..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Friday, July 30, 2010

..::Hillview::..






Haluu...salam ceria semua... hmm minggu nie teratakindah nak berkongsi cite sikit pasal planning sempena meraikan salah seorang sahabat kami yang hendak bertukar ke Sabah.. Jamuan yang agak simple berjalan dengan lancar dipuncak Hillview Ampang.. Cuaca yang indah dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur memukau mata kami..


Amanat untuk sahabat.


Teratakindah tidak ketinggalan merakamkan sedikit kenangan terindah sepanjang majlis berlangsung. Suasana hiba disaat ucapan Sahabat kami (Fidot) diakhiri dengan rintikan-rintikan hujan yang hinggap dipipi kami..

Friday, July 23, 2010

Hujung minggu datang lagi...




Hujung minggu yang sangat dinanti-natikan oleh warga kota mahupun desa tak kira la dari seawal umur kanak-kanak tadika sehingga keperingkat universiti dan alam kerjaya menantikan hari hujung minggu atau dengan nama lain CUTI la....

Teratakindah juga tidak terlepas dari hari yang ternanti-nandi dan dinanti-nanti ini.. Hujung minggu nie teratakindah ade perlawanan Bowling bersama rakan-rakan guru semasa mengajar di SMK Gombak Setia. suatu pertandingan tradisi para guru di situ..


Laptop kesayanganku...

Rasa suram dan hiba bila Lady'd (permaisuri beta) nak pinjam Laptop daa.. katanya nak buat kertas soalan.. Aduss berpisah seketikan ku bersamamu wahai Compaq CQ40 yang kucintai.. Xpa la untuk dia segalanya boleh.. Semoga cuti2 anda memberi sinar dan suatu inspirasi untuk kita berkongsi pengalaman bersama di ruang maya dunia blogger ini.. Salam mesra dan selamat beristirehat..Daaa....


Inilah Lady'd(model peribadi)

Wednesday, July 21, 2010

Lepak bersama Cayril

Assalamualaikum....

Seorang blogger sentiasa memerah otak untuk mencari idea untuk berblog. Itu ialah kelaziman anda sebagai penulis.. Tak kira lah ia nya formal atau tidak, ianya bekisahkan tentang kehidupan anda seharian dan mungkin juga tips2 penting dan pelbagai lagi info untuk dikongsi supaya blog anda tak bersawang...hehe

Secawan kopi


Semalam teratakindah bersama blogger Cayril atau dengan nama komersialnya Cayril Detox.. ala tokey penyedut toksin tu la.. Saja lepak-lepak minum di salah sebuah coffe house di ibu kota.. Biasa la kalo kami berjumpa, laptop sentiasa disisi..

Sambil melihat gelagat pengunjung dan gelagat rakyat kota dimalam hari, terdetik la ingin cuci mata...hehehe... Ada yang bangga dengan hembusan asap rokok ada juga yang datang dengan fesyen yang agak menghairahkan.. Tapi itu semua warna-warni kota.. yang baik tu ikut lah yang sebaliknya jangan la ikut yer..

huuh..yang menyedihkan harap je ade Wifi, tapi asyik2 terputus..sedey betul la.. mungkin terlampau ramai yang online kot... Kami lepak situ dari jam 9pm hingga 12tengah malam.. makin lewat makin meriah...

Sunday, July 18, 2010

Produk best punye....

hmmm...world cup dah pun abis...semua org mula kehidupan asal...kalo di Malaysia, rakyatnya dah xminum kopi lagi dan xlambat gi keje lagi...kalau di Afrika Selatan pulak, Bas2 awam kembali lengang xpayah nak berebut naik bas sebab ramai sangat pelancung...Begitu la fanatiknya Piala Dunia...

Ok la teratakindah pun dah "tutup kedai" piala dunia.. Arini teratakindah nak berkongsi dengan penggemar produk kesihatan yang bermacam-macam jenis dan bermacam-macam kegunaan. Teratakindah xnak cite yang bermacam-macam sangat sebab tak semua produk tu betul-betul mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan manusia..


Yang terbaru teratakindah ingin mengsyorkan satu produk kesihatan yang mula mendapat tempat masyarakat terutama sekali bagi golongan yang tinggi toksin dalam badan... Bukan tu saja....produk nie juga sesuai untuk melegakan sakit sendi, mengurangkan alahan , menstabilkan tekanan darah tinggi , melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan lenguh-lenguh badan...


Mula-mula tu teratakindah cuba 1set (10pcs) dan hasil membrangsangkan..Ringan badan beb!!! Bangun pagi pun senang... Teratakindah bukan nak puji atas kepentingan peribadi tapi...produk nie memang best..
Blogger Cayril yang mengesorkannya...TQ bro.... nak tahu lebih lanjut... Jom kita terjah blog En.Cayril kite....

Booth Detox Foot Patch by Cayril







Monday, July 12, 2010

Good bye World Cup 2010



JOHANNESBURG, AFRIKA SELATAN-12 JULY: Bahang piala dunia 2010 telah ke kemuncaknya. Sebulan beraksi merakamkan suka-duka dalam merebut kejuaraan piala dunia. Suatu kejutan diluar dugaan ditunjukkan dalam piala dunia kali ini dengan kebangkitan kuasa-kuasa kecil dan kemerosotan pasukan gah yang lazimnya digeruni. Tidak kurang hebat dari segi pengadilan sedikit sebanyak mengundang kontroversi dan tercalarnya repotasi sistem pengadilan Piala Dunia kali ini. Fenomina piala dunia versi Afrika Selatan menyaksikan banyak muka-muka baru pasukan-pasukan pilihan menenggelamkan nama-nama besar dunia seperti W.Rooney, C.Ronaldo, Kaka dan Messi yang menunjukkan aksi hambar mereka.


Shakira: menyanyikan lagu tema worldcup 2010 (konsert penutup)

Final piala dunia kali ini melibatkan sepanyol bertemu Belanda yang menyaksikan kedua-dua pasukan yang tidak pernah menjulang piala dunia. Seperti biasa Formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan Van Persie sebagai penggerak hadapan jentera Belanda oleh ketua juru latihnya Van Marwijk .

Tidak kurang hebat dengan pertaruhan 4-3-3 oleh Del Bosque dengan tidak menyenaraikan F.Torres kesebelasan utama pasukan sebalikkan menyaksikan David Villa sebagai pengerak utama hadapan.



Bilik persalinan Sepanyol


Bilik persalinan Holland/Belanda


Aksi yang memberangsangkan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan mengheret perlawanan sehingga keperingkat masa tambahan 30 minit sebaik sahaja tiupan wiset penaman 90 minit. 30 minit yang penuh mendebarkan peminat-peminat bola sepak dunia terkedu dengan jaringan sulung perlawanan hanya berbaki 4 minit sebelum masa tambahan tamat. Jaringan pada minit 116 oleh Andres Iniesta sekaligus meranapkan harapan Belanda untuk menjuarai piala dunia 2010. Pemain tengah kebangsaan Sepanyol itu juga ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Vicente del Bosque menjulang piala rebutan dunia

Fernando Torres


Trofi yang menjadi rebutan dunia kini dibawa ke Sepanyol untuk dijulang oleh rakyat Sepanyol dengan menyaksikan kejuaraan yang pertama negara tersebut. Beberapa kejayaan turut terukir dengan menyaksikan Thomas Muller dari Jerman memenangi "Adidas Golden Boot" dan "Best Young Player Award". Turut mengukir kejayaan Iker Casillas dari sepanyol menjuarai "Adidas Golden glove" dan Diego Forlan dari Uruguay memenangi "Adidas Golden Ball".

Suka-duka sepanjang sebulan piala dunia 2010 di Afrika Selatan berlangsung, banyak kejutan-kejutan yang dipamirkan dalam 64 perlawanan. Piala Dunia Afrika Selatan melabuhkan tirai dan akan berada dibumi Brasil 4 tahun lagi. Selamat Tinggal Afrika selatan.


Logo Piala Dunia Brasil 2014

Friday, July 9, 2010

FINAL PIALA DUNIA....




Pertembungan dua gergasi Eropah Spanyol dan Belanda diperingkat akhir Piala dunia awal pagi Isnin ini dinanti-nantikan oleh fanatik piala dunia dan juga peminat-peminat mereka. Pertembungan yang seimbang kedua-dua pasukan meletakkan kebijasanaan Del Bosque ketua jurulatih Sepanyol dan Van Marwijk ketua jurulatih Belanda 90 minit pertaruhan diatas padang final piala dunia nanti.



David Villa

Skuad Sepanyol yang mempertaruhkan penyerang utama David Villa dan tidak kurang hebatnya penyerang Liverpool F.Torres. Harapan besar yang ditunjukkan oleh ketua pasukan Sepanyol David Villa meletakkan pasukannya diperingkat paling jauh seiringan dengan kemampuan juru latih kebangsaannya yang berjaya membawa Sepanyol ke kancah final.


Robben


Tidak kurang hebat skuad Orange yang mempunyai penyerang dan pemain tengah yang berpotensi menangkis serangan pihak lawan. Del Bosque meletakkan Robben dengan kekuatan tendangan kaki kiri mampu menembusi gawang lawan.

Turut tersenarai pemenang trofi Liga Juara-juara dan Serie A dan juga pemain tengah Inter Milan, Sneijder mampu membuat hantaran-hantaran tepat mengukuhkan lagi bahagian tengah pasukan.

Saksikan detik sukar kedua-dua pasukan Live di Astro Arena dan RTM 2:30 pagi 12 July 2010.. Siapakah yang bakal membawa pulang Trofi 4 tahun sekali itu? sama-sama kita nantikan.

Saturday, July 3, 2010

German melenyapkan Keangkuhan Argentina.

CAPETOWN, ARFIKA SELATAN- 3 JULY: Perlawanan persahabatan Argentina menjelang piala dunia bersama German, yang berpihak kepada Argentina di Munich tempoh hari, kini menjadi realiti apabila kedua-dua pasukan berjumpa sekali lagi di padang piala dunia pada peringkat suku akhir. Rekod kalah terhadap Argentina tempoh hari bukanlah kayu pengukur kepada skuad German apabila anak buah Leow menunjukkan permainan yang bersemangat sebaik sahaja wisel permulaan.

Seperti biasa ketua jurulatih Argentina, Maradona meletakkan M.Rodriguez mengetuai jentera hadapan pasukan. dan mengharapkan bintang-bintang dunia seperti Messi dan Teves memberi sesuatu kejutan dalam pasukan. Tidak kurang hebat Joachim Leow meletakkan Boateng sebagai tonggak hadapan dan pemain-pemain ternama seperti Podolski, Klose, Muller, dan Schweinsteiger memperkukuhkan lagi skuad German.

Gol terawal: Muller melengkapkan gol peribadinya ke 4


Gol awal German cukup mengejutkan Maradona yang angkuh mengatakan kekuatan pasukannya.Ia menjadikan gol terawal dalam piala dunia 2010 selepas Muller menjaringkan gol pada minit ke-3 sekaligus melengkapkan 4 gol peribadinya didalam piala dunia. Penguasaan sepanjang separuh masa pertama berpihak kepada Argentina apabila beberapa percubaan dilakukan. Permainan hambar yang ditunjukkan oleh Messi menjadikan suatu tekanan Maradona selepas mensia-siakan beberapa tendangan percuma dan percubaan hadapan pintu gol.Separuh masa pertama kekal dengan 1-0.

Hampa: Maradona

Gol mudah- Hantaran leret Podolski memudahkan Klose menyempurnakan gol ke 2


Permulaan separuh masa kedua menyaksikan anak buah Maradona beraksi bersemangat dan menyaksikan kelonggaran pertahanan German. Gerakan tiga serangkai membuahkan gol kedua
dengan lorongan yang cantik oleh Podolski dan diselesaikan oleh Klose pada minit ke 68 menjadikan German semakin hampir dengan separuh akhir. Argentina terus diberi tekanan apabila hantaran leret Schweinsteiger diselesaikan sempurna oleh Friedrich pada minit ke 74. Hantaran tepat dari Ozil dan Podolski membuahkan gol ke 4 German, melumpuhkan Argentina pada minit ke 89 oleh Klose. Schweinsteiger di pilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada German selepas menundukkan Argentina 4-0 dan terus layak ke peringkat separuh akhir.

Friday, July 2, 2010

Skuad Samba diragut...

Goal!! : Goal pertama perlawanan oleh Robinho(Brasil)

PORT ELIZABETH, AFRIKA SELATAN- JULAI 02: Ketua juru latih Brasil, Dunga seperti biasa meletakkan D.Alves bergandingan Robinho sebagai jentera utama bahagian serangan skuad samba. Permainan bersemangat yang ditunjukkan oleh anak buah Dunga membuahkan hasil pada minit ke 10, hasil jaringan Robinho sekaligus meletakkan Brasil dihadapan sepanjang separuh masa pertama.


Tandukan pemusnah: gol Sneijder minit ke 68


Separuh masa ke dua menyaksikan Felipe Melo menghadiahkan gol sulung (gol sendiri) kepada Holland. Pada minit ke 68 sekali lagi skuad samba terus diberi tekanan dengan tandukan Sneijder meletakkan Holland dihadapan sekaligus menghadiahkan pemain terbaik perlawanan buatnya.Brasil makin tertekan dengan lanyangan kad merah terhadap Felipe Melo pada minit ke 73. Asakan yang ditunjukkan dari Brasil tidak membuahkan hasil dengan lorongan yang tidak menjadi Kaka.Permainan yang seimbang kedua-dua pasukan berakhir 2-1 dengan tertewasnya Skuad Samba keatas Holland.


Keluar padang: Kad merah dilayangkan kepada Felipe Melo

Thursday, July 1, 2010

Jurulatih baru England milik siapa?

KETIKA Fabio Capello semakin terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan England selepas kegagalan England di Piala Dunia Afrika Selatan, kini kecoh diperbahaskan mengenai siapa individu yang bakal menggantikannya.

pix_middle

Sudah ada cakap-cakap yang menamakan pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp, pengurus Fulham, Roy Hodgson, pengurus Blackburn Rovers, Sam Allardyce dan lebih menarik pemain dan bekas ketua pasukan David Beckham disenaraikan antara muka-muka pilihan untuk menggantikan pengendali berbangsa Itali itu.

Lebih menarik apabila menyentuh mengenai Beckham, pemain tengah yang cedera tetapi diberi peluang oleh Capello untuk berada di kalangan staf di Afrika Selatan 2010, sekali gus memberinya peluang untuk melihat keadaan daripada satu sudut berbeza seperti sebelum ini.

Beckham belajar dengan pantas dan sekalipun dia sering berkata dia tidak berminat dengan pengurusan, kelihatannya dia berjaya merasai pengalaman itu pada Piala Dunia kali ini.

Menarik juga apabila sudah ada kempen di laman web sosial facebook untuk menjadikan Beckham sebagai pengurus baru England.

Bola sepak Inggeris semakin merudum. Semuanya boleh menjadi lebih teruk jika tidak diperbetulkan dengan segera.
Sudah banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan persembahan terbaik daripada pemain yang bernilai berjuta-juta pound yang biasanya mempamerkan permainan terbaik mereka pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi gagal bertindak cemerlang ketika menyarung jersi England.

Capello, dengan rekod terbukti di peringkat bola sepak kelab, diberi kontrak bernilai STG6 juta (RM29 juta) setahun sebagai pengurus untuk mengubah nasib England selepas bencana era Steve McClaren namun pengendali dari Itali itu gagal.


Petikan diambil dari: myMetro.com