..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Friday, April 22, 2011

Teh Cina vs Gadis Dara


Assalamualaikum semua.. hmm Pagi Jumaat yg agak mendung di area Lembah Kelang... SEmoga berhati-hati ketika memandu k... cz smalam di Highway Duke jem teruk akibat kemalangan maut di kilometer 4 berhampiran sentul...

Entry yang agak menjengkelkan utk pagi mulia nie, teratakindah ambil dari petikan akhbar Kosmo edisi 22 April diruangan rangkuman dunia... Hehe agak geli hati dengan adat mereka tentang Teh Cina yang menjadi kebanggaan rakyat China.. Mengikut cerita hanya gadis sunti yang masih DARA shj yang dibenarkan untuk memetik..ish2 pakai mulut plak tu..Awas kepada mereka penggemar teh China...wahaha

jom layan skit...

GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi


Hmmm gosok gigi ke x anak Dara tu erk??? hehe ntah2 bangun pagi je trus buat keje..eeee... tahi gigi pun ade celah2 daun tuuu...wahahaha

8 comments:

atieshariffuddin said...

ade enzyme kt celah gigi perawan tu jadi lagi sedap kot teh tu.. haha~
mcm pelik je syarat nk kerja tu.. ape2lah

Teratakindah said...

hahaha...mungkin jgk....ptt la teh cina tawar jer...hehe

diana said...

mujur tak suka teh..
jijik la pulak..

Teratakindah said...

hehe.....xpe minum teh cameron.... xpun teh sabah...buatan malaysia

fiezah91 said...

hahaha.. tetiba rasa geli semacam..pelik btl sebab tak boleh gua tangan.huhu

Teratakindah said...

itu la..bermacam-macam pantang larang nenek moyang diorang..hehe.. tp ianya jadi 1 keunikan kat ladang tersebut tau...daya tarikan pelancong...

Misz Muffin said...

pelik betul syart die tu.. haha..

jaya jr said...

tak sempat nak nengoknye..haha