..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Wednesday, June 30, 2010

Portugal...mengikut jejak England




CAPE-TOWN STADIUM AFRIKA SELATAN-30 JUN 2010: Perlawanan peringkat ke 2 berakhir dengan pertembungan dua gergasi eropah Sepanyol bertemu Portugal. Dengan pertaruhan formasi 4-3-3, Portugal meletakkan Cristiano Ronaldo sebagai tunggak hadapan skuad Portugal. Sepanyol yang juga top 5 rangking dunia meletakkan Fernando Tores bergandingan dengan David Villa bagi memperkukuhkan jentera hadapan pasukan. Permulaan perlawanan menyaksikan hantaran-hantaran jauh Sepanyol mencari gawang Portugal.

Pretasi Portugal menyaksikan anak-anak buah Carlos Queiroz dikawal ketat jentera pasukan Sepanyol. Ini menyukarkan hantaran-hantaran panjang Cristiano Ronaldo untuk mengucar kacirkan kotak penati Sepanyol.
Vicente Del Bosdue (juru katih Sepanyol) kembali tersenyum apabila tonggak hadapan pasukan berjaya menyumbang gol pada minit ke-63 hasil jaringan David Villa. Xavi Alonso dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Perlawanan berakhir dengan tertewasnya pasukan Portugal 1-0 keatas Sepanyol sekaligus mara ke peringkat suku akhir menentang Paraguay pada 3 July 2010 yang disiarkan di Astro dan RTM.


hampa: Cristiano Ronaldo


David Villa

Lompatan kemenangan: Gerard Pique

Selamat sampai ke tanah air


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HEATHROW, UNITED KINGDOM-28 JUN 2010: Pemain-pemain dan kakitangan tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada sekitar 6.20 pagi (waktu tempatan) dan telah dijangka untuk mendaftar masuk melalui sebuah terminal khas bagi memberi peluang kepada peminat, pemberita dan pengkritik tempatan selepas kegagalan anak buah Fabio Capello di kancah piala dunia.

Fabio Capello yang juga jurulatih kebangsaan England menyifatkan anak-anak buahnya tidak mendapat rehat yang secukupnya menjelang piala dunia atas sebab saingan liga Inggeris. Dalam suatu sidang akhbar di Afrika Selatan, Capello mengisytiharkan ingin meneruskan keryanya bersama skuad England berikutan kekalahan memalukan 4-1 keatas musuh tradisi German. Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Tempatan memberi tempoh untuk membuat keputusan mengekalkan Capello sebagai juru Latih pasukan ataupun tidak oleh pihak pengurusan.

Tuesday, June 29, 2010

Selamat pulang skuad England

Hampa: Fabio Capello

Impian Fabio Capello melihat anak buahnya beraksi dikancah tertinggi piala dunia 2010 musnah dengan kekalahan paling buruk rekod England di arena Piala Dunia. Bercakap tentang pengurusan sama ada ingin mengekalkan Fabio Capello sebagai juru latih skuad England atau sebaliknya masih dalam perbincangan dan akan diumumkan 2 minggu dari sekarang.

Selamat jalan "The Three lion".

Sunday, June 27, 2010

German terus mara


Muller: Pemain terbaik perlawanan


FREE STATE STADIUM, AFIKA SELATAN-28 JUN 2010:Sekali lagi pertemuan kedua peringkat kalah mati melinatkan dua gergasi tradisi iaitu England bertemu Germany. Masih mengekalkan formasi 4-4-2, Fabio Capello sekali lagi meletakkan Rooney dan Defoe sebagai penggerak dibahagian hadapan England.


Fabio Capello merenung masa depannya bersama pasukannya England



Permulaan beraksi yang seimbang oleh kedua-dua pasukan akhirnya didominasi terlebih dahulu oleh anak buah Joachim Loew pada minit ke 20 dengan menyumbat masuk gol yang pertama oleh Klose. Permainan semakin rancak dengan England terus diberi tekanan apabila Podolski menyumbat gol ke 2 pada minit ke-32. Hantaran Gerrard dari luar kotak penalti memberi kesempatan pada Upson menanduk masuk ke gawang gol German pada minit ke 37. Sepakan Lampard pada minit ke 39 melewati palang gol seterusnya menjunam melepasi ke dalam garisan gol.tetapi malangnya pengadil tidak mengiktiraf gol tersebut atas kekeliruan pihak pengadil. Riaksi tidak puas hati Fabio Capello, juru latih pasukan England jelas diraut wajahnya tetapi terpaksa akur dengan keputusan pengadil.

Klose

Upson: Gol sulong England


Muller melengkapkan gol ke 4 German


England sekali lagi diberi tekanan hebat dari German apabila meluru masuk sepakan padu Muller pada minit ke 67. Pertahanan yang goyah memudahkan German sekali lagi menambah koleksi gol pada minit ke 70 oleh Muller. German memperlahankan rentak pada 10 minit terakhir dengan membuat hantaran-hantaran pendek memberi tekanan kepada pemain England.


David James

Friday, June 25, 2010

Portugal Brasil sama hebat!

Aksi Ronaldo sebelum dihadiahkan tendangan percuma

DURBAN, AFRIKA SELATAN-25 JUN 2010: Perlawanan yang ditunggu-tunggu yang dianggap sukar dijangka dengan pertembungan dua gergasi dunia beraksi 90 minit (tidak termasuk masa kecederaan) atas padang yang sama berakhir dengan keputusan seri 0:0. Permainan yang agak hambar yang ditunjukkan oleh tunggak pasukan Portugal yang juga bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dengan kegagalan dua tendangan percuma yang disia-siakan turut mendapat riaksi kecewa Carlos Queiroz, jurulatih kebangsaan Portugal tetapi duka terubat apabila diumumkan pemain terbaik pada malam ini.



Beberapa insiden dan 7 kad kuning yang dilayangkan sepanjang perlawanan sedikit sebanyak mempengaruhi perlawanan. Turut menyaksikan perlawanan kumpulan G iaitu Ivory Coast yang memenangi perlawanan pada malam ini menentang Korea DPR dengan 2:0.

Perjuangan Portugal dan Brasil tidak terhenti pada hari ini. Kedua-dua pasukan layak keperingkat kedua pertandingan.


Gilberto Silva dan Ronaldo

Italy...good bye.......

Antonio Di Natale


ELLIS PARK STADIUM, AFRIKA SELATAN-24 JUN 2010:Ribut kencang yang melanda France kini berubah ke Italy apabila gagal mengutip sebarang mata didalam perlawanan terakhir menentang Slovakia semalam. Penampilan kurang bertenaga oleh anak buah Marcello Lippi memberi kesempatan kepada pemain Slovakia mara keperingkat ke dua perlawanan.



Penampilan hebat penyerang utama Slovakia, Robert Vittek menyumbangkan 2 gol sekali gus menjadikannya pemain terbaik perlawanan. Dengan kemenangan Slovakia keatas Italy (3:2) malam tadi, Slovakia berjaya mara ke peringkat Kalah mati bersama pencabar terdekatnya Paraguay dengan perbezaan 1 mata diatas.

Thursday, June 24, 2010

England layak ke pusingan Kalah mati....

Jermain Defoe


PORT ELIZABETH, AFRIKA SELATAN-23 JUN: Akhirnya kemarau piala dunia yang melanda England kian pulih apabila England menundukkan Slovenia di Port Elizabeth Stadium semalam hasil jaringan Jermain Defoe pada minit ke 23 seterusnya menjadikan Defoe sebagai pemain terbaik perlawangan.


Permainan bersemangan yang ditunjukkan oleh anak buah Fabio Capello terhasil dengan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Defoe dan Rooney sebagai tonggak hadapan pasukan England. England pada mulanya ketinggalan 3 mata dengan pencabar terdekat USA, meletakkan pasukan England ditempat bahaya.



Pendahulu kumpulan C iaitu Slovenia terpaksa akur dengan kemenangan USA keatas Algeria yang sekaligus memusnahkan impian penyokong Slovenia apabila menjadikan USA sebagai pendahulu liga kumpulan C dengan mengutip 3 mata penuh menjadikan 5 mata keseluruhan. Turut berkongsi mata England apabila mendapat 3 mata penuh menjadikan mata keseluruhan ialah 5 dan menduduki tempat ke dua kumpulan C.


Wednesday, June 23, 2010

Jalan-jalan eropah...



Assalamualaikum semua.... waaa..lame sudah jari jemari ni xmenekan papan kekunci..berhabuk dan bersawang sudah ruangan inspirasi Teratakindah...Salam manis pembuka kata kepada semua blogger yang x jemu melawat teratakindah...anda tetap no 1 dihati ini...

Teratakindah sunyi selama 2minggu atas sebab bercuti... Waaa...berjalan tempat orang... Jalan-jalan Euro... Bak kata pepatah melayu "hujan emas ditempat orang Hujan Batu ditempat sendiri"..walaupun indah ditempat orang tapi hatiku tetap di Malaysia tercinta...

Kekurangan dan kelibihan bukan lah kayu pengukur nilai cintaku terhadapmu Malaysia....teratakindah Melancung ke London Dan Paris... Selama 4 hari di kota london, 3 Hari di Cotswolds (west of London) dan 3 hari di Paris... Dipendekkan cerita sepanjang hari berjalan jer...yer la rugi la xmelawat tempat org yang xtau bila lagi nk gi nnt..


Suhu purata di London 17C-20C, di cotswolds 17C-14C, dan di paris 20C-25C.. inilah sebahagian gambar-gambar teratakindah di bumi eropah...

London


Paris


Cotswolds


p/s: bayak lagi di facebook