..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Thursday, May 5, 2011

Pramugari Hong Kong Airlines belajar kong fu??



ganas jer muka...


Assalamualaikum semua blogger...sekali lagi teratakindah mengalu-alukan kunjungan hormat anda semua..sambil berblog walking, sambil berkongsi hal ehwal semasa.. Kalini dipetik dari salah sebuah akhbar tempatan tentang "kung fu"... Hehe...tergelak jg bila sebuah syarikat penerbangan mengambil inisiatif baru dalam seni mempertahankan diri kepada anak kapal..


Jom layan artikel tersebut....zaazzz



HONG KONG: Kru pesawat Hong Kong Airlines mula mempelajari seni bela diri kung fu dalam usaha mereka berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang, terutama yang mabuk.

Melalui seni bela diri Wing Chun itu, pramugari diajar kaedah berkesan dan pantas mengalahkan seseorang penumpang agresif dalam tempoh singkat.


Menurut kakitangan Hong Kong Airlines, kru kabin syarikat itu terpaksa berdepan sekurang-kurangnya tiga kes penumpang cuba bertindak liar setiap minggu.

Justeru, katanya, Hong Kong Airlines kini mewajibkan semua kru kabinnya mempelajari seni bela diri itu sebagai persediaan.


Sementara itu, jurulatih Wing Chin, Lu Heng, berkata seni bela diri itu berfaedah kerana ia dapat menjamin keselamatan anak kapal dan penumpang.

“Kaedah ini sangat berkesan ketika berdepan dengan seseorang dalam jarak dekat dan sesuai digunakan di atas pesawat,” katanya.

Sementara itu, pramugari, Lumpy Tang, 22, berkata dia tidak pernah terbayang mempelajari seni bela diri sebahagai sebahagian daripada tuntutan kerjanya.


“Pada peringkat awal kami agak terkejut, tapi kini Wing Chun makin digemari,” katanya. - TS



p/s: hahaha berhati-hati la sapa yg nak naik kapal terbang tersebut... nanti MAS pun bleh la tiru...masuk kelas silat..wahaha

6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

wow...pramugari seksi dan kental! heheh..penting juga mereka belajar sbb dalam kapal terbang terdedah dengan bahaya org jahat

Teratakindah said...

haha tau pun...cik awepun bleh jgk blajo kong fu...utk keselamatan diri..idup di kota raya nie kene bhati2

ati shariffuddin said...

fuhh,, cool gila.. da la cun, pandai kung fu, mmg selamat la kapatebang tu dari penjenayah,

Teratakindah said...

baru la VIP takut nak ngorat pramugari..wahaha

Unknown said...

jalan2...cantek pramugari tu

Teratakindah said...

cantik ke?? mate sepet jerk..gadis melayu lagi cantik...