..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Thursday, April 14, 2011

Anak remukkan kereta bapa RM1.35 juta

Assalamualaikum...hmm pekabo? cuaca arini baik jer sekitar lembah kelang nie... Alhamdulillah juga dipanjatkan atas kesihatan yg dianugerahkan ini... ok la..entry kali ni teratakindah ambil dr artikel Dunia akhbar kosmo edisi 14 April 2011.. Mesti ramai yang dah baca tapi teratakindah post entry ni utk kita menilai kehebatan barangan mahal2 nie..hehe

Berlaku di Jerman seorang gadis terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta mewah kepunyaan bapanya remuk teruk tetapi pada masa yang sama bahagian kokpit dalam keadaan yang selamat.. Wow... kalo kareta buatan @#$%^& dah lama aruah dah..wallahua'lam...


Teratakindah agak kagum dengan ciri-ciri keselamatan yang diutamakan pada kereta mewah tersebut... Kereta sport Gumpert Apollo yang pernah tersenarai dalam rancangan "Top Gear" tersebut mampu mencecah 2 juta ringgit Malaysia tuu... Hmmm kalau lah rakyat Malaysia semua memiliki kereta mewah tersebut mesti kadar kemalangan maut khusus pada musim perayaan dapat dikurangkan..hehe pe lagi...kumpul la duit..beli sebijik..hehe klik nuffnang banyak2 yer..hehehe

gambar dari Google: Nuffnang

ok laa merapu sudahh... jom layan skit artiket ngeri tersebut..zzaazzz....

Remuk: gambaran sebelum dan selepas...

BROKDORF, Jerman - Seorang remaja berusia 20 tahun hilang kawalan menyebabkan kereta sport bapanya yang berharga £275,000 (RM1.35 juta) remuk akibat terbabas di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, remaja tersebut dan seorang penumpang wanita berumur 19 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sport Gumpert Apollo itu terbabas baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis berkata: "Kereta itu remuk sepenuhnya dan hanya bahagian penumpang yang masih berada dalam keadaan baik."

Pihak berkuasa kini melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada remaja itu memandu dengan laju di kawasan yang mempunyai had kelajuan 80 kilometer sejam.

Kereta sport itu merupakan salah sebuah kereta yang paling laju di dunia.

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.8 saat. - Agensi


6 comments:

perjalanan pulang said...

anak bapak

ati shariffuddin said...

ptutnye tnjuk sikit respon ayah dia.. haha~

Aida Azryn said...

1.35juta??aiyooo.. @.@

Nad Abdullah said...

woha...sayang gila kreta cantik kot

Sophie said...

gile x laju... -..- best nye kete tuu...

Sophie said...

gile x laju... -..- best nye kete tuu...