..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, February 28, 2011

Susu wanita jadi ice cream????


Terkedu dan terkejut bila terbaca artiket akhbar tempatan edisi 28 feb 2011 yang memaparkan satu lagi benda pelik orang barat yang sangat pelik..wahaha diorang nie dah xde idea sgt ke sampaikan sanggup menjadikan susu wanita sebagai menu terbaru mereka..

Jom kita baca skit artikel tu...

LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.

Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

"Saya ketawa (apabila melihat iklan itu)," katanya.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak.

- Kosmo


Waa... macam2 la zaman skang nie.... kalau ikutkan logik, berapa banyak ibu2 yang sanggup memerah "nenen" mereka untuk diperdagangkan bagi sedikit keuntungan... Kesian bayi2 mereka kalo dapat tau susu ibunya diperdagangkan... Pelik yang sgt ajaib.. harap jangan la berlaku di Malaysia..ye la negara yang berbilang bangsa dan agama kene kuatkan lagi la pemantauan... Bayangkan kalo susu orang negro..woowww...


Blog vs Entry

Gambar: mr.google

Assalamualaikum dan salam keamanan dari Teratakindah.. hmm Teratakindah teruja bila melihat perkembangan pesat jaringan internet terutamanya dalam halaman2 sosial seperti blogger, facebook dan macam-macam lagi lah..

Bila kita terjebak dalam dunia penulisan blog secara langsung mahu pun tidak, "entry" menjadi igauan saban hari. Entry yang bagus dan sentiasa di update akan menerima trafik yang banyak dalam sesuatu masa..tidak kurang hebat bila isu-isu menyentuh soal politik dan seksuality yang kini mula merebak dikalangan blogger tegar.. Entry juga suatu makanan kepada Blog.. blog yang tidak berupdate dianggap mati..

Sebenarnya teratakindah xde modal nak menulis malam nie..ok la tu sedikit sebanyak boleh berceloteh dalam ruangan maya nie.. actly, dunia blog ni penuh warna-warni.. sejak 2008 Teratakindah mula bertapak dalam dunia penulisan ni, banyak info2 dan tips2 yang berjaya menumbusi ruangan fikiran.. terima kasih dan tahniah kpd semua blogger...

Saturday, February 26, 2011

Photology pixelBUROK team versi Malam...

Assalamuaikum para blogger semua...hujan yang melanda bumi Kuala Lumpur kini memasuki fasa pertama perubahan monsun dan menjadikan kerancakkan ibu kota sedikit terganggu. Tapi itu hukum alam...musim sentiasa berubah...

Malam tadi 9.00pm admin pixelBUROK berlensa lagi..biasalah kalau free, kami sentiasa luangkan masa bersama berkongsi minat yang sama.. pixelBUROK yang masih setahun jagung beroperasi secara underground, mula mendapat sambutan dari penggemar dunia photography nie.. tapi maaf lah event2 kami masih diperingkat admin belim lagi terbuka kepada semua..cuma sesetengan event terbuka kepada rakan2 sehobi...hehe....

Hujan renyai sedikit terbantut niat kami..mujurkan perutpun lapar..kami ke KFC sebelum ke Taman Tasik Titiwangsa.. Berphotology kurang dari sejam sudah memadai dalam cuaca yang tidak mengizinkan.. InsyaAllah lepas nie ada banyak lagi tempat2 menarik untuk kami terjah berlensa.. Jom layan sikit pic mlm tadi....

outing titwangsa

outing titwangsa

outing titwangsa

Thursday, February 24, 2011

Raja Lawak vs Maharaja Lawak!!!!!!

pic: en.google - Sidang Media peserta Maharaja Lawak

Assalamualaikum para blogger...sihat?? Alhamdulillah kalo sht tp kalo sebaliknya banyakkan rehat... ok lah entry kalini memang semuapun dah tau..kalau yg xtau lagi meh nak bitau n story mori skit pasal fenomena baru melanda industri lawak negara kita.. Baru-baru nie pihak Astro bersepakat yang membawa berkat menampilkan rancangan realiti baru Maharaja lawak dengan menawarkan RM600 000, menjadikan Asrto warna (ch132) sebagai penyiar rasmi.

kredit to: en.google

Rancangan yang bakal menemui penonton ini bermula pada 1 April ini, telah menampilkan AC Mizal sebagai hos pertandingan.. Rancangan ini mengenengahkan finalis raja lawak dari episod pertama hingg kini...

Pelawak Johan dan Zizan dari RL pertama membentuk kumpulan yang bakal menggegarkan pertandingan tersebut. tidak kurang hebat Nabil dan kumpulan XN3 (musim kedua) dan kumpulan Sepah, Jihan, Amir (musim ketiga). Bukan tu saje beb...Kumpulan Kecik dan Idlan serta Alex dari musim ke-4 serta Finalis RL ke-5 (masih dipertandingkan) turut merebut gelaran Maharaja Lawak..

Wow!!!! mesti gempak la beb..... xsabar pulak nak tgk lawak2 handal yg diasah Astro kembali berentap digelanggang kegemilangan mereka... Syabas Astro!!!! Teratakindah vote to Jozan!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Dengar suara dari Kubur????


Assalamualaikum para blogger.... hehe entry kalini teratakindah dapat dari akhbar kosmo edisi 23 feb 2011.. Agak misteri jugak...ianya berlaku di Jakarta, Indonesia... wow kalau teratakindah berada dalam situasi ngeri penduduk kampung tersebut, mau xcukup tanah lari..hehe papepun Allah maha mengetahui..jom baca skit artikel tersebut..

KUBUR Desi Tri menjadi tumpuan ramai di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur semalam.

JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi


Tuesday, February 22, 2011

santai lagi...

Penutup hujung minggu lepas hanya dirumah..hehe... disebabkan cuaca yg panas terik, jadi dirumah lah tempat paling bahagia... Aktiviti petang pula teratakindah dan lady'd bersantai di Jusco wangsa maju sambil minum petang di Starbucks... Mr.Canon tetap menjadi peneman utama kami pada ari tersebut... smbil snap2 sambil berposing... gd job to lady'd yang makin hari makin menunjukkan taring dalam berfoto..beberapa pic dibawah nie hasil dr my dear Lady'd..mentang2 xde shoot minggu tersebut, keje nak snap org je... jom layanz...

santai minum ptg

santai minum ptg

santai minum ptg

pic2 diatas hasil sentuhan Lady'd..kredit to her (edit by teratakindah)..

santai minum ptg

santai minum ptg

secebis hasil mylensa Teratakindah

Thursday, February 17, 2011

Salam ceria

Assalamualikum dan salam ceria teratalindah ucapkan kepada semua blogger yang singgah ataupun tersinggah ke ruangan kanvas teratakindah nie.. Bersempena Hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W pada 25 feb lepas, masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat menghayati pengorbanan dengan diiringi laungan selawat keatasnya..

Cuti umum kalini jatuh pada hari Selasa...kiranya cuti tergantung..ramai juga yang amik direct je dari sabtu.. Teratakindah mengambil kesempatan cuti umum dengan aktiviti photoshoot la... hehe.... photoshoot kali ni dari Kiutbox.com dimana Teratakindah menjadi perunding modeling photography bagi memperagakan fesyen primis tersebut.. Model dari Teratakindah sendiri, sapa lagi kalau bukan Lady'd...jimat kos skit..hehe

Ok lah jom intai sikit gambar sepanjang hari tersebut..tapi sikit je..xlarat la nk upload..hehe...

kiutbox model
Lady'd: model Kiutbox.com

lady'd

shoot by: mylensa photography
model: Lady'd
gear: 1000D Canon (50mm)
sponsored by: kiutbox.com

starbuck
snap by: Lady'd credit to my bucuk

starbuck
Coffee Americano by starbuck

starbuck
"Suker ati aku ar!!! "


-sekian-




Friday, February 11, 2011

santai pixelBUROK team..


Assalamualaikum para blogger...sekali lagi sawang mula memenuhi ruangan maya teratakindah.com.. Ujung minggu kembali lagi..teratakindah bersama mr.cayril dan mr.hashim bersantai di Oldtown white coffee bersempena meraikan projek kami yang hampir menutup tirai..

Bersantai sambil mengirup kopi kacang hazel yang beraroma menaikkan kegairahan hirupan.. Bersantai dengan laptop sambil bertukar-tukar idea serta cerita memeriahkan malam bersama admin pixelBUROK team. Moga selepas ni projek2 baru menjelma lagi... walaupun masih ditahap basic tapi ini la satu platform terbaik memperbaiki skil dan pengalaman berfoto. Terima kasih kepada kiutbox.com memberi kepercayaan kepada kami memikul tugasan yg diharapkan.

mr.hashim

mylensa

mr.cayril

sewangi kopi hazelnut

Friday, February 4, 2011

Kembali berkarya...

Assalamualaikum para blogger semua... huuhh bukan je berabuk tapi dah bersawang dah laman teratakindah nie..bagaikan rumah usang yang dipinggir bukit nampak indah dari jauh tapi hakikatnya tidak berpenghuni... haha...atas kesibukan kebelakangan ni teratakindah kembali di laman baru entry baru dengan menampilkan projek pixelBUROK yang memasuki fasa ke-2 sebelum kemuncaknya. Alhamdulillah fasa ke-2 berjalan lancar semalam walaupun admin kedua pixelBUROK mr.cayril gagal menghadirkan diri sbb balik kampung..

Dengan menjadikan Lady'd model memperagakan fesyen tudung dan baju muslimah berkontemperori, penaja bersama-sama dalam susunan pemakaian sepanjang 3 jam kami dilokasi.. Bertempat di Taman Tasik Seri Gombak, Lady'd mula mengenakan fesyen mengikut kehendak pelanggan kami.. Syukur dengan rezki Allah segalanya berjalan lancar..projek kini memasuki fasa ke-3 iaitu membentuk laman rasmi dengan menampilkan mr.cayril sebagai mengelola pemblogan yang expert IT...

busana muslimah kontemperori

busana muslimah kontemperori

busana muslimah kontemperori