..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Friday, December 31, 2010

selamat jalan 2010

gambar: google


Ambang 2011 makin terasa terutama di Malaysia yang bakal membuka tirai 2011 kurang dari 2 jam lagi ke 12 tgh malam... Pahit manis 2010 bakal dijadikan kekuatan untuk terus hidup. 2010 juga banyak mengajar teratakindah dalam menjadikan dunia pemblogan ini sesuatu yang unik walaupun usia Teratakindah.com sudah menjangkau 3 Tahun. Juga pengenalan serius dengan syarikat pengiklanan internet Nuffnang. Juga pengenalan dengan serius blogger-blogger tegar yang datang dari pelbagai latar belakang terutama blogger photographer yang banyak membantu dalam mendapatkan skill berfoto dalam menjadikannya sesuatu hobi baru.

gambar: dari google

2010 ini juga teratakindah telah membentuk sebuah team photoshoot yang terdiri daripada 3 admin iaitu mr.cayril dan mr.hashim. Penggiatan aktif dalam dunia foto ini mendapat perhatian beberapa individu untuk sama-sama turut serta dalam dunia foto ini.

Align CenterpixelBUROK photography group

Terima kasih juga teratakindah ucapkan kepada semua pelawat yang tidak jemu-jemu melawat Teratakindah.com disamping menjadikan dunia blog sebagai medium alternatif kini... Selamat datang 2011!!!!!!!

Thursday, December 30, 2010

Tahniah skuad muda Malaysia....

Gambar: Metro - kegembiraan anak tempatan menjulang piala suzuki AFF

Setinggi-tinggi tahniah buat skuad Malaysia apabila berjaya menamatkan 14 tahun kemarau Piala Suzuki AFF keperingkat tertinggi. Bermain dengan satu pasukan dengan satu harapan membuahkan hasil walaupun hanya mencatat kekalahan di padang Bung Karno, Indonesia 2-1 tetapi dengan berbaki agreget 4-2 menjadikan Malaysia layak menjulang Piala rebutan Asia Tenggara itu.

Berhimpunnya lebih dari 100 photographer dan ribuan pengunjung membanjiri KLIA hari ini bagi memberi laungan tahniah kepada wira negara. Malaysia yang memenangi Piala Suzuki AFF menambahkan koleksi piala apabila Safee Sali dijulang sebagai penjaring terbanyak perlawanan.

Tahniah anak-anak muda Malaysia.. Tahiah juga kepada jurulatih K. Raja Gopal dan seluruh yang terlibat menjulang nama Malaysia ke peringkat Antarabangsa. Teratakindah bangga dengan kebangkitan anak tempatan.

Tuesday, December 28, 2010

Lazer oh lazer..

dari:kosmo - SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

Piala Suzuki AFF sudah tiba diperingkat kedua esok. Rakyat Malaysia khususnya penggemar sukan tanah air khasnya buat penganalisis sukan mula menbuat andaian sapa berhak menjulang piala yang menjadi rebutan antara Indonesia dan Malaysia.

Entry kali nie masih dalam demam Piala Suzuki.. Hangat diperkatakan Media tentang provokasi yang berlaku perlawanan akhir bahagian pertama Piala Suzuki di Bukit Jalil baru-baru ini. Antara yang mendapat perhatian adalah insiden Lazer. Malaysia mendapat tamparan hebat dari Media Indonesia atas beberapa penyokong menggunakan lampu Lazer yang boleh mengakibatkan gangguan semasa perlawanan, tambahan pula ketika itu Indonesia berhadapan tendangan percuma diluar kotak penalti. ianya juga dikatakan punca kekalahan teruk pasukan Indonesia.

gambar: blog mr.cayril...

Menurut berita di akhbar kosmo, menerusi salah satu blogger mengatakan bahawa insiden Lazer ini telah berlaku di Indonesia baru-baru ini, ketika Malaysia tumpas 1-5 keatas Indonesia diperingkat kumpulan , Penjaga gawang Malaysia ketika itu Sharbinee Alawi.

Ayuh Malaysia..kuatkan mental dan fizikal untuk memulakan aksi di padang Bung Karno walaupun lautan merah disekelilingmu..Jalur gemilang sentiasa menjadi pembakar semangat didada setiap pemain..

Monday, December 27, 2010

Piala Suzuk AFFi.. Malaysia senyum dengan 3-0

Tersenyum lega juru latih tempatan K.Raja Gopal apabila anak2 buahnya membawa Malaysia kepodium yang selesa menentang Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama malam tadi.. Ledakan gol yang pertama menerusi penyerang yang menyarung jersi 10 juga bermain dalam kesebelasan pasukan Selangor, Saffee Sali pada minit ke 59 sekaligus menyenaraikan sebagai calon penjaring terbanyak setakat ini.

Permainan anak buah K.Raja Gopal semakin menunjukkan taring apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-67 menerusi Mohammad Ashari Shamsudin. Saffee Sali sekali lagi menjadi hero pasukan tempatan apabila menyimbat gol ke-3 pada minit ke 71.

Stadium yang dipenuhi dengan lautan kuning menjadi pembakar semangat untuk Malaysia menebus kekalahan teruk tempoh hari. Insiden cahaya lazer oleh penyokong mencemarkan perlawanan dan perlawanan terpaksa tenggendala selama 5minit. Kejuaraan pertama final tetap milik Malaysia.Selepas ini Malaysia akan bertandang ke Stadium Bung Karno, Jakarta.

Teratakindah bangga dengan kemampuan Malaysia..Malaysia boleh!!

Saturday, December 25, 2010

Job baru snap Birthday Party- Alisha Irdina

Selamat Hari Lahir kpd Alisha Irdina yang ke 6 tahun dari kami group pixelBurok photo (teratakindah dan mr.cayril). Terima kasih juga kepada penganjur kerana menggunakan khidmat kami yang tak seberapa nie..walaupun kami tidak se"gah" photography handal, kami tetap cuba yang terbaik bagi menghasilkan produksi kecil sekecil cili padi... jom layan sikit antara gambar2 kenangan manis 6 tahun sambutan hari lahir Alisha..

















Thursday, December 23, 2010

Tahniah kepada 30 863 calon PMR cemerlang!!

Perkembangan akademi negara saban hari mencatatkan peningkatan yang sihat disamping pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pada pendidik membuahkan sesuatu berharga buat negara. Teratakindah berbesar hati mengucapkan tahniah kepada para pendidik dan semua calon PMR yang cemerlang.

Gambar dari google

Seramai 30 863 daripada 439 456 calon PMR tahun 2010 memperolehi semua A. ia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 0.65 % berbanding tahun lepas. Begitu juga penurunan peratusan calon yang mendapat kesemua E daripada 386 calon pada tahun ini berbanding 397 calon pada tahun lepas.

Tahniah..tahniah tahniah Teratakindah ucapkan kepada calon PMR yang pulang dengan kejayaan dan juga kepada para pendidik yang dianggap berbaloi dengan ilmu yang dicurahkan selama ini..

Dividen ASB!!

Assamualikum... 1 lagi berita gembira kepada pencarum ASB yang tertunggu-tunggu pulangan dividen yang kebiasaannya diumumkan pada setiap akhir tahun.. Berikut adalah petikan dari akhbar Kosmo edisi 23 Disember 2010...

Sumber: kosmo

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan tersebut merupakan peningkatan sebanyak dua sen seunit berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 7.3 sen seunit.

Pengumuman tersebut menjadikan pulangan keseluruhan tahun ini menjadi 8.75 sen seunit.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, berdasarkan prestasi ASB yang lebih baik tahun ini, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bersetuju memperuntukkan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM5.93 bilion.

Pelagi...jom la gi update buku ASB tgk brape hinggit dividen..

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri..kenduri..kenduri..

Assalamualikum semua... waa lamanya teratakindah tak menulis... rindu plak kat dimensi elektronik nie.. sory la bz skit sampai xsempat nak mlawat rakan blogger dan xsempat nak update blog..dah berhabuk sgt..

Permulaan entry teratakindah berbesar hati dan mengucapkan Selamat pengantin baru kepada mereka yang baru saja mendirikan rumah tangga khususnya kepada rakan teratakindah Pasangan Elly dan juga Pasangan Aliza yang mendirikan rumah tangga mereka pada sabtu (18-12-10) lepas. Kalau musim cuti mesti penuh dengan rumah-rumah kenduri. Siap la minyak kereta nak kesana kesini.. Teratakindah ingin berkongsi kenangan hari bahagian mereka dihari yang sama ditempat berbeza.. Agak terkejar-kejar jugak lah teratakindah nak pergi kedua-dua majlis dalam jarak perjalanan yang agak jauh.. jom layan gambar sikit.upload skit jeee..









Wedding Elly+Salleh






Wedding kak Aliza

Thursday, December 16, 2010

Tayangan Perdana TRON:Lagecy






Assalamuaikum... entry kalini teratakindah nak membawa semua blogger intai2 sepanjang perjalanan teratakindah dan mr.cayril di Sunway Pyramid bersempena Tayangan Perdana TRON:Legacy yang dianjurkan oleh Nuffnang dan TGV... Terima Kasih Teratakindah ucapkan kepada Nuffnang, sudi menaja 2 tiket Tayangan Perdana tersebut.. Macam biasalah mylensa tetap melaraskan shutter untuk kenangan tersebut.. Walaupun sedikit kekecohan dipintu masuk pawagam apabila semua peralatan digital harus dikuarantin dari masuk ke pawagam termasuklah badan kami di scan macam PENJENAYAH tetapi ia tetap menjanjikan tayangan terbaik..

Cerita yang penuh dengan teknik2 CGI ini mendapat perhatian apabila ia didatang dalam versi 3 Dimensi. Jalan cerita yang menampilkan seorang anak kepada tuan syarikat pengeluar permainan video ini telah memasuki dimensi digital dalam usaha mengembalikan keadilan syarikat tersebut. Ikuti setiap perjalanan buat pertama kalinya ia menjejak kaki ke dunia Digital dalam TRON dipawagam bermula hari ini...Teratakindah beri 3 setengah bintang untuk cerita TRON:Lagecy..


Mr.Cayril mencuci lens






tiket TRON



minum dulu sebelum balik..





The Season of the Witch is Here

Bila cerita pasal ahli sihir nie..beremang bulu roma jugak.. haha tapi kalau takut tu ade lah sikit-sikit kot..sebab tak pernah jumpa pun.. Tengok lah macam Harry Potter walaupun sorang ahli sihir berdarah muda tapi baik je.. hehe Sabrina, juga sorang ahli sihir..comel pulak tu..suka tolong orang.


Bila teringat pula kisah Snow White, kesian dan takutpun ada.Fobia nak makan epal.. takut kena sihir.Patutlah jualan epal selepas tayangan Snow White sedikit merosot disebabkan ahli sihir..hahaha... Yang menakutkan lagi,ahli sihir tu boleh bertukar wajah.. bayangkan lah die bertukar wajah jadi kawan rapat kita, kemudian kita di kidnap untuk dibuat bahan ujikaji ahli sihir tersebut..wooo...takut..

...
..
.
takut!!!!
.
..
...

Tapi kali ni....ade lagi ahli sihir yang bakal menggegarkan dunia..hanya 60 ahli nuffnang ditemukan secara ekslusif dengan ahli sihir tersebut.. Adakah anda salah sorang dari 60 paling bertuah tersebut? jom kita ramai-ramai gegarkan contest menarik nie...

Season of the witch

Season of the witch

Kepada yang bertuah dan entry tergempak anda juga mungkin dapat hadiah 3hari2malam di Hard Rock Hotel, Penang ... Tidak perlu jadi ahli sihir untuk dapatkan hadiah tersebut cuma dengan entry dan penyampaian yang berkesan...


Wednesday, December 15, 2010

Bumi bakal berlanggar Planet X?

google:gambaran menunjukkan Planet X mengorbit songsang berhampiran orbit bumi..


Kecanggihan teknologi angkasa yang kini dimonopoli bangsa barat sentiasa memberi andaian walaupun ianya diperingkat awal ujikaji. Yang terbaru digembargemburkan sesetengah pihak yang juga astronomi membuat andaian Planet Bumi bakal dilanggar sesuatu objek yang juga Planet yang bari ditemui NASA iaitu planet x atau Planet Nibiru.. Berikut adalah spekulasi yang dipaparkan dalam akhbar tempatan tentang betul atau tidak sangkaan tersebut..

Gambar google: Gambaran Planet x menghampiri atmosfera bumi

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.

"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.

Tuesday, December 14, 2010

Shisha vs Rokok

gambar: dari mr.google

Assalamuaikum semua blogger.. Harap semua sihat-sihat hendaknya.. entry kalinie bukan la bermaksud melarang sesuatu tetapi ianya suatu pengkongsian sihat tentang gejala Shisha.. Sekarang ni budaya Shisha mula mendapat tenpat di restoran2 Arab dan ianya mula diterima di restoran2 mamak dan melayu..

Shisha pada umum nya berasal dari Arab dan Mesir yang digunakan oleh mereka sebagai rokok walaupun cara penyediaannya berbeza dari rokok sebenar. Walaupun ianya tidak mempunyai tembakau tetapi shisha menggunakan arang sebagai pengganti tembakau.. Asap yang terhasil akan melalui air(ais) sebelum keluar sebagai asap yang disedut.

Mitos mengatakan Shihsa ini selamat kerana tiada tembakau.. betul ke?? Teratakindah cuba mengupas dakwaan tersebut.. Sepertimana yang kita sedia maklum setiap benda yang berasap yang disebabkan sesuatu pembakaran akan menghasilkan Tar. Tidak hiraulah ialah dari tembakau ataupun arang..

Air yang terdapat pada Tabung Shisha itu sendiri dikatakan sebagai penapis asap dan tar untuk menghasilkan asap yang bersih. Betul ke?? Tunjukkan dalil2 sahih tu kalau benar ianya bersih dari Tar jika melalui air.. Asap tetap asap walaupun melaui air dan sebagainya.

Mengikut cebisan artikal Arab News mengatakan dari Saudi Medical Journal of the Armed Forces, Riyadh membuktikan bahawa shisha sama bahaya dengan rokok dan ianya menjadi punca utama kematian dunia..

Mengikut kajian juga Shisha boleh menyebabkan dengupan jantung menjadi laju, tekanan darah serta gangguan fungsi paru-paru. Lebih menyedihkan kini Shisha makin mendapat tempat dikalangan pelajar.. yang kononnya shisha sebagai dessert yang tidak membahayakan. Ingatkan rokok dan shisha penyebab kematian dunia. Sayanglah paru-paru anda.. kasihanlah mangsa-mangsa yang terhidu asap dari anda..

Misteri huruf pada mata Mona Lisa


Melihat perkembangan dunia luar didada akhbar sambil menghirup Milo panas diruang kerja, terbaca satu tajuk yang menarik tentang Mona Lisa. Sepertimana yang kita tahu lukisan misteri ini dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 yang kini ditempatkan di Musium Paris. Lebih misteri apabila pengkaji dari Itali menemui sesuatu huruf misteri di balik mata Mona Lisa pada lukisan tersebut.Ianya mungkin tidak dapat dilihat dari mata kasar, sebaliknya penggunaan Microskop bagi mendapatkan gambaran tersebut.

Menurutnya lagi, Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas. "Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, kami yakin ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya," kata Vinceti.

Portret yang menjangkau usia 500 tahun ini pernah menjadi perebutan beberapa negara untuk dipamirkan. Apakah seistimewaan potret tersebut? ada pendapat mengatakan senyuman Mona Lisa dan ada juga mengatakan tenungan matanya.. Lebih teruk apabila pendapat mengatakan Mona Lisa sebenarnya botak..

Tiket masuk ke Muzium

Entahlah..mungkin ianya menyimpan sesuatu misteri lain disebalik potret tersebut.. yang penting teratakindah dah pun sampai ke Paris untuk melihat sendiri keunikan Potret Mona Lisa ini..walaupun jauh tapi ianya suatu kenangan yang tak mungkin teratakindah lupakan.. berbaloi dengan berbelanja 9.50€ bersamaan RM49 untuk 1 tiket... layan...

bergambar ngn potret

Monday, December 13, 2010

Blackie kucing paling tua di Britain

gambar:Kosmo (Blackie)


Menarik bila teratakindah membaca satu berita mengenai kucing. Itu la kuasa Tuhan yang esa mengurniakan umur panjang kepada sicomel nie.. Kucing yang diberi nama Blackie dipelihara oleh Quentin Shaw,49tahun mula memelihara haiwan comel ini semasa beliau berumur 25 Tahun. Nama Blackie diberi dari bintik hitam yang terdapat pada bahagian kepala kucing tersebut. Tapi bulunya yang putih gebu membuatkan ia sentiasa comel walaupun dah tua..

Blackie bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Januari depan.. 24 Tahun umur kucing bersamaan 115 Tahun umur manusia. Seorang pegawai dari Guinness Book of Records, Damian Field bercadang ingin menyenaraikan Blackie kucing paling tua di Britain.

Sunday, December 12, 2010

warna-warni lukisan langit

Assalamualaikum...salam hujung minggu teratakindah ucapkan.. bestkan ujung minggu..hehe... Dari berpanas sehinggalah berembun petang ke malam, teratakindah bersama Mr.Cayril menghabiskan masa berlensa sambil ber"IT" di oldtown dan bumbung Jusco semalam.. Jom layan skit cebisan lukisan langit yg sempat mylensa teratakindah snap smlm...








Mr.Cayril


bokeh (KLCC)




Saturday, December 11, 2010

Jalan2....

Assalamualaikum...waa..dah berabuk blog...sory xsempat update... entry kalini teratakindah nak berkongsi gambar-gambar terbaru teratakindah.. Sebenarnye teratakindah nak bitau nie... jgn jeles, teratakindah dah tgk cerita Harry Potter kat TGV wangsa walk.wahaha.best sgt..xsabar nk tunggu part 2 tahun depan..Sebelum tu teratakindah bersama Lady'd ke Taman Metropilitan, kepung.. saje jalan2 sambil snap2 pic... hehe sory la gambar Lady'd je la dapat upload.. gambar sendiri xsempat amik plak...