..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, October 30, 2010

Harga Pound Sterling dah naik!!


Assalamualaikum...waa pe kabo?? hehe malam nie agak dingin skit, sebab hujan turun da.. Petang tadi semasa teratakindah ke Giant Batu Caves, jenguk2 ke Money Changer atau nama melayu nya Pengurup Wang..

Terlihat harga Pound Sterling naik, ini berita gembira kerana boleh la tukar ke duit tempatan, lebihan duit semasa teratakindah melawat ke europe tempoh hari yang berbaki £105++ kalo convert waktu sekarang lebih kurang RM500. Harga jual bank sekarang £1=RM5.17 dan Bank beli dengan £1=RM4.91.. jika sebelum ini bank menjual £1=RM4.9 dan membeli £1=RM4.7.. walaupun nilainya nampak kecil tapi bayangkan jika duit banyak...kan dah untung!!! ok esok atau lusa teratakindah mau gi bank..mau tukar..pastu gi shopping.. wahahaha

ok la cukup la sikit ilmu kira mengira mata wang UK ni.. jom sape nak teman gi bank...Tapi sebelum tu sempat lagi teratakindah snap duit-duit yang cume bertahan lebih kurang 24 jam sebelum ditukar ke mata wang Malaysia...

p/s: sory la bahasa rojak...hehe

Wednesday, October 27, 2010

New Astro Byond


Teknologi gambar berdefinisi tinggi menjadi bahan utama perbualan kini. Teratakindah turut mendapat tempias dari kemodenan tersebut.. Entry kali nie teratakindah ingin berkongsi pengalaman baru tentang definisi tinggi atau HD (high definition).

Bagi mereka yang mempunyai TV full HD (LCD,LED,3D bla..bla..bla..) memang sesuai dengan pakej Byond ni sebab anda akan merasai sendiri kualiti 5kali ganda dari biasa. jika TV biasa masih boleh tonton HD channel tapi tidak sejelas 5 kali ganda menerusi TV full HD. Teratakindah baru je bertukar ke byond astro nie..convert dari astro biasa dan hanya tambah RM20 je bulanan..

Yang penting pemasangan, decoder, remote, parabola ditukar dengan percuma.. ok la teratakindah nak balik umah nie..nak sambung tengok byond... hehee...

Photoshoot yang tidak dirancang


Assalamualikum semua blogger juga kpd penganalisis foto sekalian..kali nie teratakindah bersama Mr.Cayril iaitu rakan photoshoot ke satu lokasi yang dirancang last minute.. Visi utama ingin ke Old Town White Coffee di Danau Kota..tapi jari jemari dirasuk oleh otak yang bernafsu untuk berphotoshoot di atas jejantas berhadapan Pasaraya Ong Tai Kim, Gombak (plaza idaman).. jom layan...

Tuesday, October 26, 2010

Terima kasih Mr.Nuffnang!!!

Selama lebih kurang sepurnama menunggu kehadiran BE (Buffered Earnings) sesudah tamat tempoh matang BE yang lepas.. walaupun Mr.Nuff menganugerahkan 1 BE sahaja untuk kali ni, ianya sangat bermakna...tq nuff sudi memberi peluang ini...


Begitu juga kepada rakan2 blogger yang tak henti-henti menjadikan teratakindah suatu juadah singgahan kalian..TQ!!!!!

Monday, October 25, 2010

Mylensa

Secara rasminya saya telah melancarkan sebuah lagi blog yang memaparkan gambar-gambar terpilih sepanjang penggiatan langsung dan tidak langsung dalam dunia Photography ini.. Bertujuan untuk berkongsi secebis pengalaman dan tips juga komen-komen dari Photographer tegar diluar sana.. singgah sejenak di teratakindah dan teruskan langkah anda ke mylensa.com

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, October 23, 2010

Teratakindah kembali dengan nombor cantik!!

Assalamualikum kepada semua blogger tegar seluruh negara dan seluruh dunia..waaa macam la teratakindah.com terkesal seantero dunia..wahaha..Sebenarnya kerosakan wayar adapter laptop yang menjadikan proses berblogging terkandas dan terbengkalai...

Jalan sesak sekitar Bukit Bintang, KL

Entry pembuka hari baru teratakindah ingin berkongsi sesuatu yang best!!! haha... teratakindah nak bercerita pasal nombor!! bukan nombor eko k..haram tu!!! selama setahun teratakindah menantikan nombor keramat naik di Meter KM/J pada Myvi yang baru menjangkau usia setahun.. Nombor ini teratakindah rakam tadi semasa perjalanan ke Low Yat Plaza untuk membeli Adapter Laptop.. Nak tau no keramat tu dan kaitan disebaliknya?? hah sebenarnya ia terpampang tarikh lahir teratakindah!!!! 22586.... pada 22 may 1986 teratakindah lahir kedunia...jom layan!!!



Wednesday, October 13, 2010

Oldtown Seri Gombak...

haha....sesudah seharian bekerja teratakindah bersama Lady'd merehatkan minda di restoran kopitiam terulung di Malaysia..OLDTOWN white coffee.. yang terletak di Taman Seri Gombak yang baru beroperasi 2minggu... sambil menikmati makanan dan minuman teratakindah tak terlepas cek blog..kalo2 ade pelawat..hehe...

Gambar nie diambil dari dalam kereta...tgh jem trafic light kat simpang karak-gombak

Outing KLCC 10.10.10- lady'd

Tuesday, October 12, 2010

Kapal angkasa komersial pertama didunia

Kapal angkasa komersial VSS Enterprise

Tertarik teratakindah bila membaca keratan info dari akbar tentang teknologi tanpa sempadan . meh kita bace skit info nie...

LOS ANGELES - Kapal angkasa komersial pertama di dunia, VSS Enterprise melakukan penerbangan buat kali pertama di negeri California, Amerika Syarikat (AS) sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kapal Angkasa Mojave, kelmarin.

Kapal angkasa berkenaan dibina oleh kumpulan Virgin, syarikat milik bilionair Britain, Sir Richard Branson yang juga pemilik pasukan perlumbaan Formula Satu (F1), Virgin Racing.

Dalam satu kenyataannya, kumpulan Virgin memberitahu, VSS Enterprise meninggalkan pesawat induknya WhiteKnight2 yang sebelum ini bercantum dengannya pada ketinggian 13,700 meter.

gambar: Kapal angkasa komersial VSS Enterprise bersama kapal induk


Semasa penerbangan, kapal angkasa itu dikendalikan oleh juruterbang, Pete Siebold dengan Mike Alsbury sebagai pembantu juruterbang.

Penerbangan ujian itu dilakukan untuk menguji perlepasan VSS Enterpise dari kapal induknya selain keupayaan kedua-dua juruterbang itu mengemudi dan mendaratkan kapal angkasa itu di Lapangan Terbang Kapal Angkasa Mojave.

"VSS Enterprise menyeronokkan untuk dikendalikan, bukan sahaja kerana kapal angkasa itu mampu bergerak selaju 4,152 kilometer sejam tetapi ia juga meluncur pada altitud paling tinggi di dunia," kata Siebold.

gambaran Kapal angkasa komersial VSS Enterprise berpisah dari Kapal Induk



sumber dari Kosmo edisi 12-10-2010

CPS Neo Event 10.10.10


Pertama sekali teratakindah berterima kasih kepada team Neo cps menjemput teratakindah @ mylensa photography untuk membuat penggambaran pada hari tersebut. jom Layan event tersebut... Hobby is Photo..Photo is Business.. Business is $$$

Monday, October 11, 2010

BEAUTIFUL BLOGGER award


wow!!! award lagi..time kasih buat Cik Awe ngn Cik Su...waa..dua-dua awrd same..jadi teratakindah sekalikan entry nie...time kasih tau!!!

tapi syaratnye ketat la jgk...kene jawab soalan la...tp soalan nie xsusahpun... hanye listkan 7 benda tentang diri...heheee...teratakindah ambik award je la yer....hehee time kasih
~
~
~

~
cik su

cik awe

Light of Putrajaya edisi 10.10.10 - part 2

Seperti yang dijanjikan di episod pertama "Light of Putrajaya", edisi 10.10.10 bersambung... masih mengekalkan genre yang sama seperti part 1, part 2 ini lebih kepada santai..gambar-gambar yang dirakam adalah disebalik tabir dan lebih kepada gaya kami mendapatkan angle dan photo yang cantik. jom santai bersama Teratakindah (mylensa) dan Mr.Hashim di putrajaya..

Teratakindah(mylensa)

mr Hashim

Sunday, October 10, 2010

Light of Putrajaya edisi 10.10.10 - part 1

Assalamualaikum..kali nie entry terbaru Teratakindah ingin mengajak anda terutama yang berada jauh diseberang...hehe... saje je nk kongsi gambar-gambar terbaru teratakindah rakamkan untuk diselitkan dalam entry harian..



Bertempat di putrajaya, Teratakindah(mylensa) bersama Mr.hashim melabuhkan Tripod dengan berdepan suasana malam yang hening dan indah, kami memulakan hobi gile hujung minggu.. Dah la malas nak berceloteh panjang...tgk je la hasil yg bertarikh 10.10.10 jam 12am...



Saturday, October 9, 2010

You again!!


wooo sekali lagi nuffnang mengajak anda dan juga saya untuk turut serta dalam contest nie..macam biasa la kalo bab wayang ni adiah die tiket wayang la.. Contest kali nie nampak menarik dan telah membuatkan telah membuatkan teratakindah berminat nak join pulak..hehe

Secara ekslusifnya Nuffnang menyediakan 2 tiket untuk setiap blog yang bertuah.. Cerita ni akan ditayangkan pada 21 oktober...

poster



ok lah berbalik pada contest ni....Teratakindah diberi tugasan untuk berkonsi cerita menarik tentang seseorang yang teratakindah kurang selesa atau dengan kata lain benci la..hehe...

ok lah...ia semasa teratakindah tingkatan 5 di SMK Teknik Gombak.. Subject yang teratakindah xsuke subjek BI..hehe tapi SPM English kredit k!!!! Cikgu BI nie berbangsa Cina.Nama beliau Madam Ho.garang sangat..Setiap kali kelas nya teratakindah sentiasa di attack dan di fire macam ultraman berlawan dengan raksasa..
sekadar hiasan

hehe Setiap kali kelas nya, benda pertama yang ditengok ialah saya..mesti Mdm Ho suruh duduk depan..pastu sentiasa suruh saya jawab soalan2.. Mungkin saya nie suara lantang dalam kelas.ye la Pengawas kene la suara lantang.. Selalu jungak kene cubit, sebab bising kot.sesuai dengan tajuk filem "you again". Asyik saya je kene cubit..huhu

Satu hari teratakindah mengambil keputusan ponteng kelasnya..bukan ponteng lari balik rumah..tapi pegi kelas sebelah jer... tapi yang malangnya Mdm Ho berjaya memberkas teratakindah dikelas sebelah..huuh malu...kene tarik telinga!!!

Begitu la sedikit sebanyak cerita lama tentang orang yang teratakindah kurang selesa sewaktu dibangku sekolah dulu... Tapi sekarang die la cikgu yang paling Teratakindah kagum dan sayang!! Thanks Madam Ho!!!!