..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, September 1, 2010

Masjid Besi Tercanggih diMalaysia??

gambar dari google


Hmm Entry kali ni kite terjah Masjid plak. Teratakindah tertarik dengan keunikan Bandar Putrajaya. Dengan Kerancakkan sektor pembinaan menjadikan Putrajaya sebuah bandar terancang yang kondusif sedikit sebanyak memartabatkan seni bina kontemporari di Malaysia. Teratakindah tertarik dengan seni bina Masjid Besi di Putrajaya. Dari jambatan putrajaya anda dapat melihat masjid ini bagaika bersinar-sinar bercahaya putih, selari dengan kesucian agama Islam.. Jom ikut Teratakindah mengupas Kecanggihan masjid ini..


Berkonsepkan seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.


Kos pembinaan yang mencecah RM180 juta ini menjadikan Masjid Besi sebagai masjid terbesar di Putrajaya dengan boleh memuatkan 20 000 jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini memerlukan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit menjadikan Masjid pertama berasaskan Keluli..Keluli yang menjadi kerangka masjid ini, telah dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.


Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.


Selain itu juga Masjid ini dilengkapi Sistem audio terbaik bagi mengelakkan gema semasa ceramah agama atau aktiviti masjid dijalankan. Masjid ini juga dilengkapi dengan Sensor penghalau Burung. Ianya bagi memelihari struktur Masjid dari najis yang dibawa burung.


waa...canggihkan?? jom kite melawat Masjid Besi ni... macam best je...yg penting kalo gi masjid biar lah dengan hati yang ikhlas untuk beribadat bukan hanya untuk nak tangkap gambar jer ye...

6 comments:

billy said...

da penah semayang dekat masjid ni. design dia sangatla lawa, design toilet masjid ni saja boley buat mulut ternganga...haha tp yg tak bestnya sebab takda kipas/ air cond, bila semayang rasa panas sikit.mungkin konsep terbuka yg cuba dibuat kurang sesuai sebab Msia ni beriklim panas...

Teratakindah said...

oo yeke...saye xpenah sampai lagi..tgk dari luar berpuluh kali la..sbb putrajaya tempat fav saye...slalu ujung minggu lepak sana..tenang je rase...

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe dah pergi masjik ni waktu tghari...dan awe suke sangt putrajaya....tak sia-sia idea Tun Dr Mahathir

Teratakindah said...

waa...same la kite..saye pun suke putrajaya..kalo nak ketenganan saya slalu gi sana..xkira mlm ke siang..

Asmi Asmidar said...

cgu mmg suker g putrajaya en lgy2 nan cgu diana heheee

Teratakindah said...

hehe..mane awk tau saye gi ngn cikgu diyana?? oo...mngendap yer??