..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, February 28, 2011

Susu wanita jadi ice cream????


Terkedu dan terkejut bila terbaca artiket akhbar tempatan edisi 28 feb 2011 yang memaparkan satu lagi benda pelik orang barat yang sangat pelik..wahaha diorang nie dah xde idea sgt ke sampaikan sanggup menjadikan susu wanita sebagai menu terbaru mereka..

Jom kita baca skit artikel tu...

LONDON - Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.

Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.

Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).

Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.

"Saya ketawa (apabila melihat iklan itu)," katanya.

Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak.

- Kosmo


Waa... macam2 la zaman skang nie.... kalau ikutkan logik, berapa banyak ibu2 yang sanggup memerah "nenen" mereka untuk diperdagangkan bagi sedikit keuntungan... Kesian bayi2 mereka kalo dapat tau susu ibunya diperdagangkan... Pelik yang sgt ajaib.. harap jangan la berlaku di Malaysia..ye la negara yang berbilang bangsa dan agama kene kuatkan lagi la pemantauan... Bayangkan kalo susu orang negro..woowww...


Blog vs Entry

Gambar: mr.google

Assalamualaikum dan salam keamanan dari Teratakindah.. hmm Teratakindah teruja bila melihat perkembangan pesat jaringan internet terutamanya dalam halaman2 sosial seperti blogger, facebook dan macam-macam lagi lah..

Bila kita terjebak dalam dunia penulisan blog secara langsung mahu pun tidak, "entry" menjadi igauan saban hari. Entry yang bagus dan sentiasa di update akan menerima trafik yang banyak dalam sesuatu masa..tidak kurang hebat bila isu-isu menyentuh soal politik dan seksuality yang kini mula merebak dikalangan blogger tegar.. Entry juga suatu makanan kepada Blog.. blog yang tidak berupdate dianggap mati..

Sebenarnya teratakindah xde modal nak menulis malam nie..ok la tu sedikit sebanyak boleh berceloteh dalam ruangan maya nie.. actly, dunia blog ni penuh warna-warni.. sejak 2008 Teratakindah mula bertapak dalam dunia penulisan ni, banyak info2 dan tips2 yang berjaya menumbusi ruangan fikiran.. terima kasih dan tahniah kpd semua blogger...