..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, January 25, 2011

Tayangan Perdana The Green Hornet


Assalamualikum semua blogger...Pertama sekali teratakindah berterima kasih kepada Nuffnang yang sudi menghadiahkan 2 tiket lagi untuk menyaksikan tayangan pertama di Malaysia sebelum ianya ditayangkan seluruh dunia iaitu The Green Hornet. Termasuk kali ni sebanyak 5 kali undangan menyaksikan tayangan perdana pelbagai cerita. Kali ni teratakindah dan lady'd tidak berdua tapi mr.cayril turut memeriahkan lagi dengan mendapatkan 2 tiket juga...


Lady'd

Mr.Cayril

Camera Nokia e72..DSLR berehat dirumah...hehe kualiti pic xmemuaskan dengan basic resolusi dari Cam henfon




Jalan cerita yang penuh aksi dan diselitkan elimen jenaka sangat menghuburkan Teratakindah. Ianya berkisahkan Britt Reid iaitu anak kepada CEO syarikat akhbar tempatan. Kehidupannya yang suka bersosial berubah apabila kematian misteri bapanya. Gandingan hebat Jay Chou yang memegang watak Kato. Kato pakar dalam penghasilan senjata, peralatan canggih membantu misi Britt Reid dalam menghapuskan Chudnofsky yang merupakan ketua sendikit dadah di LA..

ehhh...sampai situ je la...selebihnya gi la tgk kat Pawagam 27 Januari 2011.. Dari 5 bintang, teratakindah beri 3.5bintang... Mantop!!! TQ nuffnang!!! gd nite

Sunday, January 23, 2011

bila aku mula berfantasi...

Photography bagiku suatu suatu cabang seni bercirikan teknologi bagi mentafsir dan mempamirkan keunikan dunia.. Photo Editing diperlukan bagi menstabilkan kualiti dan kuantiti warna serta cahaya bagi mendapatkan perspektif unik gambar yang dihasilkan..

Lady'd 20-01-11
Lady'd 20-01-11
Lady'd 20-01-11
Lady'd 20-01-11
Lady'd 20-01-11
Lady'd 20-01-11

Model: Lady'd
Photographer: mylensa Teratakindah (aku laa tu)
Editor: mylensa Teratakindah

Thursday, January 20, 2011

Meeting vs Outing vs Eating..ehh..pecite nie???

Hahaha...dimulakan dengan Bismillah dan diiringi Assalamualaikum salam sejahtera semua.. Entry kalinie nak cite skit job baru pixelBUROK group...ye la group baru nak bertatih dalam bidang photography nie.. job kali nie kami dapat dari pengusaha bahan-bahan kraf, tudung dan pakaian wanita.. daripada Photoshoot by item sehinggalah ke Model pose sehinggalah membentuk Laman Sesawang, dipakejkan dalam mempromosikan produk... Tugas kami tidak termasuk mempromosi produk yer...

Tibalah hari ini dimana kami duduk semeja membincangkan lokasi, plan, bahan dan bla..bla..bla... Lokasi meeting di salah sebuah kopitiam di Wangsa Walk.. Dari meeting ke makan-makan seterusnya snap2 pic sebagai minute mersyuarat kami..xperlu ada minit, xperlu pen, xperlu kertas..cuma sebiji Lensa menjadi saksi perbincangan tersebut..jom layanzz.gambar mentah dari kamera 1000D canon...kredit to mr.cayril a.k.a admin pixelBUROK group...


mr.Cayril: "sebelum ko amik pic aku aku snap ko dulu!! wahaha" teratakindah


teratakindah vs Lady'd: dapat menyelit skitpun ok laa...

Laptop:mesti dibawa bersama


Tuesday, January 18, 2011

Jalan-jalan keTaman Tasik Perdana

Tertarik bila melihat perubahan drastik sebuah taman di ibu kota, Tasik Perdana selepas lebih kurang 15 Tahun Teratakindah tidak kesana. Nama je duk KL tapi xpenah gi..hehe Terpegun dengan dekorasi susunan lanskap yang teratur dan sangat memukau pandangan.. Pergi sekadar jalan-jalan bukan untuk bergambar tapi Lensa 1000D Canon tetap dibawa bersama.. macam biasa la Lady'd dijadikan bahan ujikaji penggambaran walaupun tidak dirancang. Ruang taman yang luas membataskan perjalanan kami.. Rasanya baru 30% berjalan..nanti lah geng pixelBUROK akan kesana secara formal untuk berphotoshoot... jom layan gambar sikit...

tasik perdana 17/01/11
tasik perdana 17/01/11
tasik perdana 17/01/11
tasik perdana 17/01/11
tasik perdana 17/01/11
tasik perdana 17/01/11

Thursday, January 13, 2011

Pengasas Google beli kapal mewah!!

gambar:google
Selamat pagi Malaysia!!!!

Assalamualikum para blogger semua...pemacam arini?? sihat?? Pagi nie teratakindah mulakan dengan satu berita yang biasa bagi mereka yang berkedudukan dan memiliki kekayaan dunia. Terbaca dalam rangkuman dunia pagi nie, Pengasas Google Larre Page telah membeli sebuah kapal mewah tuuu... wow orang kata bila dah kaye, apa pun boleh beli..... jom kita layan skit artikal Kosmo edisi 13 januari 2011...

CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

gambar:google

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.

Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.

Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.

Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion).

Wednesday, January 12, 2011

payung pelangi vs Lady'd

Assalamualaikum para blogger semua...

Actually gambar yang teratakindah terbitkan dalam entry kali ni sebenarnya dah lama cume baru je edit-mengedit. ye la bahannya ada cuma belum dimasaksama la dengan gambar yang mentah dari cam ditranformasikan menjadi gambar yang agak "cantek"... Ye la xkan la teratakindah ingin hidangkan makanan mentah untuk para tetamu kan?

Macam biasa la model yang sama Lady'd... bertempat di Kepong, bertemakan santai berbaju kurung..hahaha baru balik dari majlis rasmi... walaupun shoot yang tidak dirancang tapi Lady'd tetap mau posing...perut dah kenyang, posing la sebagai pembakar kalori..hehe... jom layanzzz...

de'rainbow  umbrella
de'rainbow  umbrella
de'rainbow  umbrella
de'rainbow  umbrella

Tuesday, January 11, 2011

macam mana nak download video Youtube??


Assalamuaikum semua blogger... kalinie Teratakindah.com ingin bertutorial skit..yer la bak kata orang tua2 ilmu yang baik sama dikongsi..tapi rasenya apa yang hendak dikongsikan bersama ni baik ke?? hehehe..mungkin ini akan menggalakkan cetak rompak dan sebagainya... xpe la pikir positif je la yer...

Ramai yang dah tahu dan ramai juga yang masih tercari-cari cara memuat turun video kegemaran dari youtube.. Cara yang teratakindah ingin konsikan ni lebih kepada try n error jer, dimana teratakindah cuba mendapatkan downloader terbaik untuk para pelawat....

Dibawah nie terataindah beri beberapa URL web2 yang sempat teratakindah terjah dan hasilnya terbukti berkesan untuk sedut video-video kegemaran dari youtube...

Cara yang amat mudah dan berkesan... hanya memerlukan 4 minit untuk dapatkan video kegemaran anda ... Mula-mula pastikan cari lagu atau video kegemaran anda di youtube.com.. kemudian cari URL klip tersebut dan copy... seterusnya buka salah satu web downloader diatas... Langkah terakhir Paste pada ruangan download dan klik je download.... selamat mencuba....


p/s: jgn salah gunakan downloader tersebut... Teratakindah tidak bertanggung atas kesulitan akibat penyalah gunaan kemudahan tersebut...

Monday, January 10, 2011

Lagi-lagi juara lagu...


Bila cerita tentang Juara Lagu, mesti ramai yang melekat depan TV.. Trafic TV3, secara langsung sesak dengan penonton..singkap kembali di era terdahulu juara lagu banyak menampilkan kegemilangan artis-artis dengan misi yang sama iaitu memperjuangkan seni suara tanah air. kini modul juara Lagu dipermudahkan dengan menampilkan 3 terbaik pelbagai bidang nyanyian disamping Vokal terbaik dan Persembahan terbaik.

Kemuncak Juara Lagu yang ke 25 kali ini dijalankan di Stadium tertutup, Bukit Jalil. Seperti biasa lah stadium gah nasional tersebut tetap dibanjiri ribuan peminat dan penyokong. Walaupun teratakindah hanya dirumah dengan hanya tontong sikit2 je, tapi tidak terlepas menyaksikan persembahan tersebut.

Melalui Persembahan terbaik, para juru sebulat suara menabalkan Fazal Tahir dengan meletakkan lagu "hanyut". dengan kejutan "basah" yang ditampilkan Faizal tahir memberi keunikan dalam persembahan. Noktah Cinta membawa Hafiz sebagai vokal terbaik..

Tiga podium teratas kemuncak AJL diumumkan bermula pada tempat ke-3 iaitu milik Hafiz diikuti dengan meet uncle hussain dipetak ke2 dan juara AJL dimenangi oleh Ana Rafali sekaligus memartabatkan kejuaraan pertama peribadinya..

AJL pun dah abis..jom tido...hehe gud nite

Sunday, January 9, 2011

Green Kebaya-Lady'd

Assalamualaikum para blogger sekalian...sihat sume?? smoga sihat hendaknya.. entry edisi hujung minggu nie teratakindah nak berjongsi photo terbaru hasil kanta lensa Canon 1000D yang dah lama xberaksi.. kali nie model teratakindah, Lady'd berbaju kebaya hijau pulak.. Walaupun banyak kesilapan semasa shoot tapi teratakindah cuba mendapatkan posisi yang terbaik sebagai hidangan dilaman blog nie.. Bertempat di Taman tasik titiwangsa mylensa teratakindah bersama rakan seperjuangan, Mr.cayril bersama-sama memeriahkan photoshoot tersebut.. jom layan gambar sikit...xleh post bayak2 gambar..nnt muak pulak tengok orang yang sama..hehehe layan....

Green Kebaya-Lady'd

Green Kebaya-Lady'd

Friday, January 7, 2011

If I Were the Green Hornet

haluuu...pekabo semua blogger... entry kali nie teratakindah nak ajak rakan-rakan blogger terutama kepada nuffnangers yang nak bersama-sama terakindah berimaginasi..


Green Hornet

hmm kalau lah saya jadi superhero...kan best.... Tapi kali nie saya nak angankan jadi GreenHornet..ala mcm dalam poster diatas nie.. apa saya nak buat? mesti la pertama untuk jaga keselamatan negara macam Batman, Superman, Spiderman.. tapi sebelum tu saya kena pikirkan tempat pensembunyian..ye la saya nak jadi macam batman "low profile" hehe... kalo Batman ada gua...takkan saya pun nak tinggal dalam gua? nanti kelawar gigit...sakit woo.. kalau Spiderman pulak, buat sarang spider atas banggunan..wooo saya gayat skit.. hmm

Kalau saya jadi superhero saya nak buat satu pakatan ahli2 super hero.. ye la....senang la skit kalo penjenayah terlampau banyak, contact je la...takpun sms je lagi murah...sebulan sekali kami akan berkumpul buat meeting tentang keselamatan dunia..setahun sekali kami buat familyday macam dalam gambar dibawah nie... hehe


gambar:google- pakatan yang akan saya bentuk..hehe

Kalau saya jadi superhero, saya nak bentuk senjata sendiri.. saya nak pergi jumpa harry potter nak pinjam jaket halimuman die..senang lah nnt kalau berlawan dengan musuh, boleh pakai.. kemudian saya nak ada kenderaan sendiri.. mudah untuk bergerak.. waaa...

Bestkan angan2 saya..hehe...ok lah cukup cukup cukup..jangan berangan lebih-lebih.. Tak sabar pulak menantikan tayangan The Green Hornet yang bakal temui penonton dipawagam pada 27 januari nie.. Teratakindah juga berbesar hati menerima cabaran bagi merebut tiket tayangan perdana
The Green Hornet dari Nuffnang!!!!!! hah kepada semua Nuffnangers diluar sana..jom meriahkan contest nie... bukan saja tiket tayangan perdana tapi Sony Walkman mungkin menjadi milik anda... | link |

Thursday, January 6, 2011

Vote Teratakindah yer!!!



Akhirnya contest anjuran Deqlis pun berakhir..tapi berakhir bukan bermakna boleh goyang kaki jer...hehe... syarat2 seterusnya nak fight percutian yang menepati syarat dan dirasakan patut menjuarai contest nie.. Mengikut penganjur contest, seramai 28 blogger memeriahkan contest tersebut..

Kini, undian dibuat bagi merebut 30% sebelum ditotal oleh markah juri..wooo mcm program realiti TV plak..jom undi Teratakindah....


Vote no.27 tau

Tayangan perdana dari Nuffnang lagi!!!



Assalamualaikum semua para blogger... Terima kasih teratakindah ucapkan buat Nuffnang sbb sudi hadiahkan 2 tiket untuk menyaksikan tayangan perdana "Season of the Witch" di Cathay Cineplex, e@Curve... Lebih menggembirakan apabila Mr.Cayril pun dapat jgk..jadi kami dapat 4 tiket menyaksikan tanyangan perdana tersebut..Macam biasalah Lady'd tetap dibawa bersama..



Cerita ini menyaksikan 2 pejuang kristian yang mula sangkal dengan perjuangan mereka yang hanya menyaksikan pertumpahan darah tidak kira kanak-kanak dan wanita.. Oleh yang demikian mereka keluar dari barisan ketenteraan dan mula berhijrah.. Dalam penggembaraan mereka dihantui dengan suatu wabak ilmu hitam yang menyerang bandar singgahan mereka.mereka memain peranan menghapuskan kuasa sihir tersebut dengan penggembaraan yang sangat mencabar.. opss...cukup la tu.....sambungannya korang kenalah tengok sendiri yer...

Dari 5 bintang, teratakindah beri 4 bintang!!!! memang rugi kalo xtgk..banyak sangat teknik2 CGI dan sound effect yang vas gitu!!! Cuma sence perang salib tu yang sedikit musykil dan boleh rosak akidah orang Islam... sbb tu la teratakindah bagi 4bintang je... hehe... jom tengok skit photo babak2 dalam "Season of the Witch" yg teratakindah sedut dari encik google...




Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang sebuah syarikat pengiklanan internet termayukk diMalaysia..tq again n again n again!!!! bye...

Wednesday, January 5, 2011

Contest deqlis-GAMBAR KENANGAN PERCUTIAN 2010


Seperti yang dijanjikan, teratakindah join contest dari Deqlis..sebenarnya dah lama contest termantop nie..cume teratakindah terlepas pandang..manusia berpegang pada janji jadi, teratakindah join..

Percutian yang teratakindah pilih ialah trip to Paris!!!! Trip ke euro ni Teratakindah bersama family.. rezeki lebih skit, pegi jauh la sikit..hehe Actually trip ni kami ke London, west of London, dan Paris dan mengambil masa 2minggu di sana..tapi teratakindah memilih Paris sebagai tempat pilihan untuk contest ni..

Bertolak dari KL pada 5 jun 2010 dan sampai di London kami stay di kota London dan ke West London..kemudian 4hari terakhir kami ke Paris. Perjalanan dari London menaiki keretapi laju Euro Star melalui lautan England memakan masa 3jam untuk sampai ke Paris.

Percutian ni Teratakindah namakan "Road to Euro"...

Di Paris kami bermalam di "Mysuite aprt n hotel" harganya 80 EUR bersamaan RM400... Hotel ni teratakindah beri 4 bintang..Ruang masak yang kondusif beserta ruang rehat yang besar dan selesa dengan kemudahan wifi 24jam membuatkan percutian lebih selesa. Ianya juga berhadapan dengan tube(kereta api bawah tanah) bagi memudahkan perjalanan kami.



Dari segi makanan pula, Teratakindah beri 2 bintang sahaja.. Makanan Halal di sekitar Paris agak sukar berbanding di London. tetapi dipasaraya masih menjual makanan Halal seperti beras, daging, ayam dan lain-lain.jadi, kami masak je kat Hotel..hehe... tapi kalo ais krim mmg best!!!! sedap wooo...tp kene tanya dulu ade wine ke x..risau jgk org putih nie... wine tu penyedap makanan bg diorang..


Dari segi kemudahan secara keseluruhannya Teratakindah beri 3 Bintang... kemudahan yang selesa dan jaringan kenderaan awam yang lancar menjadikan Pelancong mudah untuk bergerak dari 1 tempat ke tmpat lain..cuma berasak-asak la skit..yang xbest tu kadang2 ade yg bawak masuk anjing dalam LRT!!!!





Dari segi kebersihan, teratakindah beri 4 bintang..kotanya yang bersih dan nyaman dengan hembusan angin senja sangat menyegarkan.. cuma 1,2 tempat dicemari dengan contengan-contengan dinding yang mencacatkan keadaan bersih kota tersebut..




Paris terkenal dengan peninggalan sejarahnya tersendiri.. Tidak terlepas peluang sesiapa yang bertandang untuk ke Louvre Museum yang tersimpannya karya agung Leonardo Da Vinci iaitu lukisan Mona Lisa dan banyak lagi lukisan-lukisan, arca, patung hasil karya terulung. Tiket masuk 9.50EUR atau RM50 seorang tidak memberi penghalang untuk Teratakindah ke Muzium tersebut..



Disamping itu juga Paris mempunyai terusan sungai merentasi Kota Paris. Para pelancong tidak ketinggalan untuk menaiki cruz menikmati udara nyaman disepanjang sungai Paris...


ok la tu ye sedikit sebanyak pengalaman bercuti 2010 Teratakindah.....