..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, December 4, 2010

Minyak dan Gula pulak naik...huuuhh

gambar: kosmo

Bagaikan tidak percaya akhirnya spekulasi harga minyak RON95 yg dipertahankan harganya ditahap yg stabil akhirnya mengalami kenaikan 5sen begitu juga Diesel dan Gas. Tidak reda dengan kenaikan bahan api tersebut, rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga gula. Jika bahan api dinaikkan skalipun mungkin ianya dipandang biasa bagi mereka tidak berkenderaan sebaliknya jika harga gula naik ianya menjadi suatu barah yang turut dirasa semua rakyat kerana gula termasuk dalam bahan isi rumah yg penting dan tidak sewenang-wenangnya dinaikkan.

Apa sebenarnya permainan mereka? Mungkinkah ianya revolusi ekonomi moden hasil belanjauan yang tidak teratur tempoh hari? Berikut adalah petikan sebuah akhbar tempatan:

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.

-kosmo

3 comments:

Cik SHiNJU said...

Harga makanan mesti naik mencanak la..Peniaga memang pandai amik kesempatan..Petrol naik 5sen tapi nasi lemak naik 30sen..Gula naik 20sen tapi air 1 cup naik 50sen.. :@

Cayril Ikhwan said...

bila ...gula dah naik...bagus juga untuk kesihatan kita...amal kurangkan gula...kurangkan manisan ..banyakkan manis dalam senyum

endigolabs said...

hehe... artikel sobat lumayan :D

mau tukeran link ngak sob??? saya ntar pasang :D

kalau mau berkunjung ke sini: www.endigolabs.co.cc

kalo spamming, hapus saja komentar ini :D