..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Sunday, August 21, 2011

Berbuka puasa bersama Keluarga...


Salam...

Alhamdulillah...puasa ramadhan tahun ni sudah memasuki penggal terahkir sebelum Syawal menjelma.. Seperti tahun-tahun yang lepas terakindah sekeluarga akan berbuka puasa diluar. Destinasi tahun ni kami ke Hotel De'Palma Shah Alam...

Dengan tempat yg agak kondusif dan persembahan artis jemputan menjadikan Hotel De'Palma ini mendapat sambutan yang menggalakkan..Seperti biasa la, Favorite Teratakindah, Kambing Golek.. haha memang puas ati makan kambing...

Lepas kenyang menikmati juadah, kami ke Plaza Alam Sentral untuk bershopping!!! Huuh mmg sesak tetapi ianya sangat berbaloi..

Hermmm.....Seperti tahun-tahun lepas, menjelang je Hari Raya Teratakindah.com mengenakan banner khas bagi memberi kelainan yang keseronokan berhari raya..hehe...tahun ni pun ada..tunggu....




Lady'd



kuey Teow yg meletop dengan kambing golek ditepi..wahaha

Jay Jay tuuu....

Saturday, August 6, 2011

Mr. Bean kemalangan jalan raya??


Salam Ramadhan semua....

Hmm pagi sabtu yang tenang sambil selak2 akhbar tempatan, terpampang berita pasal Mr.Bean..Lama xdengar cerita beliau yang dulunya popular diera 90an dengan penampilan silent comedy beliau..Kini beliau kembali dengan berita buruk apabila terlibat dalam kemalangan..

Berikut bingkisan dari akhbar kosmo edisi 6 Ogos 2011...

CAMBRIDGE, Britain - Pelakon komedi terkenal, Rowan Atkinson hampir maut apabila kereta mewah yang bernilai £650,000 (RM3.19 juta) yang dipandunya terbabas, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemegang watak Mr. Bean yang memandu kereta McLaren F1, 56, itu berpusing sebanyak tiga kali dan melanggar pokok dan papan tanda kelmarin dekat kampung Haddon, barat England.

Dia keluar dari kereta itu dengan mengalami kecederaan kecil. Keretanya turut terbakar dalam kejadian itu.

Atkinson dibawa ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.

Dia sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1999 di Lancashire.

Wednesday, August 3, 2011

..::Salam Ramadhan::..



Teratakindah dengan rendah diri mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa.. Semoga dibulan yang indah lagi mulia ini sama-sama kita kejar tawaran istimewa dari yang Maha Esa... Salam Ramadhan...