..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, August 9, 2010

UPSI-->KLCC

Assalamualaikum semua blogger yang setia.. Huuh..sekejap je hujung minggu dah berlalu..mulalah detik permulaan minggu yang baru. Teratakindah ingin berkongsi pengalaman pada hari ini (ahad). Bermula tengah hari teratakindah bersama Lady'd memulakan perjalanan hujung minggu kami ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tg Malim.

Macam biasa lah setiap gerak-geri teratakindah sentiasa ditemani "Mylensa" yang sentiasa
tidak jemu merakam kenangan terindah sebagai kenangan kelak. Perjalanan selama sejam meredah simpang siul hutan hulu yam menjanjikan suatu suasana indah sepanjang perjalanan. Turut menjadi perhatian bila melihat ketenangan dan keindahan tasik ampangan batu. "MyLensa" memulakan tugas pada hari ini dengan pelarasan shutter speed yang tepat dengan imbangan ISO serta Aperture yang mantap bagi mendapatkan fokus dan imbangan gambar yang Gempaq .


Ampangan Batu, Hulu Yam


Perjalanan diteruskan hingga ke UPSI untuk melawat Nadirah (Adik Lady'd) kebetulan UPSI mengadakan hari karnival sempena merdeka, Bagaikan disambut seperti jemputan dengan persembahan pelajar-pelajar, sekali lagi MyLensa memulakan tugas.


UPSI (Karnival Bulan Kemerdekaan)


Kami bertolak dari Tg. Malim jam 5pm dan sampai ke KLCC jam 6.15pm. Sampai sahaja di KLCC dengan bertemankan MyLensa, sekali lagi sesuatu yang terindah dirakam. Mari kita tengok hasil MyLensa yang tidak pernah menghampakan kami..



KLCC

1 comment:

asmi said...

waaaa..
cgu diana posing jer ye..