Perkembangan dunia sukan tanah air makin mendapat tempat di syarikat-syarikat penaja tempatan. Peningkatan yang drastik ini selari dengan kejayaan atlit-atlit negara. Turut mendapat perhatian terbaru kejayaan pasukan tempatan memangi piala Suzuki AFF sekaligus menaikkan nama negara ke podium tertinggi rantau nusantara.
Terbaru Astro Media bersetuju menjadi rakan penaja Liga Malaysia 2011-2014. Ianya suatu yang membrangsangkan kerana Astro merupakan saluran swasta berbayar dinegara ini. Pelaburan sejumlah RM120 juta dikeluarkan bagi menaja untuk 4 tahun tersebut.
Astro bukanlah menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.

Teratakindah secara peribadi yakin dengan penajaan tersebut. dengan adanya perlawanan-perlawanan secara langsung dan ulangan di saluran Astro, akan menyemarakkan lagi sukan tempatan khususnya Liga Malaysia. Teratakindah juga berharap ianya menyediakan saluran HD bagi perlawanan-perlawanan penting tempatan. Ini akan memartabatkan lagi penyiaran di Malaysia.
1 comment:
sekarang ni pun...peminat2 Harimau Malaya pun dah naik balik...elok sangat la..campaign tu..
New Entry: Water Chalet, Avillion, Port Dickson
Post a Comment