..::sekapur sireh::...


Selamat Datang Ke TeratakIndah.blogspot...
Penggantara diruangan maya dengan dunia sebenar. Semuanya dihujung jari anda. Disampaikan dengan penulisan yang mudah sesuai disemua peringkat. Teratakindah sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.






Info@teratakindah

...

Tuesday, August 31, 2010

Mid Valley 31 Ogos 2010

Assalamualaikum.... Arini ari cuti..Macam biase la kalo bosan, teratakindah menghabiskan masa diluar dengan berphotoshoot..walaupun hasil tidak setanding mane, cukup la sekadar sedap mata memandang..walaupun kurang dimata orang, cukup utk kepuasan sendiri, sedikit sebanyak telah menghilangkan secebis kebosanan masa lapang teratakindah...


Kali ni teratakindah bersama Lady'd ke Mid Valley.. Bagaikan langkah kanan, telah menjadi rezki kami kebetulan pihak mid valley mempamirkan taman orkit berserta sebuah rumah ala-ala kampung dan ianya menarik minat teratakindah untuk menjalankan sesi photoshoot.. Suasana agak terbatas disebabkan terlampau ramai pengunjung tidak lepaskan peluang berfoto.. Jom kite tengok bunga orkid...

Merdeka di Bukit Ampang (Saujana ampang)

Hujan renyai-renyai menjelang jam 10 malam tidak mematahkan semangat Teratakindah dan Mr. Cayril, untuk turut serta untuk berphotoshoot sempena Merdeka kali ke 53.. kali nie teratakindah memilih view jauh iaitu di bukit ampang.. Suasana meriah dengan pengawalan pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Agak menghampakan para pengunjung apabila buanga api yang dinanti tidak muncul disekitar KLCC.. Sedikit demi sedikit pengunjung yang ramai kembali lengang.. teratakindah bersama Mr.Cayril tetap memuaskan hati kami dengan mengambil gambar view KL walaupun kuala lumpur diliputi kabus selepas hujan.. Selamat Hari merdeka dari Teratakindah.


Monday, August 30, 2010

Lagi Shopping Raya versi Ahad..

Ahad-29 Ogos 2010: Hmm xhabis-habis lagi dengan shoping raya..kali nie shoping anting-anting n eksesori wanita plak.Ish org pompuan nie....macam nak beli.....sabar je la.Kali nie teratakindah ke Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju untuk puaskan hatinye... myLENSa tetap menjadi nyawa sepanjang kami disana...



Jalan-jalan hujung minggu... part 2

Aktiviti malamnye teratakindah bersama Lady'd dan Mr. Hashim ke i-city Shah Alam.. Dengan bayaran RM10 sebagai tiket masuk, tidak kami lepaskan peluang untuk photoshoot disana.. suasana warna-warni mengelilingi langkah kami.. Secebis kenangan dari myLENSa...




Disediakan oleh:

Sunday, August 29, 2010

Jalan-jalan hujung minggu... part 1

Assalamualaikum semua blogger...Hujung minggu yang agak bz skit.. Memulakan cuti hujung minggu (Sabtu) dengan aktiviti beli baju raya untuk Lady'd.. Tema tahun nie kami memilih warna Kelabu.... Sesudah beli baju raya di "First Lady" Selayang Mall, Kami menggatalkan diri ke Jalan Tunku Abdul Rahman (jalan TAR).. Aduss...suasana yang luar biasa yang cukup meriah sangat merimaskan.. tapi yang penting mylensa tetap menjadi peneman sepanjang hari...



--Warna-warni Kuala Lumpur--

Saturday, August 28, 2010

Lady'd@Putrajaya 270810

Entry kali nie macam biase la photoshoot... Cuaca yang agak extreme dengan gumpalan awan yang perlahan-lahan bertukar warna kegelapan, teratakindah sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk merasai kepuasan photoshoot. Gambar diambil sekitar jam 3pm (after solat jumaat) dengan pelarasan f10, 1/250s dan 100 iso untuk melengkapkan gambar-gambar tersebut. Penggunaan lens 50mm/ 1:1.8f turut tidak terkecuali bagi mendapatkan portrait yang mengkagumkan..


Thursday, August 26, 2010

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum kepada semua blogger...bersempena 17 Ramadhan yang juga hari cuti bagi beberapa negeri termasuk negeri selangorku tercinta (terlebih sudah), Teratakindah ingin membawa diri ini dan blogger2 merenung dan memahami peristiwa disebalik Nuzul Al-Quran yang mungkin secara tidak langsung, kita hanya tahu erti cuti pada setiap 17 ramadhan tanpa ingin mencari makna sebenar peristiwa besar tersebut.


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Begitu lah sedikit sebanyak info tentang peristiwa besar umat Muhammad yang menjadi bahan bualan dan menjadi ingatan sepanjang zaman. Selamat menjalani ibadah puasa...



sumber:

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Lens DSLR terbesar..



Syarikat pengeluar : The Sigma Corporation
Jenis Lens: 200-500mm F2.8/400-1000mm F5.6 EX DG
Berat; 15kg (dah macam berat seguni beras da...)

Kepada photographer tegar yang suka mengumpul koleksi Lens, ini adalah Lens yang patut anda miliki.

Wednesday, August 25, 2010

The best photo minggu ini...


Duta Teratakindah

Posing lagi....walaupun kesihatan Lady'd tidak mengizinkan beliau tetap tidak menghampakan myLENSa teratakindah...
(klik pada gambar untuk dapatkan dimensi lebih jelas)





Bila tengok langit nie..damai je rase...jom tenung lame2..xpe xbatal pose...jgn tenung air tasik tu dah le...kalo bln pose nie air tasik pun nampak macam air tebu..uishh sedapnye...








Tuesday, August 24, 2010

Alahai Babi utan...

Assalamualaikum sume...hah entry kali nie agak mencabar skit..kali ni nak cite pasal binatang yang sentiasa menjadi ejekan umum lain xbukan BABI!!!!Kisah ni berlaku ahad yg lepas mase teratakindah nak keluar rumah gi jalan2... kereta kesayangan berada diluar..yela nak keluar ketepun duk luar la.standby nak ronda2 KL.

Terkejut dan terkedu bila terserempak dengan 2 ekor babi diatas bukit berhampiran kereta kesayanganku..adus risau siot... jenuh nak halau.. Yang best nye die siap jeling lagi.. Baru nak bukak silat dah cabut lari kedua-dua ekor binatang haram tu.

Dengan panic bercampur berani plus kecut, teratakindah menyeluk poket mengambil Nokia E72 untuk tangkap gambar binatang tu...Nak kuar DSLR xsempat sebab ade dalam kete..aduss.. nie la gambar yg xbrape clear dr henfon 5MP tu... bukan nak promote produk Nokia k...tapi lu pikir la sendiri...Assamualaikum...

Kelihatan Myvi SE ku dalam keadaan bersedia untuk keluar bersiar-siar

hah tengok la binatan-binatang haram nie...nasib bek la xturun...jenuh nak samak beb

Secilik Aliya..


Berbakat..Walaupun dengan 1 posing saja......

Monday, August 23, 2010

Hantar Nadhirah ke UPSI

Jom kite tgk hasil Lensa yang kurang tauliah nie...suke2 semakkan blog dengan gambar model yg juga kurang bertauliah dlm dunia photographer n modeling ni tp ade potensi kot..hehe sape lagi kalo bkn Lady'd..
*Gambar diambil pada 22 Ogos 2010. Teratakindah.com