..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, September 30, 2008

Aziela Shuhadah ke LONDON!!!!!

ceh.....depan camera bkn men control lagi yer..ilang trus air mate.hehe


hehe xsampai UK lagi dah pkai baju sejuk baru yer??? hehe bleh ar men salji nanti..wahahah



Kakak tersayang...jgn sedey2 yer kak..


Jgn nangis...


Ayahnda(YB) tersayang..


Ciuman sorg anak...


alo cian die...


Sedih beb..


hah cube tgk paperbag manisa nie,die tulis slamat ari rayer..tu yg watkan lagi sedih tu...smagat rayer betul...wahaha


Hmm skang nie sume senyum lebar r....japgi sume mgalirkan air mate...ala mcm cite industan..

Sume kawan2 turun berikan sokongan...Gud luck yer aziela shuhadah...




hmmm... selang beberapa hari lagi nak rayer dah brangkat ke UK.. xpe lah nak blajar... ok lah utk pengetahuan kekawan, kawan kiter nie blaja kat University of Surrey.kat London tu... hmm nie aku tunjuk ar detik2 die nak g Uk..situasi nie dirakam di KLIA... saper2 nak gambar nie bleh ar trus amik dari blog nie...free jer...







Pewaris Kesultanan Melaka kembali menuntut takhta??


Raja Noor Jan Shah Raja Tuah



Salah satu alat kebesaran kesultanan melayu melaka 400tahun dahulu...


Hah ni ar die org nyer yg mendakwa dirinye pewaris kesultanan melaka yg dah pupus sejak lebih 400tahun dulu... die nie aku kenal sangat...biznezmen..opiz die sblah kedai tempat aku keje...slalu gak citer sejarah melake kat aku...aku dengar je ar...xtau ar nak cayer ke tak...







BATU CAVES - “Pak Engku ada bukti kukuh dan lengkap bagi menuntut takhta Kesultanan Melaka yang telah hilang sejak 480 tahun yang lalu. Disebabkan itu Pak Engku berharap, agar Perlembagaan Diraja mengambil berat akan hal ini dan seterusnya membawa kepada Majlis Perundingan Raja-raja.”

Demikian kata seorang ahli Perniagaan, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, yang mendakwa dirinya waris Sultan Melaka dengan membawa dua alat kebesaran penting sebagai bukti untuk bergelar pewaris kerajaan yang gilang gemilang suatu ketika dahulu.

Beliau yang membahasakan dirinya Pak Engku, berkata kemunculannya kali ini membawa bersama sepasang mahkota bertatahkan berlian dan permata milik, Raja Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka yang dibuang ke laut pada 1528, di tempat bernama Beting Beras Basah, Kuala Sungai Perak. “Pak Engku memperoleh ‘alat kebesaran’ ini dengan mendapat petunjuk bahawa mahkota ini berada di Pulang Nangka, Melaka. “Nampaknya, ilham itu benar, kerana apabila Pak Engku ke sana bersama Pawang Diraja Melaka, Datuk Setia Diraja Melaka ke kawasan berkenaan pada 30 Januari 2007, tidak sampai sejam, ia telah dijumpai,” katanya dalam satu pertemuan bersama Sinar Harian dekat sini, semalam.

Tambahnya, selain daripada ‘bukti’ yang terbaru ini, dua lagi ‘alat kebesaran’ terpenting yang didakwa dimiliki beliau ialah Keris Taming Sari Laksamana Hang Tuah yang dibuang ke dalam lautan Muara Sungai Duyung, Melaka, pada 1507.
Manakala satu lagi ‘alat kebesaran’ yang dikatakan disimpan rapi oleh beliau ialah sepasang Keris Bedut Tanah dan Keris Bedut Asap yang tertera perkataan ‘Ahmad Mahmud’ dalam tulisan jawi, yang merupakan milik Sultan Ahmad Shah Melaka (1510-1528). Beliau pernah menggemparkan seluruh negara melalui media-media massa, tiga tahun lalu apabila muncul dengan mendakwa dirinya Sultan Melaka Ke-44, selepas Melaka ketiadaan sultan selama 481 tahun. Ditanya mengapa menyepikan diri selama ini dan kini muncul kembali, beliau memberitahu bahawa dirinya sibuk dengan urusan perniagaan dan menulis, selain dalam masa yang sama kehilangan dua orang tersayang, iaitu isteri dan anaknya. “Namun, sekarang Pak Engku kembali untuk menyatakan kebenaran.

Pak Engku harap kerajaan dan pihak terlibat khususnya pengkaji-pengkaji sejarah, dapat membuat kaji selidik ‘bukti-bukti’ yang ada pada Pak Engku ini.
“Sekarang, nasab (menjadi Sultan Melaka) sudah sampai. Dia yang telah menentukan Pak Engku sebagai pewaris takhta ini. Pak Engku hanya berani menyatakan ‘kebenaran’,” jelasnya yang yakin dengan tuntutannya. Namun katanya, sehingga hari ini beliau masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak-pihak tertentu mengenai tuntutannya itu.

Terbaru, beliau merancang untuk menemui Sultan Kedah bagi menyatakan tuntutan yang sama.
Sinar Harian difahamkan, beliau pernah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan kerajaan Melaka pada 2006.




"Rakyat Rindukan Pak Engku" -
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah



KOSMO! - KUALA LUMPUR - Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya.

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran yang didakwanya satu lagi bukti paling penting melayakkan dirinya sebagai waris terakhir Sultan Melaka.

Membahasakan dirinya Pak Engku, dia membawa sepasang tiara Raja Muzzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Melaka yang dibuang ke laut pada tahun 1528 di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama Beting Beras Basah.

“Setelah hampir 480 tahun, tiba-tiba Pak Engku mendapat ‘ilham’ dan ‘petunjuk’ bahawa mahkota itu berada di Pulau Nangka, Melaka.

“Jadi, Pak Engku bersama Pawang Diraja Melaka, Datuk Setia Diraja Melaka dan seorang lagi ke kawasan tersebut pada 30 Januari 2007, tak sampai sejam, tiara itu dijumpai,” katanya yang hadir ke pejabat Kosmo! Ahad di sini semalam.

Dakwa Raja Nor Jan lagi, lokasi persinggahannya di pulau itu adalah di sebuah pondok milik tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din yang dikatakan gemar mencari artifak lama.

Kira-kira tiga tahun lalu, Raja Noor Jan Shah yang merupakan ahli perniagaan berasal dari Teluk Perang, Perak menggemparkan seluruh negara apabila mendakwa sebagai Sultan Melaka Ke-44 selepas Melaka kehilangan sultan selama 481 tahun.

Dia dilaporkan yakin gelaran itu mampu dimilikinya dengan mendakwa menyimpan keris Taming Sari milik Laksamana Hang Tuah serta tongkat Lang Buana.

Alat kebesaran lain yang turut dipertontonkan pada masa itu ialah sepasang keris Bedut seberat 1.8 kilogram yang tertera nama Ahmad bin Mahmud dalam tulisan Jawi dan persalinan lengkap yang pernah dipakai oleh Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka Ke-9 dari 1516 hingga 1528.

“Perjuangan saya belum selesai… dengan bukti terbaru itu, Pak Engku sarankan agar Perlembagaan Diraja mengambil berat akan hal ini dan seterusnya membawa ke Majlis Perundingan Raja-Raja,” katanya.

Pak Engku yang lengkap berpakaian kot dan bertali leher serta songkok berwarna kuning dilihat menunjukkan perubahan drastik terutama dari segi penampilan dan wajahnya kerana kelihatan agak kurus dan tidak lagi bermisai.

Ditanya ke mana menghilangkan diri selama ini, katanya, dia sengaja berbuat demikian dan sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya.

Ditanya pula mengapa baru sekarang mahu tampil dan sekali lagi membuat tuntutan, Pak Engku sambil berseloroh berkata: “Pak Engku merasakan ‘rakyat’ rindukan Pak Engku.”




Imbasan pertama kali kemunculan Pak Ungku..2005

(Rentetan dari Akhbar)


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Mungkinkah akan tercipta sejarah baru negara apabila Melaka akan kembali mempunyai Sultan selepas kejatuhan kesultanan Melayunya 477 tahun lalu?

Ini kerana seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, dekat sini, malam tadi.

Melalui istiadat itu, Raja Noor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka yang ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menolak kemungkinan untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak yang mahu mengembalikan semula takhta Kesultanan Melaka.

Kata menteri itu, pada perkiraan beliau adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka.

Raja Noor Jan mendakwa, beliau adalah keturunan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Menurut Datuk Kurnia Setia, Datuk Ab. Latiff Daud yang menjalankan `tugas-tugas khas diraja' itu, kemunculan semula takhta kesultanan Melaka adalah satu perkara yang serius.

Dakwanya, perkara itu telah diperhalusi ke Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu sebelum ini yang tidak dihebahkan kepada umum.

Beliau memberitahu demikian kepada Utusan Malaysia pada istiadat tersebut di sini malam tadi.

Ab. Latiff berkata, Sultan Mahmud mempunyai putera bernama Sultan Muzzaffar Shah I yang memerintah negeri Perak (1528-1549) sehingga kepada Sultan Perak Ke-22, Sultan Abdullah Muhamad Shah I Marhum Durian Sebatang (1851-1857) dan dari keturunan inilah munculnya Sultan Ahmad Shah Ke-44 yang bakal menjadi Sultan Melaka itu.

Ab. Latiff mendakwa, pihak Arkib Negara juga telah mengiktiraf salasilah Sultan Ahmad Shah ini adalah yang benar-benar berhak menduduki takhta setelah menjalani kajian selama tujuh tahun.

``Zaman pusaka Kerajaan Melaka, Sultan Ahmad Shah ini bermula dengan istiadat pertama sebelum ini pada 30 Oktober lalu,'' katanya.



Rakyat Melaka tidak perlukan Sultan

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Rakyat Melaka tidak memerlukan Sultan selepas kejatuhan kesultanan Melayunya 477 tahun lalu, tegas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, kerajaan negeri Melaka juga tidak akan mengiktiraf dan melayan mana-mana individu yang mendakwa dirinya sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

Katanya, buat masa ini sudah ada tiga kumpulan di negeri itu yang mendakwa mereka sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

``Kerajaan negeri tidak akan melayan, membuat kajian atau sebarang penyelidikan mengenai perkara ini kerana tahun lepas pun ada yang dakwa dirinya sebagai raja Melaka.

``Ini kes terbaru dan saya sendiri tidak pernah kenal siapa dia, dulu ada juga yang ditabalkan di Melaka, sudah banyak kali raja Melaka menabalkan diri sendiri,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mohd. Ali berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak.

Melalui istiadat tersebut, Raja Nor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.

Datuk Kurnia Setia, Datuk Ab. Latiff Daud yang menjalankan `tugas-tugas khas diraja' dipetik sebagai berkata, kemunculan semula takhta kesultanan Melaka adalah satu perkara yang serius kerana pihak Arkib Negara juga telah mengiktiraf salasilah Sultan Ahmad Shah dan beliau layak menduduki takhta selepas menjalani kajian selama tujuh tahun.

Sementara itu, Arkib Negara akan menyerahkan laporan mengenai individu yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka itu kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Rahani Jamil berkata, beliau akan menyerahkan laporan itu supaya keputusan segera mengenai perkara itu dapat dibuat.

``Pihak kami sudah menyiapkan laporan tersebut dan akan diserahkan kepada menteri yang berkenaan esok,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Pakar sejarah, Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, Melaka akan kekal selamanya tanpa Sultan kerana usaha untuk mencari pewaris takhta kesultanannya rumit dan memakan masa terutama bagi mengumpulkan bukti serta dokumen yang sahih untuk pengesahan.

Katanya, bukti bertulis seperti surat-menyurat, cop mohor dan pelbagai dokumen berkaitan Kesultanan Melaka juga terlalu banyak untuk diselidik yang mana kebanyakannya tersimpan di merata tempat di seluruh dunia.

``Banyak khazanah yang menceritakan mengenai Kesultanan Melaka dan Kesultanan Melayu tersimpan di luar negara termasuk di Universiti Leiden (Belanda), London dan India.

``Ini kerana penjajah yang pernah menawan Melaka telah mengambil koleksi bahan-bahan bertulis dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan kesultanan Melayu ke negara mereka,'' katanya yang juga Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).



Raja Noor Jan cemar Kesultanan Melayu

MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia pada 15 November 2005, saya ingin melahirkan perasaan marah yang teramat sangat kepada semua pihak yang terlibat dalam istiadat yang dijalankan oleh Raja Noor Jan Shah Raja Tuah. Perkara ini adalah kerana perbuatannya iaitu mengaku dirinya Sultan Melaka malah berani menjalankan istiadat-istiadat diraja itu sebenarnya telah menconteng arang ke muka institusi Kesultanan Melayu. Saya katakan begini kerana beberapa sebab.

Saya amat syak akan tujuan sebenar lelaki ini mendakwa dirinya sultan. Kita maklum saja bahawa sultan dan kerabat terdekat mendapat elaun sara diri. Mungkinkah ini tujuan sebenar dia mendakwa dirinya sultan?

Sultan dan kerabat diraja sebenarnya berperanan menjadi payung kepada rakyat. Adakah dia sanggup menjadi payung tersebut?

Perkara kedua adalah tentang jurai keturunannya. Jika benar dia mendakwa dirinya waris yang sah, tunjukkan bukti dan melalui siapa dia bersambung salasilah dengan Sultan Mahmud.

Dalam meneliti salasilah ini beberapa aspek perlu diambil kira. Pertama, adakah ibunya, neneknya, moyangnya yang ke atas mempunyai darah raja?

Perkara ini penting kerana anak gahara iaitu anak sultan yang mempunyai ibu berdarah raja lebih layak menjadi sultan daripada anak yang ibunya orang kebanyakan.

Dia perlu membuktikan bahawa cabang keturunannya yang paling layak menjadi sultan.

Ketiga, waris kerajaan mestilah anak yang sah dan bukan anak gundik. Anak gundik memang tidak berhak memegang takhta kerajaan kerana kedudukan tersebut tidak boleh dicemari nasab yang kotor.

Perkara keempat adalah tentang alat-alat kebesaran. Orang yang mendakwa waris kerajaan mestilah mampu menunjukkan alat-alat kebesaran yang mengaitkannya dengan kerajaan tersebut.

Perkara ini adalah kerana alat-alat kebesaran merupakan pengesahan hak seseorang sultan ke atas takhta. Mengikut adat Melayu, pertabalan sultan tidak sah jika tiada alat-alat kebesaran.

Alat kebesaran tidak boleh yang baru dibuat kerana terdapat kesangsian terhadap dakwaan lelaki ini. Maka, alat kebesaran yang akan menjadi penghubungnya dengan Kesultanan Melaka mestilah yang asli serta penting.

Perkara kelima, istiadat diraja tidak boleh dilakukan di luar kawasan takluk raja. Perbuatan lelaki ini menjalankan istiadat di luar negeri Melaka iaitu di Gombak, Selangor menunjukkan dia langsung tidak tahu adat.

Malahan dia telah melakukan istiadat tersebut di dewan orang ramai, perbuatan yang pada hemat saya menghina kemuliaan istiadat-istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu sekali gus menghina nama institusi Kesultanan Melayu terutamanya Kesultanan Melaka yang didakwa haknya.

Perkara itu pada saya telah memansuhkan kelayakannya menjadi sultan mana-mana negeri kerana dia telah memalukan bangsanya sendiri, Melayu, yang sepatutnya dijaga maruahnya oleh raja-raja.

Dengan itu, kita dapat simpulkan bahawa lelaki ini tidak cukup kelayakan menjadi sultan dan tidak sah dakwaannya itu. Saya menyeru pihak-pihak berwajib terutamanya Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan lelaki ini agar maruah bangsa tidak terus tercemar.

MALAY ROYALIST
Petaling Jaya, Selangor.




Mencari takhta yang sudah tiada

Oleh: NAZERI NONG SAMAH

KEMUNCULAN Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 48, minggu lalu yang mendakwa sebagai Sultan Melaka ke-44 selepas Melaka kehilangan sultan selama 477 tahun telah mendapat reaksi luar biasa daripada pelbagai peringkat sekali gus rentetan beritanya terus diikuti ramai untuk mengetahui kesudahan misterinya kelak.

Tentu ada keistimewaan dan misteri tersendiri yang belum terungkap di sebalik kemunculan Raja Noor Jan Shah sehingga begitu ramai terpengaruh untuk menghadiri setiap majlis diraja anjurannya yang menyerupai istiadat raja sebenar.

Anehnya mereka yang datang itu bukan sekadar rakyat jelata, malah golongan kenamaan dan berpendidikan tinggi dari segenap lapisan keturunan Melayu.

Antara majlis terbaru yang diadakan itu telah berlangsung di Dewan Komuniti Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur pada Ahad, 13 November lalu.

Majlis dengan laungan `daulat tuanku' yang dipenuhi warna serba kuning diraja seperti balairong seri itu dinamakan `Istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kali Pertama Tahun 2005 Setelah 477 Tahun Tidak Dapat Dijalankan Kerana Raja Yang Hilang Tidak Dapat Dicari Dan kini Muncul Kembali.'

Pada istiadat tersebut Raja Noor Jan Shah menggunakan gelaran Sultan Ahmad Shah sebagai mengambil sempena nama `Sultan Ahmad Shah' Melaka Ke-9 (1516-1528) sepatutnya bertakhta, tetapi mangkat di Bentan itu ialah anak kepada sultan terakhir Melaka yang bertakhta, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Raja Noor Jan Shah dengan profesion sebagai ahli perniagaan itu diputerakan di Teluk Perang, Perak dalam tahun 1957 kemudiannya merantau ke seluruh tanah air berusaha mencari salasilah waris kesultanan Melaka sebelum menetap di Gombak, Kuala Lumpur hingga sekarang.

Persoalan mengenai istiadat Raja Noor Jan Shah di Taman Melati itu mengapa menjadi luar biasa dan boleh mempengaruhi orang untuk datang beramai-ramai seperti tarikan besi berani?

Apakah ini menandakan bahawa Raja Noor Jan Shah memang pewaris kesultanan Melaka yang berdaulat dan layak menduduki takhta sekali gus bakal mencipta sejarah negara sehingga negeri Melaka kembali bersultan secara rasmi?

Berikutan penyiaran berita dan gambar istiadat yang dilakukan oleh Raja Noor Jan Shah itu di Utusan Malaysia pada 15 November lalu juga telah menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga menjadi isu serius!

Ada pihak yang termenung untuk mencari kebenaran dan saranan membuat kajian ilmiah bagi mencari kesudahan dakwaan Raja Noor Jan Shah itu.

Tidak kurang juga yang mencemuh dengan penuh emosi.

Bagaimanapun Raja Noor Jan Shah yang membahasakan dirinya sebagai `Pak Ungku' dengan rendah hati itu bersedia membuktikan dirinya sebagai raja yang berhak untuk menuntut takhta kerana mempunyai salasilah keturunan bernasab dilengkapi dengan peralatan kebesaran yang didakwa dari warisan asli kesultanan Melaka.

``Pak Ungku tak kisah dan tak marah dengan apa saja orang mahu kata kepada Pak Ungku yang menuntut takhta sebagai Sultan Melaka ke-44 yang sah kerana Pak Ungku memang berdarah raja.

``Perkara ini adalah sesuatu yang serius dan mempunyai bukti yang kukuh sehingga Pak Ungku berani membuat tuntutan harta. Mana boleh buat tuntutan kalau bukan yang berhak dan tidak cukup syarat,'' katanya dalam temu ramah dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Raja Noor Jan Shah tetap berkeyakinan penuh bahawa tuntutannya itu akan menjadi kenyataan meskipun berhadapan dengan pelbagai proses perundangan yang getir.

``Pak Ungku tuntut takhta itu adalah secara sedar kerana Allah demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. Usaha Pak Ungku ini bukan dibuat secara tiba-tiba tetapi telah menjalani proses getir selama 17 tahun menyusun salasilah keturunan bernasab secara tertib dengan sokongan fakta ilmiah bermula dari Sultan Melaka Pertama, Raja Parameswara Iskandar Shah (1392-1414).

``Tidak memadai dengan itu Pak Ungku sendiri bersama Pawang Diraja dan Datuk Setia Panglima Raja Melaka telah berjuang bermati-matian penuh halangan misteri tanpa mengira hujan lebat ribut petir membelah bumi selama tiga setengah tahun dalam proses untuk mengeluarkan peralatan kebesaran asli kesultanan Melaka dari alam ghaib di perut bumi keramat Pulau Besar, Melaka yang tidak terjangkau oleh pemikiran biasa melainkan individu yang mengalaminya,'' ceritanya.

Tambahnya, tanpa peralatan kebesaran itu tidak sesiapa berhak untuk menuntut kembali takhta kesultanan Melaka yang berdaulat.

Alat-alat kebesaran diraja yang berjaya diambil dari perut bumi itu ialah keris disandang, keris tersisip di pinggang, anak keris perak emas, pending emas perak diraja, sepasang bunga hati kiri dan kanan, sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijau hadiah daripada Maharaja China zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, Melaka ke-6 (1458-1477), sepasang burung merak pipit di atas belakang destar.

Selain itu barang-barang kebesaran permaisuri tuanku seperti mahkota dan kalung sebagai alat kebesaran Kesultanan Melaka sebenar.

Bagi sesiapa yang menghadiri majlis istiadat gilang-gemilang penganugerahan watikah kepada lebih 100 para pembesar istana Melaka di Dewan Komuniti Taman Melati tempoh hari pasti terpukau dengan bacaan salasilah keturunan bernasab Raja Noor Jan Shah yang disusun indah oleh guru sejarah Datuk Ab. Latiff Daud yang menjalankan tugas-tugas khas diraja Melaka.

Hadirin yang penuh sesak bagaikan hening cipta bukan kerana terpukau mendengar penglipurlara, tetapi amat terharu menghayati rentetan sejarah nyata berfakta yang seolah-olah Melaka akan segera kembali bersultan jika mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan kerana raja kita adalah Raja Berperlembagaan.

Di hujung temu bual itu Raja Noor Jan Shah mengajak semua pihak dari peringkat atasan sehingga rakyat jelata merenung apakah hikmah di sebalik akan berlangsungnya Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu Ke-204 di Melaka pada 21-24 November ini serta kata-kata keramat hulubalang Hang Tuah: `Tak Melayu hilang di dunia' dan kaitannya dengan kedaulatan raja Melayu yang perlu dipulihara.

tempahan cenderahati


hah skang sayer nak promot skit kt kawan2 yg xtau nak bagi aper adiah istimewa utk yg tersayang atau sesaper je... harga xmahalpun... Ok, ader beberape barang yg agak menarik utk dijadikan mailto:adiah@cenderahati...antaranyerShocked bab edit u all serah je kat saye..free je saye bagi kat u all, cume bayar harge barang je.. Very Happy contoh2 die nie ar... yg paling banyak tempahan wat masa nie..
http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/sd.jpg
cawan nie harga die rm30... design ngn edit gambar free je...saye xcas paper... contoh cawan ke2 plak name die magic mug... kenape org pgg magic?? hah sebab asak warna cawan nie itam bile u all tuang je air panas warna itam die automatik ilang dan gantikan ngn gambar korang Shocked ...

http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/cawan.jpg

harga die rm45 je.. yg 2nd tempahan yg agak membrangsangkan plak ialah puzzle. same gak mcm cawan td, bleh letak gambar paper yg kite nak... ade 2jenis puzzle 1 puzzle biase yg 1 lagi puzzle glow in da dark.

http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/puzzle.jpg


Smile Smile puzzle biasa............ rm35 Smile Smile Smile Smile puzzle "Glow in Dark"... rm45 Smile Smile hah yg nie keychain... kalo korang nak letak gambor pasangan korng sangat sesuai!

..........http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/couplekeychain.jpg


harga die....rm40 Very Happy yg nie tuk letak dlm kete...

.........http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/carsign.jpg

harge die.......rm25 Very Happy nie bantal...samer gak bleh ltk gambar u all gak!!! Cool

...........http://i294.photobucket.com/albums/mm96/anasemy/bantallove.jpg


harga die..........rm50 macam2 lagi la...kalo u all berminat utk tempah bitau je saye...saye bleh dtg terangkan lagi...atau emailkan je m.nasri86@yahoo.com



Sebarang Pertanyaan sila nyatakan dalam shoutbox dibawah ini..

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat nnt??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Fadhilat Tarawih

FADHILAT TARAWIH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

POLITEKNIK SHAH ALAM




Adoi!!!!!!!!!!! aku jatuh moto da... truk jgk ar... sampai nek ambulan tu...best gak laju gle ambulan tu..tapi yg xbestnye menahan sakit ar...sibbek ar member2 aku ader...TQ kat member2 aku yg jenguk kat hospital,yg tggu aku kat hospital klang, yang tunggu kat balai polis. jase korg Allah je dpt balas...xder korg msti aku xdpt tgk dunia skang nie...




Rumah terbula PSA

smangat gile wat bendera..tapi ok ar dpt no 2 tu pertandingan benbera terbesar...



ayam goreng!!! hmm sedapnyer.. tiap hari rabu kitorang goreng ayam berempah... ari len nasi goreng ngn telo je...bosan tul!!



Lawatan JPP ke Polisas...time nie kat Kuantan, pahang


Dikir barat...dapat no.2 tau!!

Kursus BTN kat meru,klang


AJK konvo..


Kat asrama (kamsis)

Plz don't try diz at Home



Miss Hazlina




baru lepas makan ke bob??? hah nie ar sofa yg sentiasa menjadi rebutan dak2 umah aku....bkn dak umah aku je tapi member2 lain pun brebut gak..mcm dlm gmbo nie ar..huhu



Time nie tgh cari kete...ape da tempat parking kete pun lupe!! tapi yg bawak kete aku...hehe 30minit beb nak cari kete...kat plaza alam sentral baru lepas men bowling...




Dulu dlm kelas,suke kenekan org..hehe tapi skng dah insaf..wahahahaha





  • Trip tu Port Dickson!!!! bezt siot!!!



  • Nie ar member serumah sebantal,sebilik air aku.....






  • hmmm nie ar kenangan mase kat poli shah alam... mase nie final year... ramai gile dak kelas aku... sume skali 56org... hehe aku ar wakil kelas die...
  • kenangan aku kat poli xkan dilupakan.. terutama skali pensyarah2..