Kapal angkasa komersial VSS Enterprise
Tertarik teratakindah bila membaca keratan info dari akbar tentang teknologi tanpa sempadan . meh kita bace skit info nie...
LOS ANGELES - Kapal angkasa komersial pertama di dunia, VSS Enterprise melakukan penerbangan buat kali pertama di negeri California, Amerika Syarikat (AS) sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kapal Angkasa Mojave, kelmarin.
Kapal angkasa berkenaan dibina oleh kumpulan Virgin, syarikat milik bilionair Britain, Sir Richard Branson yang juga pemilik pasukan perlumbaan Formula Satu (F1), Virgin Racing.
Dalam satu kenyataannya, kumpulan Virgin memberitahu, VSS Enterprise meninggalkan pesawat induknya WhiteKnight2 yang sebelum ini bercantum dengannya pada ketinggian 13,700 meter.
gambar: Kapal angkasa komersial VSS Enterprise bersama kapal induk
Semasa penerbangan, kapal angkasa itu dikendalikan oleh juruterbang, Pete Siebold dengan Mike Alsbury sebagai pembantu juruterbang.
Penerbangan ujian itu dilakukan untuk menguji perlepasan VSS Enterpise dari kapal induknya selain keupayaan kedua-dua juruterbang itu mengemudi dan mendaratkan kapal angkasa itu di Lapangan Terbang Kapal Angkasa Mojave.
"VSS Enterprise menyeronokkan untuk dikendalikan, bukan sahaja kerana kapal angkasa itu mampu bergerak selaju 4,152 kilometer sejam tetapi ia juga meluncur pada altitud paling tinggi di dunia," kata Siebold.
gambaran Kapal angkasa komersial VSS Enterprise berpisah dari Kapal Induk
sumber dari Kosmo edisi 12-10-2010
4 comments:
ingat teratakindah snap pic tadi..heheh..tapi smart lah kapal angkasa tu
ai perli nampak cik awe? hehe..cntik kan??? nnt anas adiahkan satu kat cik awe..gi keje naik kapal angkasa..wahaha
wow!! tu kena keja kat bulan tu..heheh...nak letak kat rumah jadikan homesty atau restoren...ok gak
nanti awe emailkan alamt nye...heheheh
mmg smart ar dia punya design.....
Setan Facebook
Post a Comment