..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia layak ke Separuh akhir..

Gambar: google


Setelah skuad negara dimalukan oleh pasukan Indonesia, dan mencatatkan seri keatas Thailand kini kita mampu menarik nafas lega apabila skuad kebangsaan berjaya menempah tiket ke perlawanan peringkat separuh akhir Piala Suzuki.

Malaysia mencatat kemengan besar keatas Laos 5-1 dan perlawanan yang sama Kumpulan A antara Indonesia menentang thailand yang mencatatkan kemenangan 2-0 hasil penalti yg disempurnakan oleh bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas. Dengan keputusan tersebut Indonesia dan Malaysia mara ke pusingan kedua.

Sesuatu yang dapat dibanggakan apabila K.Rajagopal meletakkan 4 pertahanan muda dalam kesebelasan kali ni. Ternyata percaturan yang licik ini membuahkan hasil walaupun berlaku kelam kabut pada bahagian pertahanan Malaysia pada separuh masa yang pertama.

Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan berdepan juara Kumpulan B iaitu sama ada Filipina, Vietnam atau Singapura pada 15 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan di tempat lawan pada 18 Disember depan.

Tahniah skuad kebangsaan yang bangkit memadamkan spekulasi setelah kemarau kemenangan musim ini.

2 comments:

Asmi Asmidar said...

yeahh.saya suke.malaysia BOLEH.:) semngat maal hijrah.:)

Aida Azryn said...

Tahniah untuk malaysia.. ^^