..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, April 13, 2011

Arab Saudi bakal memiliki banggunan setinggi 1.6km..

Terkejut dan terkedu tatkala saya menyelak2 dada akhbar kosmo edisi 13 April 2011 bila rancangan Arab Saudi untuk membina banggunan setinggi 1.6km!!! wow...kalo bejalan kali tercungap la jgk... hehe... Yang saya terperanjat banggunan Burj Dubai yang mencecah ketinggian 1km baru je beroperasi dah nak buat banggunan pencakar langit lagi. Lebih memeranjatkan rancangan kedua selepas Burj Dubai iaitu "Nakheel Harbour and Tower" juga di Dubai baru dalam proses pembinaan..Mungkinkah ni petanda Kiamat dimana manusia mengejar-ngejar membina pencangar langat? Hanya Allah yg tahu....

Jom layan skit artikel yg dipetik dari akhbar tersebut:

Menara-menara pencakar langit Dunia..


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Gambaran pencakar langit terbaru Dubai..Kingdom Tower

2 comments:

Aida Azryn said...

mak aih.. dasat dasat.. awat tak wat pencakar bulan terus.boleh tgk bulan dekat2.. ades.. =.=

Teratakindah said...

hmmm betul jgk tu...myb tkut bulan jatuh keriba kot..hehe