..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, April 30, 2011

Hadiah bermakna dari Ratu Elizabeth

kediaman rasmi diraja, Buckingham Palace.

Waaa..berlangsungnya majlis gilang gemilang di Kota London semalam, Putra sulung Mendiang Diana, William selamat disatukan dengan pilihannya Kate Maddleton... Kurniaan bermakna buat rakyat London apabila dapat melihat sendiri putera raja mereka di satukan..

Keluar dari Westminster Abbey

Petikan dari Akhbar Metro edisi 30 April 2011, telah menganugerahkan kurniaan Duke of Cambridge dan Kate dengan gelaran Duchess dimana kurniaan tersebut lebih kurang pangkat paling besar dalam institusi kerajaan... Jom kite layan bingkisan dari akhbar tersebut...

LONDON: Putera William diiktiraf sebagai Duke of Cambridge pada hari perkahwinannya, semalam oleh Ratu Elizabeth II dan Kate Middleton pula mendapat gelaran Duchess of Cambridge sebaik mereka berkahwin, kata sumber Istana Buckingham.

“Ratu Elizabeth hari ini (semalam) mengurniakan gelaran duke kepada Putera William. Gelarannya adalah Duke of Cambridge, Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus,” kata sumber istana. “Putera William menjadi Duke of Cambridge dan Catherine Middleton, Duchess of Cambridge,” katanya lagi.

Friday, April 29, 2011

The Royal Wedding William+Kate meriah..

William+Kate

Bermulanya detik bersama antara Putera William dengan pasangannya Catherine Middleton (Kate) sebagai pasangan suami isteri maka selesailah gemuruh dan saat yang dinanti-nanti rakyat Britain... Seperti yang dipaparkan dalam saluran Astro ch700 HD, bermula jam 1am waktu Malaysia, Rakyat sudah membanjiri kawasan sekitar Bandaraya London..

Acara gilang gemilang tersebut bermula jam 9.30am waktu tempatan dengan kehadiran VIP dan VVIP...Turut hadir Sultan Brunei dan Permaisuri (agak selekeh..kuang kuang kuang) dan David Beckham serta isteri.. Jam 10.30am, William sampai di Westminster Abbey.. tepat jam 11am waktu tempatan (6pm wktu Malaysia), ketibaan Kate di Westminster Abbey...

Kawasan yang mendapat perhatian adalah sepanjang laluan Buckingham Palace, Westminster Abbey, dan juga beberapa tempat lain sekitar London yang disediakan skrin besar seperti di Trafalgar square... Lautan manusia membanjiri kawasan sekitar London.. jom layan skit video yg sempat teratakindah sedut utk rakan2 blogger...



Tomelnye kanak-kanak nie...


William keluar dari kediaman rasmi..


Kate baru keluar dari Hotel Goring,London


Kate baru sampai Westminster Abbey...xsabo nak kawin...


Datuk dan Nenek sudah mari...



Royal Wedding William+Kate vs Maharajalawak 18SG



Hahaha..alkisah teratakindah edisi 29 April 2011 memberi makna yg besar kepada Rakyat Britain khususnya dengan perkahwinan diraja antara William dan Kate yang bakal menyaksikan satu fenomena Wedding of de'year mengalahkan perkahwinan Dato'Siti mahupun Datuk Shekh Muzaffar.. wahaha....


Raptai Royal Wedding-semalam

Acara gilang gemilang akan dipancarkan secara ekslusif di saluran TV Malaysia NTV7 dengan kerjasama Astro (TLC,Bio ch dan ch700-HD)... Sape yg ade B'yond bleh la tgk de'Royal Wedding berdefinisi Tinggi (HD) di ch 700... acara dijangka bermula petang jam 6pm waktu Malaysia.. Sape yg obses dengan Royal wedding nie balik keje tu cepat skit..hehe... Dijangka semua selesai jam 9pm (ch 700)...

Dalam masa yang sama bagi rakyat Malaysia Khasnya juga dikjutkan dengan persebahan "Raja"..haha raja segala raja pelawak2 finalis realiti tv Rajalawak berentap pada minggu ke 5... Tapi...hanya yang langgan Pakej Mustika je laa...hehe xsabo nak tgk malam nie...

Tapi sebelum tu jom kite singkap kembali perjuangan maharaja lawak minggu lepas... Agak menyedihkan bila diumumkan Alex terkeluar pada minggu tersebut... Tapi xpe perjuangan Alex bukan berakhir disitu lepas nie job2 menanti..hehe jom kite tgk sikit antra de'best minggu tersebut... zaazz

Jozan my Fav!!!!! hehe

jambu...muke legend hati cute

Terbaekk dari Nabil

Sepah..mmg best



Berikut adalah markah yang diperolehi peserta Maharaja Lawak selepas undian ditutup (50% Undian + 50% Markah Juri):

1. JOZAN - 61
2. NABIL - 59
3. SEPAH - 54
4. JAMBU - 53
5. BALAS - 45
6. AMIR - 42
7. MAN - 31
8. JIHAN-29

Thursday, April 28, 2011

Lukisan Kreatif 18sx

Huuhh...sekali pandang macam wanita-wanita tersebut berpakaian..tapi sebenarnya lukisan kreatif pada badan mereka tanpa memakai seurat benang... Minda kreatif kita mungkin melabelkan ianya satu hasil seni yang superb dan kalo dikomesialkan pasti bapat perhatian dunia..Tapi kalau difikirkan diruangan minda yang lain, ianya dianggap kurang bermoral..sbb jadikan tubuh wanita sebagai bahan ujikaji mereka.. Tapi bagi pendapat artistik eropah kuno, struktur tubuh wanita dianggap apstrak..sbb itu la banyak terdapatnya patung2 bogel wanita di sekitar Eropah...zzaazzz....

Kate Bogel?


Debaran makin terasa bila hanya kurang dari 24 jam mereka menyaksikan hari gilang gemilang perkahwinan diraja antara William dan Kate.. Entry yang sama pada pagi khamis nie berkisah the royal wedding... Kalini alkisah "telanjang"...sape yang "telanjang"?? xkan nak jadi bini raja nak buat "Free show" depan berbillion rakyat dunia plak?

KUMPULAN pengawal berkereta kuda menjalani latihan sebagai persediaan untuk hari perkahwinan Kate dan William.

Artiket diruangan global akhbar Metro edisi 28 April 2011, Kate yang juga bakal menduduki tahkha diraja esok, mengalami Mimpi buruk yang menyebabkan dirinya agak gelisah.. Menurut agensi, ianya kali kedua dialami mimpi buruk berkenaan ketika kali pertama pada 2006.. Lebih menyanyat hati Kate dikatakan berbogel di depan khalayak ramai ketika berlangsungnya upacara perkahwinannya bersama putera raja tersebut.. Desaksikan Ratu Elizabeth hinggalah kepada Putera Philip seterusnya rakyat jelata memerhatinya... Menurut Kate lagi ia merasa gelisah disaat-saat hari bahagianya makin tiba...

Hadoi....pasal mimpi pun nak heboh 1 dunia ker hah?? mimpi bogel plak tuu..hehe camni la...mintak tolong Putera Wiliam beli buku tafsir mimpi..murah jer xsampai RM20..

Wednesday, April 27, 2011

minum petang@PappaRich with Lady'd

Waa..lama xminum petang kat papparich..last minum petang lastweek..hehe baru seminggu... Papparich salah satu kdai kopi fav teratakindah..dengan aroma kopi yg mengancam, benar2 ilangkan letih seharian bekerja... Sambil lepak minum kopi tak ketinggalan DSLR tetap dibawa bersama...bak kata pepatah bagaikan isi dengan kuku..tapi sayang gambar sndiri xde pun...hahaha...

1
my fav coffee...

2
Cekgu Diyana (Lady'd)

Menjelang Perkahwinan diraja William+Kate.. Mahkota vs Judi?

Lakaran jer...

Assalamualaikum dan selamat pagi..masih tertumpu dengan kehangatan Perkahwinan diraja, Teratakindah mengupas berita-berita menjelang hari bersejarah tersebut.. Bukan niat dihati mengagungkan perkhwinan barat tapi ianya sebagai perkongsian siber yang secara umumnya harus dikongsikan bersama..

Petikan dari akhbar tempatan Metro edisi 27 April 2011, Kate sekali lagi menaruh harapan tinggi agar di taja atau dipinjamkan mahkota milik Ratu Elizabeth.. Bukan itu sahaja malah Rakyat UK umumnya menjadikan ianya suatu pertaruhan sesama mereka.... Ai, org lain kawin orang lain plak duduk xsenang siap berjudi plak..macam kera kena blacan daa...

Sehubungan dengan itu difahamkan Seorang wanita berumur lingkungan setengah abad sanggup mempertarukan 6 000 pound (RM 12 000) dengan perperjudikan Kate akan dipinjamkan Mahkota "Fringe" iaitu Mahkota yang dipakai Ratu Elizabeth pada 1947 !!! Yang menariknya jika sangkaan memihak kepadanya, ia mungkin akan membawa pulang 72 000 pound (RM 360 000).... wow bebaloi la jugak orang tua tu yerk....

Mahkota Fringe

Mahkota "Fringe"- Asal-usul mahkota Fringe menjadi perdebatan di kalangan pihak pentadbiran diraja. Sesetengah ahli sejarah percaya ia dibuat pada 1830 daripada berlian yang dimiliki Raja George III. Koleksi diraja mendakwa ia dibuat pada 1919 untuk Ratu Mary daripada rantai yang diterimanya daripada Ratu Victoria. Mahkota itu diwarisi secara turun-temurun oleh keluarga diraja Britain

Ratu Elizabeth

Tuesday, April 26, 2011

Ancaman serangan hari perkahwinan diraja William+Kate

Susah jgk jadi terkenal nie... Tambahan lagi anak raja yang berpengaruh besar macam Putra William. huuh macam2... Kenapa perlu buat kekecohan yerk?? Jeles ke dengan pangkat dan darjat orang...menjelang perkahwinan diraja antara William dan Kate jumaat nie, Pihak keselamatan tempatan memperkukuhkan pengawasan keatas mempelai..

Jadi miskin pun susah jadi kaya pun susah jadi terkenal lagi la susah.. Hari bahagia bertukar menjadi trajedi...ishh xbestnyer... Berikut adalah bingkisan dari akbar Metro edisi 26 April 2011 rangkuman Dunia...
Gambar: Google (Putra William dan pasanganya Kate Middleton

LONDON: Pihak berkuasa keselamatan Britain tidak menolak kemungkinan berlaku serangan pengganas pada hari perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, Jumaat ini.

Sehubungan itu, kawalan ketat dikuatkuasakan di seluruh London sebagai persediaan. Kerajaan juga mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan serangan di tempat lain selepas diberi amaran bahawa Tentera Republikan Ireland (IRA) mungkin merancang kekacauan di Belfast dan Londonderry.


Serangan itu bertujuan membayangi majlis perkahwinan William dengan Kate di Westminster Abbey. “Kumpulan perisikan memberi amaran, ancaman itu benar dan menunjukkan kemungkinan yang tinggi,” kata satu sumber kepada akhbar Daily Mirror. Ancaman itu dibincangkan dalam sesi taklimat agensi perisikan MI5 kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sumber itu menambah: “Langkah berjaga-jaga diambil walaupun sukar dipercayai kumpulan itu mampu melancarkan serangan di London Jumaat ini.” Ancaman keganasan itu timbul selepas anggota polis, Ronan Kerr, 25, terbunuh dalam satu letupan dekat kediamannya di Omagh awal bulan ini.


Anggota polis muda itu baru baru selesai menjalani latihan apabila menjadi sasaran kumpulan pengganas IRA. Minggu lalu kumpulan menggelar diri mereka ‘the IRA’ mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan itu.


Ahli politik bimbang pembunuhan itu akan mencetuskan siri baru serangan sama seperti yang berlaku di utara Ireland pada awal 1990. - Agensi




London:Teratakindah sekeluarga melawat istana Britain thn lps..

Monday, April 25, 2011

Private Island- Michael Schumacher








Wow...sangat menakjubkan..bertempat disebuah gugusan pulau VVVIP di Dubai yg juga dikenali sebagai "The World", Perlumba F1, Micheal Schumacher dihadiahkan sebuah Private Island yang dianggarkan bernilai 7 juta oleh Putra Mahkota Dubai, Sheikh Mohammad Bin Rasyid Al-Maktoum pd 2007...


10 Rumah paling Terpencil...











hehe...waaa cantik betul pemandangan tapi kalo emergency kan ssh... mungkin ia suatu kepuasan bagi org yg sama mcm jin suke duk tmpat terpencil cmni..wahaha

Sunday, April 24, 2011

Lindsay Lohan dipenjara 120 hari

pic dari cik google

Assalamualaikum...salam berhujung minggu..arini Ahad...esok dah mula tugas macam biasa..ok la mcm biasa la pagi dengan rangkuman dunia bersama teratakindah... kalini teratakindah ingin berkongsi kegiatan bodoh aktres hollywood kecik molek nie.. Landsay Lohan yang pernah bergandingan dalam cerita kanak2 "herbie" dan "the parent trap" kini berhadapan dengan hukuman penjara LAGI!!

Huuh aritu dah masuk dalam kalini masuk lagi... Pelik jugak kesalahan mencuri..mcm xlogik jer..orang kaya pun mencuri ker??? Dia ingat muke cun orang kesian ker..hahaha....
Artikal dipetik dari akhbar Kosmo edisi 24 April 2011...


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Tidak cukup dia dihukum penjara 120 hari kerana melanggar perintah parol, aktres Hollywood, Lindsay Lohan, 24, (gambar) turut dimarahi hakim yang membicarakan kesnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres itu yang meraih pendapatan jutaan dolar menerusi beberapa filem popular seperti The Parent Trap dan Mean Girls dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kelmarin kerana dituduh mencuri seutas kalung berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah gedung barangan kemas pada Januari lalu.

"Adakah seorang yang berotak akan memakai kalung dan berjalan keluar begitu sahaja. Adakah ia satu tindakan yang nekad atau bodoh? Saya pun tidak tahu," kata hakim berkenaan, Stephanie Sautner.

Sautner, bagaimanapun, memilih untuk menjatuhkan hukuman lebih ringan iaitu penjara 120 hari ke atas Lohan kerana melanggar perintah parol yang dikenakan terhadapnya pada 2007 kerana melakukan jenayah mencuri.

Selain itu, beliau memerintahkan Lohan melakukan kerja amal selama 120 jam di rumah mayat daerah Los Angeles dan 360 jam lagi di sebuah rumah perlindungan wanita.

Aktres itu yang sebelum ini dicemari pelbagai skandal termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol dan bercinta sesama jenis berada di dalam lokap selama lima jam sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM225,412) sementara menunggu rayuan kes tersebut. - Agensi

Saturday, April 23, 2011

Kepenatan dalam Kekenyangan...



Assalamualaikum...masih keletihan...dan kekenyangan... dengan kata lain keletuhan dalam kekenyangan..wahaha Keletihan pasal bersukan..kekenyangan pasal makan nasi lemak..hehe.. Selama sejam kami bertungkus lumus dijaring gelanggan badminton Sinamax Sri Gombak... Bermodalkan RM18 bagi sejam Teratakindah bersama mr.hashim, mr.ezam dan mr.ikram memulakan rutin mingguan kami dengan sukan Badminton...


Agak kepenatan.. tapi kepuasan kemukul bulu tangkis flet meredakan keletihan tersebut... Mesti korang kenal DATO' LEE CHONG WEI kan??? dia xde pun tadi..tp ade la poster die kat gelanggan... wahahah... Berbekalkan Nokia E72, teratakindah snap skit pic masa di pusat sukan tersebut...kredit to CS4 cz memperbaiki ketulusan cahaya,warna yang korangpun taukan betapa berjutanya noise kalo snap pkai Henpon nie.. Skang teratakindah mau terjah blog2 yg xreti yang tido lagi!!!!!!!!



Teratakindah feat mr.hashim

mr.ikhram feat mr.ezam

Gimnasium BOGEL???


Assalamualaikum semua....Salam hujung minggu...waa hujung minggu datang lagi...apa aktiviti ptg nie??? kalo xde pe nak buat jom la join teratakindah berfoto di Taman Tasik Perdana,KL.. Arini pixelBUROK berouting disana..kalo jmp tegur2 la..

OK lah..alkisah pada pagi sabtu yg ceria nie tentang BOGEL... kalo dulu heboh dengan pantai BOGEL dan kini pusat gimnasium plak!!! Ish3 mmg xde keje btl prang barat ni..Saje nak mengkontroversi.. Boleh pulak senaman xpakai pape...ishhh berkudis baru tau campur peluh2 orang kat seat alat senaman tersebut...

Kalau yang wanita plak faham2 je la kalau buat aktiviti lompat melompat..kan mencacatkan pemandangan..tambahan lagi yang pergi mat saleh tua plak..huuhh free je tgk lemak2 terselit... ish3....jom layan skit bingkisan akhbar kosmo edisi 23 April 2011 berkisahkan Easy Gym,Spain...

zaazz.....

Tgk la ade makcik tua kat sebelah jantan tuu...ishhh

ARRIGORRIAGA - Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.

"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.

Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.

Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut. - Agensi

Friday, April 22, 2011

Menjelang Maharaja Lawak mlm nie....





Seperti yang ditunggu-tunggu saban minggu menanti kemunculan hari Jumaat, kini Maharaja Lawak telah masuk minggu ke4..Pada malam ini dengan mengekalkan para juri yang sama iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Apek dengan kritikan mkn panas kepada peserta dan juga MC Mizal selaku host tetap Maharaja Lawak.. Seperti minggu lepas, bertemakan muzikal komedi menyaksikan sangingan 10 Peserta yang akhirnya memberi tamparan hebat buat naib juara raja lawak musim ke5 iaitu R2 apabila diumumkan keluar pada minggu tersebut...



Mengikut undian peratusan semasa (tidak termasuk juri) sehingga petang tadi, Jozan masih mendahului diikuti rapat Nabil dan Sepah, Kumpulan Jambu, Kumpulan Balas, Man, Alex, Jihan dan Amir... Papepun kepada penyokong yang melanggan Pakej Mustika, malam ni ch132 jam 10pm...Maharaja Lawak!!

"KITE BAKOR je!!!!"

Teratakindah tetap memilih JOZAN!!!!!!

Teh Cina vs Gadis Dara


Assalamualaikum semua.. hmm Pagi Jumaat yg agak mendung di area Lembah Kelang... SEmoga berhati-hati ketika memandu k... cz smalam di Highway Duke jem teruk akibat kemalangan maut di kilometer 4 berhampiran sentul...

Entry yang agak menjengkelkan utk pagi mulia nie, teratakindah ambil dari petikan akhbar Kosmo edisi 22 April diruangan rangkuman dunia... Hehe agak geli hati dengan adat mereka tentang Teh Cina yang menjadi kebanggaan rakyat China.. Mengikut cerita hanya gadis sunti yang masih DARA shj yang dibenarkan untuk memetik..ish2 pakai mulut plak tu..Awas kepada mereka penggemar teh China...wahaha

jom layan skit...

GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi


Hmmm gosok gigi ke x anak Dara tu erk??? hehe ntah2 bangun pagi je trus buat keje..eeee... tahi gigi pun ade celah2 daun tuuu...wahahaha

Thursday, April 21, 2011

Oresund Bridge..jalan raya bawah laut beb!!!!!!!




Oresund Bridge ialah salah satu jambatan dasar laut yang terpanjang didunia menghubungkan 2 negara iaitu Denmark dan Sweden... Hasil kejuruteraan yang mengagumkan ini dibina merentasi selat Oresund iaitu selat yang memisahkan 2 negara tersebut.. Struktur binaan 8 km ini mengandungi 4 lorong jalan keretapi dan jalan raya.. penghujung Jambatan ini sebelum melalui dasar laut, terdapat pulau buatan Penderholm demana platform menghubungkan jaringan dasar
laut sejauh 4km terakhir..



Sangat mengkagumkan apabila 2 negara kecil ini mampu memiliki jaringan dasar laut yang hebat.. Ianya kerjasama yang mempu bersaing dengan kuasa Eropah yang lain.. Jambatan canggih ini siap sepenuhnya tahun 2000 tetapi gagal menempatkan 10 jambatan terpanjang didunia. Yg lagi kagum, Jambatan Pulau Pinang lagi panjang beb!!!!!! Cume Oresund Bridge ni menjadi Jaringan Dasar Laut terpanjang... Malaysia kalah la beb....bleh la buat projek merentasi Selat Melaka kalo nak title hebat..wahaha banyak la pendatang tanpa izin kat Malaysia nie nnt...zaazzz....

Replika Cincin Putra William laris bagaikan pisang panas!!


Owhh...hebat perkahwinan diraja Putra William sehinggakan replika cincin tunang pun laris terjual... hmm harga xlah mahal sangat.RM 29.67 jer...namapun replika... kepada rakyat UK ok la beli cz raja diorang tapi kalo dah melarat serata dunia itu benda luar biasa...Popularity Putra William kini merentasi lautan dunia...kalah artis.. tambahan lagi menjelang Royal Wedding yg bakal berlangsung dengan pilihan hatinya.. Semoga bahagia lah..Jangan setahun dua kawin dah CERAI..
Masih kehangatan menjelang Royal Wedding Putra William, teratakindah sediakan bingkisan tentang Replika Cincin pertunangan yang menjadi kegilaan penduduk London.. zzazzzz....

(Petikan diambil dari akhbar KOSMO edisi 21 April 11)



LONDON - Replika cincin pertunangan Kate Middleton yang akan berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera William mendapat permintaan tinggi dengan dijual pada harga £6 (RM29.67), lapor sebuah akhbar semalam.

Harga sebenar cincin pertunangan batu nilam 18 karat dan berlian itu kini bernilai £250,000 (RM1.23 juta) berbanding harga asalnya £28,000 (RM138,462) pada 1983 semasa bapa William, Putera Charles memberikan ia kepada bakal isterinya, Puteri Diana yang juga ibu William.

Replika cincin itu dikeluarkan oleh syarikat Debenhams ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan dan ia menyatakan tidak mampu menghasilkan stok untuk simpanan peniaga dalam tempoh yang singkat.

William dan Middleton akan akan berkahwin pada 29 April ini. - Agensi