..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, April 26, 2011

Ancaman serangan hari perkahwinan diraja William+Kate

Susah jgk jadi terkenal nie... Tambahan lagi anak raja yang berpengaruh besar macam Putra William. huuh macam2... Kenapa perlu buat kekecohan yerk?? Jeles ke dengan pangkat dan darjat orang...menjelang perkahwinan diraja antara William dan Kate jumaat nie, Pihak keselamatan tempatan memperkukuhkan pengawasan keatas mempelai..

Jadi miskin pun susah jadi kaya pun susah jadi terkenal lagi la susah.. Hari bahagia bertukar menjadi trajedi...ishh xbestnyer... Berikut adalah bingkisan dari akbar Metro edisi 26 April 2011 rangkuman Dunia...
Gambar: Google (Putra William dan pasanganya Kate Middleton

LONDON: Pihak berkuasa keselamatan Britain tidak menolak kemungkinan berlaku serangan pengganas pada hari perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, Jumaat ini.

Sehubungan itu, kawalan ketat dikuatkuasakan di seluruh London sebagai persediaan. Kerajaan juga mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan di tempat lain selepas diberi amaran bahawa Tentera Republikan Ireland (IRA) mungkin merancang kekacauan di Belfast dan Londonderry.


Serangan itu bertujuan membayangi majlis perkahwinan William dengan Kate di Westminster Abbey. “Kumpulan perisikan memberi amaran, ancaman itu benar dan menunjukkan kemungkinan yang tinggi,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Mirror. Ancaman itu dibincangkan dalam sesi taklimat agensi perisikan MI5 kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sumber itu menambah: “Langkah berjaga-jaga diambil walaupun sukar dipercayai kumpulan itu mampu melancarkan serangan di London Jumaat ini.” Ancaman keganasan itu timbul selepas anggota polis, Ronan Kerr, 25, terbunuh dalam satu letupan dekat kediamannya di Omagh awal bulan ini.


Anggota polis muda itu baru baru selesai menjalani latihan apabila menjadi sasaran kumpulan pengganas IRA. Minggu lalu kumpulan menggelar diri mereka ‘the IRA’ mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan itu.


Ahli politik bimbang pembunuhan itu akan mencetuskan siri baru serangan sama seperti yang berlaku di utara Ireland pada awal 1990. - Agensi




London:Teratakindah sekeluarga melawat istana Britain thn lps..

6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

ingat dapat kad jemputan atau jadi photographer amik pic mereka..heheh..tapi awe je tak pergi sana..overseas mana pun belom pernah pergi :)

Fantastic Ajane said...

wah da sampailondon mari ye teratakindah... hehehhe hope kate n william ni berkekalan la kan...

atieshariffuddin said...

xpayohla serang2 org kawin.. ish3... pegi singgah makan sudah..

Teratakindah said...

alo tahun dah lame dah..thn lepas punye gambo tuu... slmt pgntin bru la kat sesiapa nak mendirikan rumah tgga pada jumaat nie...

emieysandra said...

susah tol jadi org pemes ni..buat ape2 kena dijaga. mesti xpuas merasai majlis wedding tu, sibuk dgn ramai org..huhu.

Teratakindah said...

hmm itu satu hal..dalam masa yg sama hati xtenang bagaikan sume mata memandang salah satu mungkin bakal mencetuskan kekecohan yg xdiduga...