;

Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Teratakindah nadi informasi, peribadi dan umum.... diterjemahkan dlm bentuk termudah sebagai medium utama di abad ini disamping Menjadikan blog sebagai alternatif perhubungan antara zaman...

Teratakindah medium alternatif anda...






..::award utk pelawat::..

hmm sempena ulang tahun teratakindah.com yang pertama, admin berbesar hati utk menganugerahkan award sebagai tanda berterima kasih kepada semua blogger yg menyokong teratakindah selama setahun nie... bertapaknya teratakindah di arena pembogan nie sedikit sebanyak mesej yang cuba admin sampaikan dibenak pelusuk hati dapat dipertontonkan bersama dan mendapai reaksi positif dari semua yang melawat..terima kasih teratakindah ucapkan... trimalah award ini sebagai penghargaan setiap followers yang baru atau yang lama....

Follower@ Teratakindah

..::2nd Place award from Blog-Gempaq..TQ::..

..:: Terima kasih daun keladi, senang2 dtg lagi ::..

Cinta semudah A..B..C??? (Cinta@teratakindah)

Bila kita cakap soal cinta ramai diantara kita menganggap cinta itu mudah... Apakah perkataan mudah itu lahirnya dari keegoan dalam berkata-kata ataupun ia sememangnya expert dalam cinta?? Consep cinta yang sebenar dapat dihurai dengan merenung kembali sejarah ketamadunan manusia... new!! sambungannya klik disini

Selasa, 2010 Januari 05

Trip To Batam Island, Indonesia




Waa....lamenye xupdate...heheh hmmm entry kali nie teratakindah nak berkongsi skit percutian family ke Batam Island, Indonesia pertengahan bulan 12 yang lalu.. Pulau Batam adalah salah satu dari kepulauan Indonesia.

Kali nie kami malas naik Flight sbb dekat la... kami naik feri dari johor ke batam... perjalanan ber,mula dari imegresen malaysia di johor... selama 2jam menaiki feri kami sampai di pulau batam... waaa...first time pegang duit berjuta dalam tgn..hehe juta rupiah laa...betul org kate Indonesia nie syurga membeli belah..hehhe

Kami bermalam di Golden Pond Hotel..... aktiviti malamnya kami dibawa pemandu pelancong ke restoran terapung yang terdiri daripada masakan laut..sume ikan, udang, ketam, lobster dimasak hidup-hidup..fresh sgt beb..nak ikan kene tangkap sendiri.... harga murah sgt... 1st time makan lobster fresh idup2 die masak...SEDAP!!!!!!!!



Gambar lagi??? Klik Disini

Selasa, 2009 Disember 15

Road to Cameron Highlands





Assalamualaikum sume rakan blogger!!!! hmm entry terbaru nie teratakindah mau berkongsi pengalaman manis cuti bersama kawan2 ke Cameron Highlands... hmm plan percutian nie sebenarnya sebulan yang lepas sebelum cuti sekolah... kami berempat (saya,cayril-z,Lady'd dan nad) bertolak dari gombak jam 11am dan sampai di cameron highland jam 2pm... disana kami bermalam di Star Regency Hotel & Apartment(3 bintang).. kami memilih apartment 3bilik utk kami bermalam selama 3hari2mlm..
Hari pertama: -bermula dengan checkin Apartment sehinggalah kami makan tgh hari dan petangnya kami ke pasar mlm di brinchang, Cameron Highlands. -sebelum tu kami ke Ladang teh Bharat (cameron valley) utk menikmati hidangan teh disamping pemandangan yang indah dan dingin...


Hari Kedua:
-kami menjalankan aktiviti pagi dengan jungle traking...perjalanan meredah gunung brinchang mengambil masa 3jam perjalanan..kami dibawa oleh pemandu pelancong....best beb!!!! tapi licin skit sbb hujan pagi tu. sempat bekenalan dgn 2org mat saleh lagi...diepun join group traking kami,die dtg dari german..
-aktiviti petang kami ke strawberry farm utk menikmati hidagan berasaskan strawberry seperti strawberry sundae, strawberry yogurt dan memacam lagi...




Hari Ketiga:
-kami ke taman rama-rama dah kedai2 cendera hati utk dibawa pulang..
-seterusnya kami ke ladang teh BOH yang terletak di puncank Cameron Highlans iaitu di sungai palas..kami dibawa menyaksikan sendiri prosedur pemprosesan teh dan kami sempat hi-tea di restoran yg disediakan berlatar belakangkan pemandangan ladang teh seluas mata memandang....
-kami check-out dan pulang ke KL....



Ahad, 2009 Disember 06

..:: Keje gile ::..




haluuu...hehe hmm entry kali nie bertajuk keje gile???? waaa... ape yg gile tu??? hmmm sebenarnya arini 6 disember 09 hari kenduri membe saya la... saya mengambil kesempatan nie nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Laila (GSTT) dan Cikgu Juliana (GSTT) yang baru saje melangsungkan perkahwinannya tadi... tapi bukan tu yang nak diceritakan...sebenarnya saya nak cerita kisah selepas kami (saya+lady'D) makan kenduri tadi...

Kami menghabiskan suapan terakhir dan tegukan merah menyala air sirap jam 4pm dirumah pengantin Cikgu Laila..Masuk je dlm kete, kami plan nak gi jalan2 sebab ade masa lagi utk merayap...mula2 cadangan nak lepak2 kat Putrajaya je...tapi tetibe je kitorang naik genting...hahaha mulut cakap putrajaya....stereng belok genting...

gile betul!!! dah la nak dekat pukul 5pm..kalo nak tau petang2 kat sane berkabus....arhhh..itu perkara kecik jer..sampai kepuncak genting jam 5.30pm...wow..sejuk beb!!! mcm biasa la fav. saya tangkap gambar.... kitorang turun dari genting pukul 6pm... kesimpulannya kitorang naik genting hanya nak tangkap gambar..waaaaa....

Ahad, 2009 November 15

MC vs Penyampai ICON (Final)

Mcm Hang Tuah Daa...

Waaa...alhamdulillah aktiviti slm (sabtu) berjalan dgn lancar n jayanya.... Saya feat Mr. Cayril sekali lagi berjaya menawan hati penonton a.k.a para hadirin dgn penyampaian spontan kami dlm menjayakan program makan tengah hari sempena kutipan dana surau SMKGS...

Haritu menjadi suatu sejarah baru SMKGS dengan mengadakan majlis yang gilang gemilang itu buat pertama kali dan yang gempaqnya kami terpilih utk menggamatkan keadaan.. terima kasih kepada semua yang memberi peluang bagi kami menunjukkan bakat yang dikurniakan ini hanya utk menghiburkan dan menceriakan lagi majlis kutipan dana surau...


MC Nasri feat MC Cayril


Selepas majlis tu..kami pun balik berehat...tapi ptgnye kami ade aktiviti lagi....hehe kami ke Istana Budaya utk saksikan Malam Akhir Penyampai Icon (realiti TV2)...waaa... best jgk 1st time masuk istana budaya...Cantekkkkkk....






Jumaat, 2009 November 13

menjelang Jamuan Tengah Hari Kutipan Dana Surau SMKGS

waaa....arini bz sgt kat skolah..saye n cekgu kerel handle bahagian persembahan dan MC pada hari tersebut...huh penat la jgk..tapi yang wat persembahan esok 1kumpulan je..tapi suara die MANTOP!!!! waa...xsabar nak nantikan hari esok...tunggu entri terbaru sempena Majlis tu nanti....

Raptai penuh persembahan

adus....terpegun dgn persembahan ke nie...

ini terlampau kusyuk nie...otai btl cekgu nie

2 Tekun yang ceria (penonton je)

my team (team bola harapan)