..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, May 7, 2011

Pelajar jual Dara RM 218K ? ish apa nak jadi..



Assalamualaikum semua...terpampang diruangan rankuman dunia akhbar Kosmo edisi 7 May 2011, wabak baru melanda dunia biznez bila Dara pun hendak diperdagangkan! uishh betul2 mengejutkan dunia. Yang peliknya ianya pelajar 20an... aduss sayang lah dara anda tuu...cuba la pikir berkali2..

Yang menarik perhatian pengunjung, beliau siap listkan tinggi, potongan badan, saiz payu dara dan lain-lain...

Jom kita terjah artikel tersebut...zaaz


web urusan bisnez terkutuk tuu...

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

11 comments:

Ayie said...

sape nak beli..? adakah..?? hahahaa..

Teratakindah said...

ada laa...cube bace artikal tuu...tp identiti dirahsiakan...siap ada syarat2 khas lagi..cuba baca btl2

Nur Hawa Mohd Zin said...

yang itu negara barat kita boleh anggap benda tu biasa..tapi di negara sendiri..Jalan P Ramlee..Lorong Haji Taib..anak melayu...sangat sayang 1000 kali satang...

Teratakindah said...

ohh sedih.....dimana penguat kuasaan negara!!!! oh tidaakkk...

Kiko Berdendang said...

Ok la jugak..kira bebaloi...anak orang melayu (sowi sensitif) free je. Kena ambik PKRS jugak nih...

cik sakdi said...

huhu tol tu, org zaman skarang bg free je, pastu ditinggalkan, pompuan ni at least dapat duit, tapi tetap xelok kan. hehe

p/s:syarat dia,hehe

Teratakindah said...

panas panas panas..hehe itu la asam garam dunia....terbaek komen2 blogger semua...

Rozuan Ismail said...

sangap sangat ni nak duit.

Teratakindah said...

entah la bro.... ade ape la sgt duit nk bandingkan dengan dara yg diperjudikan tu...bodoh btl

harrazdani said...

dunia akhir zaman......maruah boleh dijual beli.

Teratakindah said...

sikit hari lagi apa lagi diorang nak jual erk agaknye...