DURBAN, AFRIKA SELATAN-25 JUN 2010: Perlawanan yang ditunggu-tunggu yang dianggap sukar dijangka dengan pertembungan dua gergasi dunia beraksi 90 minit (tidak termasuk masa kecederaan) atas padang yang sama berakhir dengan keputusan seri 0:0. Permainan yang agak hambar yang ditunjukkan oleh tunggak pasukan Portugal yang juga bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dengan kegagalan dua tendangan percuma yang disia-siakan turut mendapat riaksi kecewa Carlos Queiroz, jurulatih kebangsaan Portugal tetapi duka terubat apabila diumumkan pemain terbaik pada malam ini.
Beberapa insiden dan 7 kad kuning yang dilayangkan sepanjang perlawanan sedikit sebanyak mempengaruhi perlawanan. Turut menyaksikan perlawanan kumpulan G iaitu Ivory Coast yang memenangi perlawanan pada malam ini menentang Korea DPR dengan 2:0.
Perjuangan Portugal dan Brasil tidak terhenti pada hari ini. Kedua-dua pasukan layak keperingkat kedua pertandingan.
Perjuangan Portugal dan Brasil tidak terhenti pada hari ini. Kedua-dua pasukan layak keperingkat kedua pertandingan.
No comments:
Post a Comment