..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, April 19, 2010

Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Proton melancarkan model baru salah satu rangkaian keretanya, Satria Neo R3 Lotus Racing Edition awal bulan ini. Ia adalah hasil pembangunan oleh Proton R3 Division. Pelancaran kereta Satria Neo R3 ini adalah untuk meraikan penglibatan Proton bersama Lotus Racing dalam arena Formula 1 tahun ini.

R3 adalah singkatan untuk Race, Rally dan Research. R3 adalah salah satu jabatan dalam Proton yang bertanggungjawab menjalankan kajian, pembangunan dan penghasilan kereta lumba. Kajian yang telah dijalankan akan digunapakai dalam meningkatkan mutu pemanduan kereta-kereta keluarannya, seperti Satria Neo R3 Lotus Racing ini.

Edisi kereta ini semestinya hijau, warna rasmi Lotus Racing, dan mempunyai jalur kuning pada bahagian tengah. Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 200km/j, selain daripada sangat stabil apabila mengambil selekoh. Badan kereta Satria Neo R3 ini dibuat daripada bahan gentian karbon (carbon fibre), salah satu bahan yang digunakan dalam penghasilan kereta Formula 1. Bahan ini sangat ringan, yang mana membantu mengurangkan berat kereta ini. Bumper kereta ini dibuat daripada bahan plastik yang diperkuat dengan gentian. Kabin pemandu yang sangat futuristic juga salah satu pakej menarik kereta ini.

Panjang 3.905m
Lebar 1.710m
Tinggi 1.410m
Wheelbase 2.440m
Enjin 1.6L CamPro CPS, 1597cc
Transmision 5-gear manual
Kuasa maximum 145bhp pada 7000rpm
Kelajuan maksimum 200 km/j
0-100km/j 9.2 saat
Harga RM110,000




Setakat ini hanya 25 buah sahaja akan dijual. Sekiranya mendapat permintaan yang tinggi, Satria Neo R3 ini akan dihasilkan lagi.