..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, January 10, 2011

Lagi-lagi juara lagu...


Bila cerita tentang Juara Lagu, mesti ramai yang melekat depan TV.. Trafic TV3, secara langsung sesak dengan penonton..singkap kembali di era terdahulu juara lagu banyak menampilkan kegemilangan artis-artis dengan misi yang sama iaitu memperjuangkan seni suara tanah air. kini modul juara Lagu dipermudahkan dengan menampilkan 3 terbaik pelbagai bidang nyanyian disamping Vokal terbaik dan Persembahan terbaik.

Kemuncak Juara Lagu yang ke 25 kali ini dijalankan di Stadium tertutup, Bukit Jalil. Seperti biasa lah stadium gah nasional tersebut tetap dibanjiri ribuan peminat dan penyokong. Walaupun teratakindah hanya dirumah dengan hanya tontong sikit2 je, tapi tidak terlepas menyaksikan persembahan tersebut.

Melalui Persembahan terbaik, para juru sebulat suara menabalkan Fazal Tahir dengan meletakkan lagu "hanyut". dengan kejutan "basah" yang ditampilkan Faizal tahir memberi keunikan dalam persembahan. Noktah Cinta membawa Hafiz sebagai vokal terbaik..

Tiga podium teratas kemuncak AJL diumumkan bermula pada tempat ke-3 iaitu milik Hafiz diikuti dengan meet uncle hussain dipetak ke2 dan juara AJL dimenangi oleh Ana Rafali sekaligus memartabatkan kejuaraan pertama peribadinya..

AJL pun dah abis..jom tido...hehe gud nite

No comments: