..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Monday, January 25, 2010

Bagikan hembusan bayu...


Nilai cinta yang terpupuk dari dasar persahabatan kian berputik dilubuk hati. Tika hati mengharap suatu kepuasan dalam persahabatan, hati itu sekali lagi diuji dengan ribut tsunami cinta. Tika hatinya masih dalam sangkar emas si pelayar, hatinya dirobek buat sekali lagi dan cuba untuk melepaskan diri dan lari menemui suatu kedamaian yang sebenar.
Hati yang semakin berbelah bagi sering kali diuji dengan gelombang asmara yang makin bergelora sehinggakan mampu menenggelam dan meranapkan bahtera dilautan membiru. Tapi nilai persahabatan mengatasi segalanya sanggup mengetepikan nilai cinta yang masih samar di lubuk hati.
Pengorbanan demi pengorbanan membuahkan rasa gundah dihati. Rambang setiap penglihatan.. bisikan hati membuatkan kepiluan dan kekuatan tidak melepaskannya, merampas dari kedudukan asal.. Tapi niat yang suci memadam setiap bisikan-bisikan lalu. Berbekalkan kekuatan yang tinggi mencakar hati berdarah sehingga mengalir titisan cinta. Hati yang sepi pergi kepangkuan asal meninggalkan titik cinta yang samar belayar untuk selamanya bersama hembusan bayu........

Friday, January 22, 2010

1st anniversary Cayril-z@blogspot


Selamat ulang tahun yang pertama dari admin@teratakindah.. Blog yang semakin hari semakin mendapat tempat dihati blogger-blogger tegar tempatan. tahniah diucapkan. teruskan Berblogger dan jadikan blog suatu dunia fantasi yang menggambarkan realiti kehidupan kita untuk dikongsi bersama....Klik untuk ke Cayril-z@blogspot

Thursday, January 7, 2010

Teratakindah broadcasting...new!!




Perkembangan dunia broadcasting di Malaysia mengalami 1 era yang baru. Teratakindah juga tidak terlepas dari tempias kemodenan tersebut.
Dengan pelancaran Broadcasting Studio ini, orang ramai khususnya yang ingin mendapatkan khidmat broadcasting boleh berbuat demikian dengan hanya memberi foto atau Video untuk dijadikan Video peribadi anda.
Jadikan Percutian atau perkahwinan anda suatu kenangan terindah bersama
Teratakindah Broadcasting Studio
..


Tuesday, January 5, 2010

Trip To Batam Island, Indonesia




Waa....lamenye xupdate...heheh hmmm entry kali nie teratakindah nak berkongsi skit percutian family ke Batam Island, Indonesia pertengahan bulan 12 yang lalu.. Pulau Batam adalah salah satu dari kepulauan Indonesia.

Kali nie kami malas naik Flight sbb dekat la... kami naik feri dari johor ke batam... perjalanan ber,mula dari imegresen malaysia di johor... selama 2jam menaiki feri kami sampai di pulau batam... waaa...first time pegang duit berjuta dalam tgn..hehe juta rupiah laa...betul org kate Indonesia nie syurga membeli belah..hehhe

Kami bermalam di Golden Pond Hotel..... aktiviti malamnya kami dibawa pemandu pelancong ke restoran terapung yang terdiri daripada masakan laut..sume ikan, udang, ketam, lobster dimasak hidup-hidup..fresh sgt beb..nak ikan kene tangkap sendiri.... harga murah sgt... 1st time makan lobster fresh idup2 die masak...SEDAP!!!!!!!!



Gambar lagi??? Klik Disini