..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, December 15, 2009

Road to Cameron Highlands





Assalamualaikum sume rakan blogger!!!! hmm entry terbaru nie teratakindah mau berkongsi pengalaman manis cuti bersama kawan2 ke Cameron Highlands... hmm plan percutian nie sebenarnya sebulan yang lepas sebelum cuti sekolah... kami berempat (saya,cayril-z,Lady'd dan nad) bertolak dari gombak jam 11am dan sampai di cameron highland jam 2pm... disana kami bermalam di Star Regency Hotel & Apartment(3 bintang).. kami memilih apartment 3bilik utk kami bermalam selama 3hari2mlm..
Hari pertama: -bermula dengan checkin Apartment sehinggalah kami makan tgh hari dan petangnya kami ke pasar mlm di brinchang, Cameron Highlands. -sebelum tu kami ke Ladang teh Bharat (cameron valley) utk menikmati hidangan teh disamping pemandangan yang indah dan dingin...


Hari Kedua:
-kami menjalankan aktiviti pagi dengan jungle traking...perjalanan meredah gunung brinchang mengambil masa 3jam perjalanan..kami dibawa oleh pemandu pelancong....best beb!!!! tapi licin skit sbb hujan pagi tu. sempat bekenalan dgn 2org mat saleh lagi...diepun join group traking kami,die dtg dari german..
-aktiviti petang kami ke strawberry farm utk menikmati hidagan berasaskan strawberry seperti strawberry sundae, strawberry yogurt dan memacam lagi...




Hari Ketiga:
-kami ke taman rama-rama dah kedai2 cendera hati utk dibawa pulang..
-seterusnya kami ke ladang teh BOH yang terletak di puncank Cameron Highlans iaitu di sungai palas..kami dibawa menyaksikan sendiri prosedur pemprosesan teh dan kami sempat hi-tea di restoran yg disediakan berlatar belakangkan pemandangan ladang teh seluas mata memandang....
-kami check-out dan pulang ke KL....



Sunday, December 6, 2009

..:: Keje gile ::..




haluuu...hehe hmm entry kali nie bertajuk keje gile???? waaa... ape yg gile tu??? hmmm sebenarnya arini 6 disember 09 hari kenduri membe saya la... saya mengambil kesempatan nie nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Laila (GSTT) dan Cikgu Juliana (GSTT) yang baru saje melangsungkan perkahwinannya tadi... tapi bukan tu yang nak diceritakan...sebenarnya saya nak cerita kisah selepas kami (saya+lady'D) makan kenduri tadi...

Kami menghabiskan suapan terakhir dan tegukan merah menyala air sirap jam 4pm dirumah pengantin Cikgu Laila..Masuk je dlm kete, kami plan nak gi jalan2 sebab ade masa lagi utk merayap...mula2 cadangan nak lepak2 kat Putrajaya je...tapi tetibe je kitorang naik genting...hahaha mulut cakap putrajaya....stereng belok genting...

gile betul!!! dah la nak dekat pukul 5pm..kalo nak tau petang2 kat sane berkabus....arhhh..itu perkara kecik jer..sampai kepuncak genting jam 5.30pm...wow..sejuk beb!!! mcm biasa la fav. saya tangkap gambar.... kitorang turun dari genting pukul 6pm... kesimpulannya kitorang naik genting hanya nak tangkap gambar..waaaaa....

Sunday, November 15, 2009

MC vs Penyampai ICON (Final)

Mcm Hang Tuah Daa...

Waaa...alhamdulillah aktiviti slm (sabtu) berjalan dgn lancar n jayanya.... Saya feat Mr. Cayril sekali lagi berjaya menawan hati penonton a.k.a para hadirin dgn penyampaian spontan kami dlm menjayakan program makan tengah hari sempena kutipan dana surau SMKGS...

Haritu menjadi suatu sejarah baru SMKGS dengan mengadakan majlis yang gilang gemilang itu buat pertama kali dan yang gempaqnya kami terpilih utk menggamatkan keadaan.. terima kasih kepada semua yang memberi peluang bagi kami menunjukkan bakat yang dikurniakan ini hanya utk menghiburkan dan menceriakan lagi majlis kutipan dana surau...


MC Nasri feat MC Cayril


Selepas majlis tu..kami pun balik berehat...tapi ptgnye kami ade aktiviti lagi....hehe kami ke Istana Budaya utk saksikan Malam Akhir Penyampai Icon (realiti TV2)...waaa... best jgk 1st time masuk istana budaya...Cantekkkkkk....






Friday, November 13, 2009

menjelang Jamuan Tengah Hari Kutipan Dana Surau SMKGS

waaa....arini bz sgt kat skolah..saye n cekgu kerel handle bahagian persembahan dan MC pada hari tersebut...huh penat la jgk..tapi yang wat persembahan esok 1kumpulan je..tapi suara die MANTOP!!!! waa...xsabar nak nantikan hari esok...tunggu entri terbaru sempena Majlis tu nanti....

Raptai penuh persembahan

adus....terpegun dgn persembahan ke nie...

ini terlampau kusyuk nie...otai btl cekgu nie

2 Tekun yang ceria (penonton je)

my team (team bola harapan)

Thursday, November 12, 2009

Terima Kasih

adiah dari 2 dedikasi dan pihak pentadbir SMKGS



waa....pejam celik pejam celik dah nak abis tahun nie..hmmm nampaknya kontrak saya (GSTT) dah nak tamat utk thn nie.... kesempatan nie saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SMKGS yang selama ini banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan mendidik anak bangsa... selama setahun bergelar guru, baru lah saya sedar bukan la semudah yang disangka... insyaAllah ada rezki kita jumpa lagi...khas utk guru-guru SMKGS....


arini saya dapat adiah..hehe daripada kelas 2dedikasi dan juga pihak pengurusan terima kasih daun keladi....lain hari kita jumpa lagi....

Sunday, October 25, 2009

..::Jamuan MPTE::..

Cenderahati dari MPTE



hmmm assalamualaikum...arini teratakindah nak cite skit kemane dan dimane teratakindah merayau pada ujung minggu nie... huh penatpun xabis lagi tapi xpe la...luangkan mase utk menulis entri nie.. arini teratakindah mendapat jemputan ke jamuan akhir tahun anjuran MPTE..ape tu MPTE?? hah MPTE nie ialah Majlis Pelajar Tingkatan Enam... majlis berlangsung di Hotel Grand Season ala yang kat depan Hospital KL tu... waa...mkanan banyak btl...best2 terima kasih sbb sudi mengundang saya.....len kali kalo ade majlis makan2 seperti ini, jgn segan jemput saye k...
salah satu menu yang menjadi mangsaku..wahaha


Guru-guru yang dijemput

Kanak-kanak Tingkatan 6..hehe