..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Saturday, October 15, 2011

Golden Hour



Salam...

Ermm...kalini nak menge'post' gambar-gambar Golden Hour...ape tuh Golden Hour??? Golden Hour nih adalah spesis hidupan dasar laut..tapi pada tahun 1678, ianya telah diguna pakai bagi ganti nama ' waktu senja '... hehe... cari la dalam buku Sejarah Rome --> mesti xkan jumpa...

Ok lah teruskan ber'entry'... semua pic tersebut teratakindah bersama mr.hashim iaitu salah sorg admin pixelBUROK photography group bershooting di Taman Metropolitan atau nama saintifiknya Taman Layang-layang di kepong...

ok...jom layan pic.....











p/s: semua gambar tersebut telah dikecilkan resolusinya

Sunday, October 9, 2011

Bercanda@One Utama...



Salam....
Ermm Pekabo sume?? hehe dh lama xberbloging... Kalini nak berentrykan sesuatu yg boleh menitiskan air liur dan air mata.. Lihat saja la pic diatas ni...Kopi yang lazat.. Macam biasa lah my favorite choice ----> Caffe Latte... Dari Starbucks sehingga lah ke Big apple pilihan tetap Caffe Latte.. aroma yang sungguh mempesonakan dengan limpahan creamy yang memukau.. Mmg terbaek...









p/s:Setiap gambar telah dikecilkan resolusi

Thursday, September 29, 2011

Canon EF 1200mm lens...super telefoto terpanjang didunia


Menarik tentang Lens gergasi nih....




  • EF 1200 f/5.6 L USM dikenali sebagai "super telephoto prime".
  • Lensa terpanjang yang pernah dibuat oleh Canon Inc.
  • Focal Length 1200mm
  • Aperture f/5.6-f/32
  • Mula dibuat pada tahun 1984 (sukan olimpik Los Angeles)
  • Harga USD 120 000
  • Tidak mengandungi Image Stabilizer (IS)
  • Menggunakan Ultra Sonic Motor..(lebih kurang sama la mcm IS)
  • Berat 16.5kg
Ermmm... keseluruhannya lens ni mahal je lebih...xbest pun.... just information jer... hahaha.... hanya fokus pada kedudukan 1200mm xde minimum Focal Length..sangat ,membosankan..dah la berat..terhempap atas jari kaki,mau tercabut kuku...Tapi kalo bagi Free, nak jugak..xpun bagi potongan harga 99.9%...heee...boleh snap2 bulan...snap apartment sebelah pun boley..opss...

Tuesday, September 20, 2011

Photomatik PRO... untuk editing HDR..


Salam semua...hehe ermm sekarang nih pixelBUROK di laman facebook tengah hangat dengan formulasi HDR... Apa tu HDR? HDR nih singkatan bagi High Dynamic Range Imaging.. Ianya adalah hasil gabungan gambar-gambar berlainan exposure ataupun kecerahan pada gambar digabungkan bagi mendapatkan suatu struktuk gambar yang menakjubkan..

Teratakindah sekali lagi ingin berkongsi serba sedikit tentang perisian HDR nih... Sekarang nih banyak Software HDR.. Jika dulu Photoshop la agen terbaik pembikinannya..dan kini pelbagai jenis software yang mudah dan ringkas yang mampu berdiri sama tinggi dengan adobe yang kini mencatatkan rekot no 1 dunia dalam pengeditan gambar..

Teratakindah mengesyorkan kepada mereka yang ingin berjinak dengan fungsi HDR nih menggunakan perisian Photomatix Pro 4.1.. Juga disediakan tutorial dalam perisian tersebut.. nak try ke?? hehe jom download.. khas utk anda...

<<<download>>>


contoh hasil Photomatix Pro



Thursday, September 8, 2011

Berjinak dengan high dynamic range dalam editing

Salam Syawal....

Hermmm.....keterujaan teknik HDR (high dynamic range) dalam penghasilan gambar yang apstrak, menjadikan teratakindah teruja untuk study dan mencuba teknik tersebut.. ala belajar dalam tutorial dalam internet jer...

Dengan menggunakan Software PhotomatixPro 4.1 dan Photoshop cs5 teratakindah mulakan eksperiment tersebut..wahahaha...jom tengok hasil yang xseberapa nih...try n error... banyak lagi perlu belajar utk dapatkan editing yang menarik... Secara peribadinya teratakindah memang xberapa suka teknik HDR nih..sbb kalau xkena pada tone yang sesuai, gambar nampak kotor dan tidak natural lagi...comot je nampak..hehe papepun hasil yang pertama adalah titik tolak kejayaan yang bakal dicungkil kelak..insyaAllah....

IMG_2769And3more_tonemapped

kete

Sunday, September 4, 2011

Salam Lebaran dari Teratakindah.com


Salam Lebaran!!!!

Haha...berakhirlah sebulan berpuasa... Syukur dikurniakan Syawal bulan mulia bagi umat islam meraikan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.. Teratakindah mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger yang xjemu-jemu jenguk teratakindah disini...

Ok lah...Teratakindah ingin berkongsi kehangatan lebaran dihari pertama beraya.. Macm biasa lah beraya di Kedah.. Suasana yang meriah dengan pelbagai juadah dari tradisional mahupun moden terhidang dipagi raya..

Lepas solat sunat aidilfitri, Teratakindah mulakan sessi bergambar sebagai kenangan berhari raya bersama sanak saudara.. "mylensa" tetap menjadi teman yg paling setia Teratakindah... Segala suka duka lebaran dirakam dan disemadikan dlm fail sebelum dicetak menjadi kepingan memori lebaran 2011... Sangat menambat hati, gelagat anak kecil sama-sama bergembira.... Sangat meriah...

Teratakindah sekali lagi mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger-blogger...Juga 10 jari Teratakindah susunkan kepada semua jika terdapat kekasaran,tersinggung disetiap tulisan yg dikarang...

Jom kita layan gambar!!!!







Sunday, August 21, 2011

Berbuka puasa bersama Keluarga...


Salam...

Alhamdulillah...puasa ramadhan tahun ni sudah memasuki penggal terahkir sebelum Syawal menjelma.. Seperti tahun-tahun yang lepas terakindah sekeluarga akan berbuka puasa diluar. Destinasi tahun ni kami ke Hotel De'Palma Shah Alam...

Dengan tempat yg agak kondusif dan persembahan artis jemputan menjadikan Hotel De'Palma ini mendapat sambutan yang menggalakkan..Seperti biasa la, Favorite Teratakindah, Kambing Golek.. haha memang puas ati makan kambing...

Lepas kenyang menikmati juadah, kami ke Plaza Alam Sentral untuk bershopping!!! Huuh mmg sesak tetapi ianya sangat berbaloi..

Hermmm.....Seperti tahun-tahun lepas, menjelang je Hari Raya Teratakindah.com mengenakan banner khas bagi memberi kelainan yang keseronokan berhari raya..hehe...tahun ni pun ada..tunggu....




Lady'd



kuey Teow yg meletop dengan kambing golek ditepi..wahaha

Jay Jay tuuu....

Saturday, August 6, 2011

Mr. Bean kemalangan jalan raya??


Salam Ramadhan semua....

Hmm pagi sabtu yang tenang sambil selak2 akhbar tempatan, terpampang berita pasal Mr.Bean..Lama xdengar cerita beliau yang dulunya popular diera 90an dengan penampilan silent comedy beliau..Kini beliau kembali dengan berita buruk apabila terlibat dalam kemalangan..

Berikut bingkisan dari akhbar kosmo edisi 6 Ogos 2011...

CAMBRIDGE, Britain - Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.

Dia keluar dari kereta itu dengan mengalami kecederaan kecil. Keretanya turut terbakar dalam kejadian itu.

Atkinson dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.

Dia sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1999 di Lancashire.

Wednesday, August 3, 2011

..::Salam Ramadhan::..



Teratakindah dengan rendah diri mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.. Semoga dibulan yang indah lagi mulia ini sama-sama kita kejar tawaran istimewa dari yang Maha Esa... Salam Ramadhan...

Tuesday, July 12, 2011

PixelBUROK serang Floria???


Hahaha...dah lama xberupdate.. pekabo sume?? hmm bersempena Floria, Putrajaya yang bermula dari 9 hingga 17 july 2011, teratakindah bersama mr.cayril tidak lepaskan peluang untuk turut serta bagi memeriahkan pameran bunga tersebut.. Dengan bertemakan Bunga Ros, pameran mega tersebut turut mencacatkan fenomena baru apabila ribuan manusia membanjiri pada hari pertama pameran..

Sambil snap2 kami sempat menikmati bunga-bunga berwarna-warni. Memang best la..bau bunga jer... jom layan gambar skit..








Mr.Cayril bersama lensa



Teratakindah a.k.a aku lahh

Sunday, June 26, 2011

Ujung minggu yang bz..


Assalamualaikum...huuhh 2 hari bercuti bakal melabuhkan turai dan esok,bermula rutin harian bekerja seperti biasa..sabtu yang memenatkan dengan kursus teknikal pelaburan. diikuti mersyuarat penubuhan syarikat..huuh sgt memenatkan..nasib nek la office sejuk jer..

Arini (ahad) plak masa untuk meluangkan masa dengan yang tersayang..sapa lagi kalo bukan Lady'd..kesesakan Kuala Lumpur pagi tadi membatalkan niat untuk ke SOGO..shoping sikit... kami bertukar arah ke jusco wangsa maju,apabila tersekat dalam kesesakan super bosan sekitar ibu negara...

Shopping perfume "1 million" dan jam tangan dah cukup utk seharian bershopping..hehe... kemudian kami ke Wangsa Walk.. tgk wayang..cite "SUPER 8"... lensa tetap dibawa bersama..hee






Monday, June 20, 2011

Teratakindah+Lady'd ke Morib...



Assalamualaikum....

Hmm ujung minggu baru berakhir..Semalam (Ahad) kami ke Bangi menghadiri kenduri kawin sahabat baik teratakindah semasa balajo dulu.. Best la..lama xjumpa diorang. Lepas makan kenduri, kami ke Pantai Morib..10km dari tempat kenduri tuu.. best jugak la dapat rasa angin laut sambil main bubble..hehe beli RM5..jom layan pic sikit..