..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, March 30, 2011

SPIDERMAN panjat menara Burj, Dubai??


Haluuu dan Assalamualaikum semua blogger!!!! hehee...
Entry kali nie teratakindah sedut dari akhbar KOsmo...bkn ape, sekadar ingin bekongsi dengan rakan blogger...mesti ade yg sangka Teratakindah ketandusan idea berentry..hehehe lebih kurang la tapi niat utama utk bekongsi...

Berita yang sgt menarik perhatianku apabila menyelak dada akhbar kosmo edisi 30 March 2011 ruangan Rangkuman Dunia apabila Superman cuba menakluki pencakar langit di Dubai.. wow sgt berani yer... hmm rase2 Superman asal bleh cari makan x pasni?? hehe mesti Superman asal terkejut..dan termenung jer mcm gambar kat bawah nie...ciannnn...

gambar: google

Jom layan skit..artikal tersebut...zzzaaazzzzz.....

DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semalam.

Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya.

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat.

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.

Sejak itu, Robert telah memanjat lebih 80 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Taipei 101 di Taiwan.- Reuters


No comments: