..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Thursday, July 1, 2010

Jurulatih baru England milik siapa?

KETIKA Fabio Capello semakin terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan England selepas kegagalan England di Piala Dunia Afrika Selatan, kini kecoh diperbahaskan mengenai siapa individu yang bakal menggantikannya.

pix_middle

Sudah ada cakap-cakap yang menamakan pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp, pengurus Fulham, Roy Hodgson, pengurus Blackburn Rovers, Sam Allardyce dan lebih menarik pemain dan bekas ketua pasukan David Beckham disenaraikan antara muka-muka pilihan untuk menggantikan pengendali berbangsa Itali itu.

Lebih menarik apabila menyentuh mengenai Beckham, pemain tengah yang cedera tetapi diberi peluang oleh Capello untuk berada di kalangan staf di Afrika Selatan 2010, sekali gus memberinya peluang untuk melihat keadaan daripada satu sudut berbeza seperti sebelum ini.

Beckham belajar dengan pantas dan sekalipun dia sering berkata dia tidak berminat dengan pengurusan, kelihatannya dia berjaya merasai pengalaman itu pada Piala Dunia kali ini.

Menarik juga apabila sudah ada kempen di laman web sosial facebook untuk menjadikan Beckham sebagai pengurus baru England.

Bola sepak Inggeris semakin merudum. Semuanya boleh menjadi lebih teruk jika tidak diperbetulkan dengan segera.
Sudah banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan persembahan terbaik daripada pemain yang bernilai berjuta-juta pound yang biasanya mempamerkan permainan terbaik mereka pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi gagal bertindak cemerlang ketika menyarung jersi England.

Capello, dengan rekod terbukti di peringkat bola sepak kelab, diberi kontrak bernilai STG6 juta (RM29 juta) setahun sebagai pengurus untuk mengubah nasib England selepas bencana era Steve McClaren namun pengendali dari Itali itu gagal.


Petikan diambil dari: myMetro.com

2 comments:

asmi said...

semangat betul ckgu bler bercakap pasal bola....

Teratakindah said...

hehe Worldcup 4 tahun sekali asmi....