindustrian Subang mempunyai persijilan halal daripada Jakim. Kami sedang mengambil inisiatif tambahan untuk meyakinkan lagi para pelanggan kami dengan menjemput Jakim melawat premis-premis kami bermula di Shah Alam dan seterusnya ke premis-premis lain di seluruh negara,” kata Pengerusi Kumpulan Old Town, Datuk Dr. Ahmed Tasir Lope Pihie.
“Sebagai pengusaha F&B yang bertanggungjawab, kami komited untuk memastikan para pelanggan kami menikmati makanan yang menarik di Old Town White Coffee tanpa was-was, dan ini juga untuk menggariskan komitmen Kumpulan kami kepada francaisi Bumiputera yang bilangannya dijangka bertambah berdasarkan pelan pengembangan kami.”
Old Town White Coffee juga mempunyai persijilan halal daripada Islamic Food and Research Council Asia sejajar dengan pelan perniagaannya untuk mengembang menjadi pengusaha makanan dan minuman di peringkat antarabangsa.
Sejak ditubuhkan, Old Town White Coffee mengikuti amalan mendapatkan bahan segar dan keperluan lain hanya daripada vendor yang mempunyai sijil halal dan senarai pembekal tertera pada bahagian belakang menu Old Town White Coffee untuk maklumat para pelanggan. - Bernama
2 comments:
Dulu suke gi Oldtown.. tapi sejak kes terjumpa kaki katak yg kecoh kat media.. teros tak pernah gi!!
salam ramadhan
aku memang peminat Old Town termasuk kluang station..
bila dgr org kata tidak HALAL
aku jadi panik coz selalu juga mkn
kat Old Town... tapi alhamdullilah
rest OT memang halal...
Post a Comment