..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, April 19, 2011

Makhluk Asing ditemui????

Assalamualaikum para blogger sekalian... hmm pelik bin ajaib bila selak akhbar Kosmo edisi 19 April 2011 bahagian Dunia apabila Bangkai Makhluk yang pelik yg juga dipercayai Makhluk Asing ditemui di suatu kawasan bersalji di Rusia.. Benar kah makhluk itu wujud? Atau ianya hanya mainan spekulasi Barat smata-mata..

Ok lah nak tau kisah sebenar jom kite baca artikel tersebut...zzaazzz

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi