..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, May 31, 2011

PixelBUROK ke Shah Alam... (CPSneoXers team event)


Assalamualaikum... hee sory dah lama xberentry...kesibukan kerja saban hari membataskan teratakindah utk berentry..tapi bila jiwa dan jasad berblogging bergabung menjadi satu, entry terbaru tercetus dalam kei rezki kekangan masa yang suntuk..mencari rezki yang halal..

Entry kalini teratakindah ingin berkongsi aktiviti hujung minggu lepas. Dengan membawa nama pixelBUROK group, teratakindah(mylensa) bersama Mr.Cayril ke Shah Alam untuk berfoto bersama team CPSneoXers dimana team yang semakin diterima oleh penggiat dunia pemotoran khusus kpd mereka yg memiliki Satria Neo.. jom layan foto...







Monday, May 23, 2011

Rahang jerung terbesar dunia dilelong tuu...

Assalamualaikum... hehe pekabo?? hahaha macam biasa la tiap pagi selak2 paper dulu sebelum start kete..hehe...terpegun bila tgk rahang jerung yang beso nak kene lelong..aduss sape la yg nak beli erk?? jom layan skit...



DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.

Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta).

"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz.

Rahang itu dihasilkan dengan 182 fosil gigi ikan jerung terbesar dunia, Carcharocles megalodon yang pupus kira-kira dua juta lalu.

Ia dihasilkan oleh pemburu fosil, Vito Bertucci yang menghabiskan masa hampir dua dekad mencari gigi untuk diletakkan pada rahang tersebut. - Agensi



Saturday, May 21, 2011

Teratakindah mula berjinak dengan pelaburan Emas??

hehe....org kate income selalu shot tiap bulan disebabkan kenaikan global...Harga emas makin hari makin naik..kalo jatuh pun tetap naik balik..dengan hanya bermodalkan RM19 000 atau 5 Lot bersamaan USD 5000, bleh la start berlabur..hehe nampak besarkan? Ala pinjaman jerk.bank rakyat ade koperasi ade...xkesah asal berbaloi..ini bkn mcm bsnz pakmantelo erk. Saham emas ni trade by FA markets (seangkatan dengan BSKL) ..trade 24jam merangkumi Asia, Euro, dan US..(hari2 la tgk bsnz news kt TV)

Dalam satu hari...ok la keuntungan profit mencecah $50-$100++ bersamaan dengan RM 150-RM300++ tak termasuk berapa banyak trade dalam satu hari..jumlah profit tersebut akan ditotal kpd 22hari bekerja… boleh la tambah pendapatan bulanan skit…hahaha….Alhamdulillah rezki..tapi zakat jgn diluper. Aku tak risau sbb aku sndiri yang daftar dan main saham nie…bleh jer bagi broker saham buatkan…tapi aku dah gi kursus saham nie, bek aku buat sndiri..lagi masyukk.. Papepun…Naffnang tetap tidak akan dipinggirkan dan akan terus diperjuangkan dalam dunia blogger seperti biasa,walaupun aku dah kedunia pelaburan emas nie..heheee

Diingatkan berhati-hati kalo nak melabur…sebab setiap pelaburan ada r

isiko..setiap risiko bergantung kepada broker..jadi pilih broker yg jujur..insyaAllah maju sampai emas dah xwujud didunia nie..aku xpakai broker…sbb aku buat sendiri..wahaha hidup bia jujur sbb, Tuhan akan bayar cash kat akhirat nnt kalo buat khianat..nauzubillah…

Nak tau lebih lanjut pelaburan emas nie email jer teratakindah di… mnasri86@live.com

p/s:Dengan kerjasama Koperasi Wawasan Malaysia, penjawat awam dapat la kemudahan pinjaman..


Emas Dunia turun naik...

Profit

Sunday, May 15, 2011

Hujung minggu bersama family Erul AF9...



Hujung minggu baru je meninggalkan kite...hari baru di minggu barupun bermula...alkisah teratakindah kalini best jgk la....bermula tadi(ahad 15/05/11), teratakindah bersama Lady'd ke Aeon AU2(jusco)... Pada mulanye nak shoping sluar tapi bertukar ke dunia glamor bile terserempak ngn sahabat atau lebih komersial dengan nama Kerol in'heart (akademi nasyid tv9)..

Teratakindah bersama Kerol in'heart

Kenapa glamor plak?? sebenarnye adik si kerol nie salah sorang peserta Akademi Fantasia (AF9).. Die ke situ utk buat aktiviti fan Erul AF9 yg juga adik kepadanye...hehe lame xjumpa diorang...Diajak plak minum kat Starbucks...siap bagi baju fan Erul AF9 lagik..kawan punye pasal join la fan tersebut..yg bestnye xpayah bayar.free tuuuu..insyAllah kami ke konsert AF kalo ada masa terluang utk bg support...


ErulAF9

Fan Erul yg sentiasa bagi sokongan moral...

Tengah minum bersama keluarga Erul AF9, terserempak dengan si comel Mia Sara..ala pelakon kanak2 yg comel tuuu...sempat bergambar dengan Lady'd..siap cium tgn kami lagi...comel sgt....jom layan gambar...


Teratakindah bersantai di Starbucks AEON AU2


Ehh...Mia Sara??? hehe...Lady'd tgh riba mia...comel kan??





Saturday, May 14, 2011

Payudara terbesar didunia-Chelsea Charms


haha macam2...entry kalini agak menarik dan kebarangkalian trafic tinggi kot..paham2 la entry panas n meletup mcm nie..tapi niat dihati bukan la nak memalukan sesiapa tapi hanya info...lagipun petikan tersebut diambil dari sebuah akhbar tempatan...

no komen....jom baca skit rekod yang xmasuk akal nie...

Chelsea Charms

LONDON – Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.

Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali Polipropilena kini diharamkan Britain.

“Ia merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara, cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus membesar,” katanya.

Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi

Thursday, May 12, 2011

BE baru dari Nuffnang?


Assalamualaikum...aduss...sory la 2 hari senyap tanpa entry... atas sebab wifi kat umah bermasalah skit...dan lambakkan kerja yang tidak mementu skng nie.. Pembukaan entry yang menarik harini, tapi sebelum tu berbanyak terima kasih kepada Nuffnang.com yang menganugerahkan 1 lagi BE.BE kalini dari ESPN tuuu.... Patah tumbuh, Hilang berganti saban hari teratakindah.com xsunyi dengan BE nuffnang yang terbaekk!!! Terima Kasih...

Kepada geng blogger semua...anda pengunjung/pelawat terbaek!!!!! Teruskan berblogger...tunggu...teratakindah ke tempat anda....


Monday, May 9, 2011

Shopping ujung minggu...


Assalamualaikum semua...hah bersempena hari akhir jualan murah kat SOGO semalam (8 Mei), teratakindah bersama Lady'd tidak lepaskan peluang sama-sama berasak untuk bershoping.. sebanyak 2 helai baju kemeja dan seluar jenama SEED dan BONIA diborong dengan sewenang-wenangnya... walaupun ramai tapi xkesah pun...

Turut serta mylensa tetap dibawa kemana saja kami berada..hehee i love my CANON n my new wide lens...kemudian kami ke Oldtown Sri Rampai,Setapak sesudah penat bershoping untuk ilangkan dahaga dan kelaparan...hee layannn gambar jom... tapi sikit jer..malas nak upload...




Lady'd berposing jerk...


kite minum dulu...


Saturday, May 7, 2011

Rumah "Home Alone" dilelong $2.4 juta..




Assalamualaikum...hah pasti sapa yang dibesarkan era 90an ingat lagi cerita kanak-kanak yang mendapat perhatian dunia....iaitu Home Alone.. Cerita dimana sorang budak yang tertinggal dirumah agam keluarganya dimana semua bercuti ke oversea...hahaha macam2 suke-duke sepanjang budak tu duk sorang dirumah sehingga cubaan merompak mahligai tersebut.. Dengan kecerdikan yang dibawa oleh pelakon budak(ketika itu), Macaulay Culkin berjaya mematahkan niat jahat perompak tersebut...

Macaulay Culkin, dalam sedutan Filem "Home Alone"..

Waa...sempat lg bersinopsis kat sini... ye la, teratakindah salah sorang penonton setia filem Home Alone dari episod pertama hingga ke-4...hehe berbalik cerita rumah yang berusia hampir 80 tahun itu, tuan rumah tersebut mengambil keputusan melelong dengan harga yang menarik $2.4 juta (RM7.2 juta) siap perabot dalaman...



Pelajar jual Dara RM 218K ? ish apa nak jadi..



Assalamualaikum semua...terpampang diruangan rankuman dunia akhbar Kosmo edisi 7 May 2011, wabak baru melanda dunia biznez bila Dara pun hendak diperdagangkan! uishh betul2 mengejutkan dunia. Yang peliknya ianya pelajar 20an... aduss sayang lah dara anda tuu...cuba la pikir berkali2..

Yang menarik perhatian pengunjung, beliau siap listkan tinggi, potongan badan, saiz payu dara dan lain-lain...

Jom kita terjah artikel tersebut...zaaz


web urusan bisnez terkutuk tuu...

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

Thursday, May 5, 2011

Pramugari Hong Kong Airlines belajar kong fu??



ganas jer muka...


Assalamualaikum semua blogger...sekali lagi teratakindah mengalu-alukan kunjungan hormat anda semua..sambil berblog walking, sambil berkongsi hal ehwal semasa.. Kalini dipetik dari salah sebuah akhbar tempatan tentang "kung fu"... Hehe...tergelak jg bila sebuah syarikat penerbangan mengambil inisiatif baru dalam seni mempertahankan diri kepada anak kapal..


Jom layan artikel tersebut....zaazzz



HONG KONG: Kru pesawat Hong Kong Airlines mula mempelajari seni bela diri kung fu dalam usaha mereka berdepan dengan pelbagai kerenah penumpang, terutama yang mabuk.

Melalui seni bela diri Wing Chun itu, pramugari diajar kaedah berkesan dan pantas mengalahkan seseorang penumpang agresif dalam tempoh singkat.


Menurut kakitangan Hong Kong Airlines, kru kabin syarikat itu terpaksa berdepan sekurang-kurangnya tiga kes penumpang cuba bertindak liar setiap minggu.

Justeru, katanya, Hong Kong Airlines kini mewajibkan semua kru kabinnya mempelajari seni bela diri itu sebagai persediaan.


Sementara itu, jurulatih Wing Chin, Lu Heng, berkata seni bela diri itu berfaedah kerana ia dapat menjamin keselamatan anak kapal dan penumpang.

“Kaedah ini sangat berkesan ketika berdepan dengan seseorang dalam jarak dekat dan sesuai digunakan di atas pesawat,” katanya.

Sementara itu, pramugari, Lumpy Tang, 22, berkata dia tidak pernah terbayang mempelajari seni bela diri sebahagai sebahagian daripada tuntutan kerjanya.


“Pada peringkat awal kami agak terkejut, tapi kini Wing Chun makin digemari,” katanya. - TS



p/s: hahaha berhati-hati la sapa yg nak naik kapal terbang tersebut... nanti MAS pun bleh la tiru...masuk kelas silat..wahaha

Wednesday, May 4, 2011

Berhati-hati ketika Bersukan... 18SG

















p/s: hehe mesti muke korang berkerut smbil pgg kaki tengok gambo2 nie kan?? hehee