..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Sunday, March 20, 2011

Merong Mahawangsa!!!! syabas KRU

Gambar:google

Sebuah lagenda yang menjadi suatu tanda tanya hingga masa kini tentang kehebatan wira Langkasuka (Kedah tua) kini difilemkan bagi menggambarkan sejarah bermulanya ketamadunan Negeri Jelapang padi negara kini. Kehebatan KRU dalam menerbitkan filem yang makin menandingi filem2 barat.. Sangat membanggakan...

Teratakindah berkesempatan menonton filem epic lagenda tersebut di TGV Wangsa Walk semalam.. Tepukan gemuruh diakhir cerita cukup meremangkan bulu tengkuk... hanya satu perkataan keluar dari mulut...WOOW!!!!... sangat hebat!!! Menceritakan asal usul Kedah yang dulunya dikenali sebagai Langkasuka yang mengalami era perpecahan 2 puak yang tidak bertuan(raja)...

Merong Mahawangsa yang mengepalai utusan rombongan dari ROM yang mendarat di Goa akibat cuaca buruk menemukan Merong dengan rombongan ROM tersebut bagi membawa Putera raja ROM untuk mengahwini puteri dari China.. Lagenda mengatakan Merong adalah dari keturunan Iskandar Zukarnain.. Darah juang dan keberanian yang mengalir ditubuh badan yg sasa, Merong diangkat sebagai Raja Langkasuka.. Peperangan antara ROM-China dengan tentera Garuda, adalah saat bermulanya Merong sebagai pejuang menuntut maruah negara ketika itu....

Hah apa lagi...mcm bestkan jalan cite Lagenda Merong Mahawangsa?? kadang2 kita terlepas pandang sejarah negara sendiri...melalui pembacaan mungkin mesej tersebut kurang sampai xpun xsampai langsung..wahaha...Bila ia difilemkan, ianya medium yang sesuai mendalami sejarah negara sendiri...

hmmm kalo la Teratakindah jadi Merong Mahawangsa....mcm mane la agaknye rupenyer nyer???hehe mcm bawah nie kot?? hehehe layannn...

Edit by Teratakindah

6 comments:

Rose wardah said...

haha..boleh jadik pelakon dh ni=)

Teratakindah said...

hahaha....aminn...

sirap merah said...

hahaha..mcm2 jaa

Atiey said...

huhu ada tak dapat cengkeramker dr kru???baik adik mintak...hahaha

madammondoq said...

salam..
nice blog..terer u edit gambo..photoshop terbaik kan?
jgn lupa adegan tutup lampu di blog saya
salam singgah...
TQ

Opah Kentang said...

huhuuh...sengal je..

tapi ape2 pun merong best! :)