..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Sunday, June 27, 2010

German terus mara


Muller: Pemain terbaik perlawanan


FREE STATE STADIUM, AFIKA SELATAN-28 JUN 2010:Sekali lagi pertemuan kedua peringkat kalah mati melinatkan dua gergasi tradisi iaitu England bertemu Germany. Masih mengekalkan formasi 4-4-2, Fabio Capello sekali lagi meletakkan Rooney dan Defoe sebagai penggerak dibahagian hadapan England.


Fabio Capello merenung masa depannya bersama pasukannya England



Permulaan beraksi yang seimbang oleh kedua-dua pasukan akhirnya didominasi terlebih dahulu oleh anak buah Joachim Loew pada minit ke 20 dengan menyumbat masuk gol yang pertama oleh Klose. Permainan semakin rancak dengan England terus diberi tekanan apabila Podolski menyumbat gol ke 2 pada minit ke-32. Hantaran Gerrard dari luar kotak penalti memberi kesempatan pada Upson menanduk masuk ke gawang gol German pada minit ke 37. Sepakan Lampard pada minit ke 39 melewati palang gol seterusnya menjunam melepasi ke dalam garisan gol.tetapi malangnya pengadil tidak mengiktiraf gol tersebut atas kekeliruan pihak pengadil. Riaksi tidak puas hati Fabio Capello, juru latih pasukan England jelas diraut wajahnya tetapi terpaksa akur dengan keputusan pengadil.

Klose

Upson: Gol sulong England


Muller melengkapkan gol ke 4 German


England sekali lagi diberi tekanan hebat dari German apabila meluru masuk sepakan padu Muller pada minit ke 67. Pertahanan yang goyah memudahkan German sekali lagi menambah koleksi gol pada minit ke 70 oleh Muller. German memperlahankan rentak pada 10 minit terakhir dengan membuat hantaran-hantaran pendek memberi tekanan kepada pemain England.


David James

No comments: